Wednesday, November 25, 2009

Cuti Panjang yang tidak diharapkan

Selamat Hari Raya AidilAdha

Sebenarnya serius sungguh, langsung tiada mood untuk berhari raya. Bila fikir balik , kali ini aku akan bercuti selama sebulan. Kalau dulu-dulu memang sangat bersemangat untuk bercuti sakan. Tapi cuti panjang tahun ini dah tak bermakna.

Sekarang cuti dah tak sama. Tok dah tak ada. Tak ada sesiapa dah nak layan aku itu ini. Tak ada siapa dah nak tidur ngan aku malam-malam. Paling penting dah tak ada siapa dah aku nak ngadu itu ini.

Selama ni, selepas kehilangan tok ( tok meninggal selang beberapa hari selepas setahun kehilangan tokwan ) aku tak pernah biarkan diri aku untuk berfikir yang aku dah kehilangan tok. Sungguh! Aku tak pernah mengadu sungguh-sungguh yang aku rindu tok. Pada waktu tu, aku fikir aku kena cepat bangkit. Demi mak, demi exam dan demi segala-galanya. Aku hanya titipkan segala hanya pada doa. Bila mak menangis dan mengadu tentang tok, aku akan tahan diri aku untuk mengadu sekali atau apa sahaja. Aku hanya akan kata sabarlah mak, Allah sayangkan tok. Tapi pada waktu tuh aku tahan diri aku untuk berfikir walau kadang-kala aku kalah waktu bersendirian.

Selepas kematian tok, rumah tok terbiar kosong. Maaf. Aku tak mampu untuk melawat. Aku kalah. Nasib baik selepas tuh mak bagi orang sewa untuk hilangkan rasa sunyi rumah sebelah dah tak dak orang . (rumah aku sebelah rumah tok). Tapi untuk cuti yang panjang ini, rumah tok dah kembali kosong. Sepanjang kematian yang aku alami, inilah dugaan yang paling berat. Insan yang paling rapat dengan aku adalah tok. Yang selalu manjakan aku, bergaduh dengan aku. Aku..aku... akulah segala. Bila aku sedih..aku hilang punca. Bila aku bergaduh ngan adik-adik, dimarah mak. Aku hilang punca. Sebab aku rasa aku seorang. Dulu hidup aku meriah dengan tok walau hanya kami berdua. Mak pun pernah kecik hati sebab aku seperti pentingkan lagi tok dalam hidup aku. Maaf, aku sayangkan kedua-duanya. Tapi kehilangan tok adalah kehilangan separuh nyawa aku.

Macammana aku nak hadapi sebulan di rumah?? Aku kusut. Aku rasa seperti mahu berjalan-jalan ke rumah orang lain. Dan bukan di rumah sendiri.

Aku rasa bersalah pada mak. Aku tak kuat. Baru sangat aku urut dada tok sebab tok penat. Aku rasa lagi pelukan tok waktu aku tidur. Aku dengar lagi tok nasihat aku. Aku masih lagi boleh bayang kami masak bersama makan bersama. Bayangan tuh sentiasa buru aku ke mana-mana.

Tok meninggal depan mata aku dan mak. Kali terakhir adalah bersama aku. Aku yang mengajar tok mengucap. Bila tok tiada aku terdiam. Mak datang dan tok buka mata kali terakhir untuk lihat mak. Itulah saat-saat terakhir tok. Waktu kematian tok, aku sangat sibuk dengan amali seni. Kematian tokwan juga begitu. Mak kata tok tunggu aku balik. Dia nak tengok aku dulu sebelum aku pergi. Terima kasih tok. Aku seorang saja tiada waktu kehilangan tokwan. Seperti yang aku kata, aku sangat sibuk sewaktu minggu untuk menyiapkan amali seni. Aku bersyukur. Allah bagi aku kesempatan untuk ada kenangan dengan tok. Aku cucu tok yang selalu merantau.

Tok selalu sangkal bila aku kata aku dan kekasih akan bagi cicit kat tok. Aku kata dah tak lama dah nak habis ngaji. Tok kata dia suka kekasih. Ya, aku nampak. Kekasih dan tok melebihi aku dan tok. Tok yang pendiam dan pemalu boleh saja bersembang berdua berlama-lama dengan kekasih. Tok kata tok sayangkan dia. Mak selalu kata yang tok selalu sebut nama kekasih dan selalu terbayangkan kekasih sejak dia datang. Pelik. Aku senyum. Tapi tok akan selalu sangkal bila aku katakan tentang hari bahagia kami. Tak sempat kata tok. Tapi kekasih selalu yakinkan tok. Tak baik cakap macam tu, umur tok panjang. Tok akan senyum. Tapi senyuman itulah yang aku ingat sampai sekarang.

3 hari sebelum tok kena strok, aku balik melawat. Kaki tok bengkak. Tak boleh berjalan sangat. Pagi tok kena strok, tok dah sihat kata mak. Dah boleh bersembang-sembang. Tapi aku tahu hati tok terguris dengan sikap pakcik (anak abang tok-anak angkat-tok anggap seperti anak sendiri sungguh-sungguh) dah lama x balik melawat dan selalu ada masalah. Paling terbaru masalah rumahtangga. Mak sembang dengan tok mengenai pakcik pagi tuh. Tok kata x payahlah balik, aku dah nak p dah pun. Lepas 15 minit mak tinggalkan tok, mak kembali dan tgk tok dah kena strok. Seminggu lepas tuh tok pun tinggalkan kami bersama kenangan. Pada hari pengebumian tok, ada kawan dtg melawat. Dia tak tau pun tok meninggal. Dia kata bulan lepas dia ada sembang-sembang ngan tok kat masjid. Dia cakap, tok selalu kata dia tak mau menyusahkan kami. Biarlah dia mati dengan cepat seperti tokwan. (tokwan meninggal tanpa apa-apa sakit). Dia tak mahu menyusahkan anak cucu. Benarlah. Tok hanya sakit selama tak sampai 2 minggu. Mak kata, at least Allah dapat uji mak nak tengok sedaya mana mak nak menjaga tok. Ya, mak tatang tok bagai minyak yang penuh. Paling terharu abah dan opah (mak abah) bergilir-gilir jaga tok. Bila tok dah xdak opah asyik menangis. Mak juga. Depa dah kehilangan seorang kawan baik. (Opah selalu cakap macam tuh even sampai sekarang).Dan aku juga. Kehilangan sahabat aku yang terbaik.

Tok yang pemalu, suka senyum, suka berkemban.

Doa aku, Moga tok dan tokwan ditempatkan di kalangan orang beriman. Doa aku saban waktu.

Maaf..aku banyak mengadu.

Moga Allah panjangkan umur mak.abah dan opah.

No comments:

Post a Comment