Thursday, February 25, 2010

maafkan aku mak
aku inginkan sempurna untuk semua kesayanganku
aku rela meredah api gelora untuk semua kesayanganku

sakit kamu
susah kamu
payah kamu
lara kamu
jatuh kamu
sama aku rasa aku

atas rasa darah sama
aku rela segalanya
biar jatuh
biar susah
aku rela

malangnya
niat aku
rasa aku
tak sealiran mulut aku
tak seangkatan ungkapan kata-kata aku

walau aku rela
segala susah payah bersama
mulut aku nista
kata-kata aku pedih
atas segala salah darah aku

aku benci pincang
aku mahu kita dalam
kotak
yang aku kawal secara baik
aku benci darah aku bebas
buat masalah
bisa buat mak aku menangis

aku bisa jadi pemarah
atas baran yang aku warisi dari darah
atas sebab darah yang buat masalah

tolong darah bermasaalah
lupakan darah muda kamu
gembirakan hati mak
supaya kita sama-sama
darah hidup dalam bahagia

beri kesempatan
kepada baranku
agar tidak menonjol
tidak lari dari landasan
sampai bila-bila

aku sanggup buat apa sahaja
demi mak
walau tumpah darah aku
demi mak
aku sanggup!

Monday, February 22, 2010

Family potret


semua kawan-kawan aku dah nak kawen. Aku jer belum. Xper2..sabar2. Kalau jodoh tidak ke mana. Insya'Allah.

Lama x update blog. Budget macam bz sungguh, sedangkan tak tahu nak tulis apa.

Trouble is a friend!

Tepat sangat! Apapun..yang penting ialah semangat untuk menjadi guru berdedikasi masih dalam perangkaan!

Friday, February 5, 2010

Liku hidup

Hidup ini umpama roda..kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Tapi hidup aku ni nampaknya selalu di bawah. Tak kira dari segi apa pun. Mungkin Allah sayangkan aku. Datangkan banyak dugaan untuk aku.

Alhamdulillah untuk semua.