Wednesday, September 30, 2009

aku rindu tok
rindu sangat
selamat pagi cinta

cinta itu buat aku bahagia
atas rasa cinta segala
kata kau
semua takkan menjadi mungkin
kerna yang ada hanya kita
kita berdua
selamanya

oleh itu

aku katakan

Selamat Pagi Sempurna.
DAH GAME TUH PENTING SANGAT UNTUK KAMU.SILA KAMU KAWEN DENGAN GAME ITU.AKU TAK MAHU PEDULI LAGI PASAL KAMU.AKU GILAKAN KAMU.TAPI KAMU GILAKAN DIA.

SEKARANG.SILAKAN KAMU.KAWEN DENGAN DIA.HIDUP BERSAMA DENGAN DIA.SAMPAI KAMU TUA.MINTA ANAK-ANAK DARI DIA!

SILA SEKARANG.

Tuesday, September 29, 2009

Monday, September 28, 2009

tengah aku makan
terlopong sebentar mulut aku
bila sahabat kata
moga kau kekal dengan kekasih lama
*nali namanya

oh ya
memanglah kekasih lama
dia cuma sebut nama tanpa rasa bersalahnya
mungkin lupa siapa kekasih aku sebenarnya sekarang
walau sudah lebih 2 tahun bersama

kata sahabat lain
kekasih lama kuat terkesan
terkesan atas apa
buat aku terfikir
mungkin juga kuat terkesannya

aku ambil masa untuk buang segala
walau dia kekasih keduaku
kerna dia pernah buat aku rasa segala
yang penuh bunga-bunga bahagia

tapi
demi masa
sesungguh aku telah buang segalanya
walau dia pernah jadi insan paling istimewa

kekasih ketiga
kau bukan siapa-siapa
kau orang biasa
kau bukan seperti mereka berdua
biar sahabat aku tidak mengenal kamu kekasih
tapi aku kenal kamu
bukan sehari dua kita
sudah lebih sembilan tahun lama
simpan dan pendam segala

biar kamu
kekasih ketiga
kamu adalah cinta pertama
walau aku tak luah secara terbuka
kerna aku seorang perahsia
zaman dulu kala

kekasih ketiga
kini kau milik aku selamanya

kau
bakal abi anak-anakku

bakal suami
kau cinta aku pertama
selamanya

kau tahukan

maaf

aku pinta
tolong buang segala rasa curiga

aku cinta kamu amat!
amat cinta!

kalau kamu tanya aku
kenapa suka kamu segala

maaf

aku tiada jawapan untuk soalan itu

yang aku tahu


aku cinta kamu!
"Dengan ini, kekanda mohan jasa baik adinda sekalian, moleklah kiranya jika adinda-adinda yang disayangi keluar dari rumah yang selangnya sebuah sahaja"

Apalah nak dikata, tuan rumah yang jauhnya beribu batu,bawa khabaran berita durjana yang mampu menyengat jiwa,anak-anak muda yang pincang akalnya dek kerna banyaknya asgm yang perlu dilenyek mindanya.

Berita durjana,dihalau dengan cara sungguh molek.
Harus keluar segara.
Apa daya.
Rumah orang.
Kita hanya menumpang.

Payah..payah..
siapa kata tak payah.
Barang-barang segala siapa yang mahu angkat?
Aku punya almari cabuk lama peninggalan arwah tok yang sarat dengan baju segala.
Belum lagi katilnya.
Meja studinya.
Oh ya..katilnya harus dipasang.
Siapa mahu pasang.
Dah la aku seorang beradu sendirian di katil sebesar itu.

Susah..susah..
Bukan apa.
Pindah rumah ok.
Dapat rumah baru segala.
Ok juga jika tiada kerja apa-apa.
Ini tidak.
Aku orang sibuk!
Kali ini aku bukan pura-pura sibuk.
Aku memang benar-benar sibuk.
Bila aku mau kemas segala.

Aku rencana sendiri dalam otak karatku.
Lukisan manualnya dua.
Lukisan grafiknya satu.
Esei penilaiannya individu satu.
Esei penilaiannya kumpulan satu.
esei penilaiannya kumpulan harus ada peta minda.
Semua sebelum esok!
Ok aku tipu
3 dan 4 esok!
1 dan 2 sebelum 3 haribulan.

aku pening
harus ada motivasi sebentar
oh ya
mungkin air milo kaw yang sedap!
itu aja mungkin

oh ya
segala penat memang trasa amat sekarang
walaupun dilanda kesibukan amat yang bukan pura-pura
tiba-tiba sahaja tuan rumah yang baik hati
mengajak basuh rumah yang selangnya sebuah
aduh
kekanda sayang
esoknya kena hantar asgm
tau idak

tapi dasar bangang
tak tahu sebut tidak
harus basuh segala
dengan seluruh kudrat segala

oh ya
malam ini kita berjaga ya!

daaaaaaaaaaaaa

Sunday, September 27, 2009

hello dunia

bila jiwa rasa kosong
semua benda supo polong
kalau dah jenis kaki terlolong
otak mereng mulut terlopong

perut senggugut
semua benda nak merungut-rungut

asgm banyak bertimbun-timbun
semua makanan rasa nak balun
pasal mata tgh rabun
asyik tenet je bukan nak buat asgm pun

dunia-dunia
kenapa rasa marah
atas rasa segala kerasukan segala
kitalah paling berkuasa

rasa ini tidak best
bukan macam minum kacang soya gula merah depan maktab
rasa ini rasa setan!
rasa kuat dan jahat
gagah lazat dan terhebat

rasa ini parah
lama2 kita goyah
kenapa mesti punyai rasa kotor itu

tolong jauhi aku
aku punya amarah kuat segala
tolong elak dari rasa lantang itu!

aku ini orangnya sadis
kerna rasa itu memburuku
buat aku jadi keliru
aku jahil sebenarnya

tiada orang harus betulkan
betulkan diri sendiri
rasa itu mampu membunuh

demi masa
tekad!
esok permulaan
ubah segala rasa
biar terserlah molek belaka

kerna rasa itu
buat orang yang kita cintai
makan luka hati

tolong sadar
hidup ini cuma persinggahan
siapalah kita nak berajakan rasa itu
tidak sesempurna mana kita ini

maaf
selalu bertuankan rasa itu
aku sadar segala buruk semata
tapi sudah terlewat gamaknya

tolong aku
kerna biar rasa itu terpadam
parutnya terus terpahat kekal!

maaf

ketupat rendang, kuih baulu

Selamat Kembali bertugas setelah beberapa hari suntuk beraya tak ingat dunia..

Adalah dikhabarkan di sini bahawa raya pada tahun nie sungguh tidak hebat!
Apatah lagi tanpa kehadiran arwah tok dan tokwan yang paling best di dunia (sangat syahdu suasana kami sekeluarga di kuburan selepas solat Aidilfitri). Lihat mak yang menangis sebab adik dia x jadi balik kampung dan segala suasana yang sedih segala masa hari raya.

walaupun bersedih, rancangan di Tv jangan dilupakan. Aku x sempat sgt tgk tv sebab asyik masyuk giler gaduh ngan adik2, makan, masak ( sebab nak makankan), makan lagi, gaduh lagi, tgk tv skit2, gayut skit2, jumpa kawan2, makan kenduri kawen, makan lagi, gaduh ngan adik ..makan..makan..makan..makan sampai gemuk!

Kerja satu apa pun tak siap! Xper..jangan susah hati. Semua kawan2 mesti tak siap..kecuali yang tak beraya dok umah dok buat asgm sambil makan..makan dan makan (ada ke ni).

Apapun suasana raya..aku pegi Ipoh hari Khamis minggu raya. Haha..kekasih memang mereng. Aku pun skali mereng.tapi x jumpa mak kekasih pasal aku takut. Napa hah muke2 mak org Perak ni garang2 benou. Takut cheq.

Selamat Hari Raya ...selamat menyiapkan asgm kwn2!

Oh lupa..bakal adik ipar dtg raya rumah. Yahooo..aku dapat duit raya pasal bakal adik ipar lagi tue dari aku. Hahahaa..banyak la tuh bagi aku yg tak berduit ni. Dah xder arwah tok ngan tokwan nak bagi duit raya banyak2. Yang ada cuma omak aja. Tuh pun 20 inggit. Mak..lagi besar kenalah bagi lagi banyak. *Adeh

kekasih..nape awak x bagi saya duit raya?? Saya nak....

Tuesday, September 15, 2009

Beg Balik Kampung Gambar POOH~

assalamualaikum..

Bersiaran dengan si orenggo aka lappy baru.Walaupun duit sangat sengkek yg mana hanya tinggal lagi seratus lebih saja duit elaun untuk hidup sehingga bulan 11 namun aku tegar untuk membeli lappy baru gara2 lappy toshiba yg dah lama bersaja sejak dari foundation lagi majuk ngan aku. Jika ditanya perasaan aku guna lappy baru ni, aku akan jawab biasa2 ja. Mungkin aku tak terlalu taksub nak beli lappy dan aku beli sebab terpaksa ja. Tapi..moga lappy baru ni akan membantu aku menyelesaikan semua masalah berkaitan seni grafik.

Khamis..khamis..khamis....sangat banyak oh dugaan untuk sesi istimewa pada hari khamis ni. Dugaan ini merangkumi masalah kehabisan tiket dan bersungguh2 nak jumpa juga. Kekasih siap nak dtg naik moto lagi dari Ipoh ngan kawan dia semata-mata nak jumpaa aku. Tapi..sungguh risau oh perjalanan yang jauh sebegitu. Dah la sekarang ni musim hujan. So,aku ambik keputusan nak mintak kekasih tumpang Daus pada hari khamis selepas bukan puasa. Sangat sedih sebab leh jumpa jap ja. Aku xnak ponteng kelas, so lepas Zuhur barulah leh jumpa. Rasanya inilah cara yang paling baik sehinggalah si baik hati Tini offer tiket balik Ipoh kat aku. Tapi tiket tuh hari Jumaat. Aku dan kekasih setuju. Tapi masalah lain pulak timbul sebab kat mana kekasih nak tido. May be leh cari hotel2 murah di sekitar sni atau biarkan kekasih menjadi Tok Siak yang bukak masjid kepada org rumai untuk solat Subah. Apa-apa kemungkinan pun, harapnya semua berjalan lancar.

Nampak kekasih sungguh teruja untuk dtg. Cuma aku saja yang belum bersedia sebab maybe banyak masalah sangat sejak akhir2 nie sehingga sakit kepala sgt2.

Sungguh bosan entry kali nie. Nampak sangat seperti entry luahan perasaan. Org lain kalo ada lappy baru mesti dok belek sungguh2. Tapi aku still dok guna lappy lama. Cuma hal2 grafik ja harus menggunakan si orengo.

itu aja..hari ni hari Rabu. Esok i jumpa kekasih you. Harapnya dia sudah gemuk walau i tahu dah memang kulus dan i yang tembam. Haha..sungguh terbalik keadaan!

Chaloh babe

Monday, September 14, 2009

Lappy

aku baru beli lappy baru! Sangat gila ok sebab aku baru wat keputusan petang tuh. Lappy Toshiba kesayangan aku dah lama sakit. Takat nak wat kerja besa dia layan lagi. Tapi bila dah sampai part nak kena wat kerja Grafik dia sangkut2 tgk2 luppppp....hasilnya skrg i dah ada lappy baru.

Nanti aku upload gambarnya.

Kt to Encik Daus sebab tolong carikan.

Kt jugak to my rumate2 yang temankan.

*Banyak sangat masalah sampai aku sesak nafas dan sungguh pening skrg

Waaaa..patutnya gembira sebab ada lappy baru. Tunggulah lagi 2 3 hari nak gembira.

Saturday, September 12, 2009

life is delicious




Kita ibarat puing-puing yang berirama..sekejap reda,sekejap kuat semata.Hayatilah~


buat teman seperjuangan~tak kemana nikmat ini tanpa usaha dan lelah kita

Sesudah demikian lama dicintai,
sukarlah dilupakan.
Inti pengalaman, kepedihan;
akar kerinduan keresahan…
Memang begitu banyak
diperlukan kekuatan,
kepangkalan batin, rakit ditambatkan
bara kenangan dikuatkan
Akhirnya, tak terduga, kekuatan membuak sendiri,
dan disedari, semua takkan sampai, ke dasar inti.
Tiada lagilah bezanya,
sama ada hilangnya kemudian
atau tenggelamnya sekarang.
Tiada juga bezanya ,
jika ia langsung tak datang
atau tiba-tiba terkorban
Kepiluan yang berlanjut akhirnya,
ditenterami keyakinan,
betapa dielak puntakdir
tetap terbuka pintunya
bertanya: manusia, engkau ini sebenar-benarnya siapa..

~A.Samad Said (1985 )





Pulanglah~

pucuk pauh delima batu
anak semilang di tapak tangan
walaupun jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan


tiada rasa lubuk nan tenang
gelisah resah rasa terpaku
tuan yang jauh hamba mengenang
bilakah pulang mengubat hatiku



Biar aku kata Satu..kau ikut~



Suatu rasa yang terdetik..tak memerlu kita untuk berfikir dengan lebih lama. Kerna detik yang kita fahami dan rasa pada suatu ketika adalah detik yang menjentik terus ke lubuk rasa. Cuba bayangkan..suatu ketika. Kita punyai seorang teman yang sangat kita sanjungi dan cintai. Sepenuh jiwa dan seluruh kekuatan kita. Namun dengan takdir Allah..kita dipertemukan dengan seseorang yang tidak kita duga..sama ada yang pernah berlalu atau mungkin baru ingin melalui dalam hidup kita. Bagaimana dengan teman yang pernah kita sanjungi. Benarkah kata orang..tiada bilamana kita tiada di suatu rasa..kita tidak bisa untuk memahami perisanya. Kita hanya tahu memberi kata noktah mengikut perasaan kita. Tika ketika ini berlaku..istikharah adalah jalan terbaik. Biar Allah tentukan kehebatannya. Sebelum suatu rasa terjadi..kau usah bermain api...Doakanlah tetap bersama hingga akhirnya..


Tik tik tik waktu berdetik Tak mungkin bisa kuhentikan Maumu jadi mauku Pahit pun itu ku tersenyum

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu

Tik tik tik air mataku
Biar terjatuh dalam hati
Mauku tak penting lagi
Biar kubuat bahagiamu

Kamu tak tahu rasanya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta

Kamu tak tahu hancurnya hatiku
Saat berhadapan kamu
Kamu tak bisa bayangkan rasanya
Jadi diriku yang masih cinta


*berat la kamu ni..turun-turun

Thursday, September 10, 2009

Panggil Aku Dahlia



oh ya..

baru teringat..selepas memiliki naskah buku Surat Ungu Untuk Nuha karya Noorsuraya,aku jadi makin gila terhadap penulisan beliau. Aku cari dekat kedai Buku Hasani karya-karya lama beliau xdak. Sehinggalah aku jumpa buku "Panggil Aku Dahlia" yang aku habiskan kurang dari 5 jam. Sangat menghayati walau aku rasa sukar untuk menandingan "Surat Ungu Untuk Nuha" yang melekat terus dihati.

silalah baca..


benarkah~


Betulkan kata Sang Pujangga... jangan dipercaya pada cinta kedua seorang lelaki, kerana sesungguhnya mereka tidak bisa melupakan cinta pertama mereka itu sepanjang perjalanan waktu. Benarkah begitu? -- Nuur Khalida (daripada: Nyanyian Tanjung Sepi)

Betulkah begitu?

Wednesday, September 9, 2009

saya rindu dia..

dia ni la





dia







dia lagi






oh dia







dia..dia...dan dia









Jadikan Khamis MINGGU DEPAN..minggu depan harus diperbesarkan..*lama lagi ni??




saya nak nie??








nak nie jugak







yang paling penting nak ni






AHMAD SAUFI BIN ISHAK..HASLINA BINTI CHE ISMAIL KATA DIA RINDU AWAK

Tuesday, September 8, 2009

Figura Manusia

aku becilah part melukis yang aku tak tahu
sangat sadis bila Sem nie buat Amali Lukisan
Kalo lukisan pemandangan tuh bleh la merapu2
nie nak lukis tema Kebudayaan??
Nak lukis apa nihh??

Esok plak lect nak tgk lukisan figura manusia
apa kejadahnya nak lukis bdn2 manusia di bulan puasa ni
dulu masa aku kecik2 kalo lukis gambar manusia kena pangkah kat tengkok/leher
supaya nanti dia x mintak nyawa kat kita
hahahaha

ada sesapa nak ambik upah melukis x??
i bayar u bukak puasa..Nak??

Monday, September 7, 2009

No matter What

aku penah giler lagu nie suatu ketika dulu
Boyzone- No Matter What

No matter what they tell us
No matter what they do
No matter what they teach us
What we believe is true

No matter what they call us
However they attack
No matter where they take us
We'll find our own way back

I can't deny what I believe
I can't be what I'm not (I know I'm not)
I know I'll love, forever (I know)
I know no matter what
If only tears were laughter
If only night was day
If only prayers were answered(hear my prayers)
Then we would hear God say

[Chorus]

And I will keep you safe and strong
And shelter from the storm (no matter where)
No matter where it's barren (a dream)
A dream is being born

No matter who they follow
No matter where they lead
No matter how they judge us
I'll be everyone you need

No matter if the sun don't shine (the sun don't shine)
Or if the skies are blue (skies are blue)
No matter what the ending (my life)
My life began with you
I can't deny what I believe (what I believe)
I can't be what I'm not (I know I'm not)
I know this love's forever
That's all that matters now, no matter what

sejak berinternet di rumah

saya berinternet di rumah

aku dah lupa dunia blogging
aku gila tgk citer lama2
baru ja tadi aku habiskan download citer abg 92
azhar sulaiman masa tuh hensem tahap bangang
gatal sungguh aku masa dlu
citer nie tayang umur aku 6 tahun
tapi aku cari citer tuh masa umur aku 12 tahun
kira 12 tahun lepas tuh
punyalah gila aku dok cari video type kat kedai apek video umah aku
punyalah nekad aku cari sampai siap panjat2 tangga lagi pasai type cite lama2 dia letak atas
dia kata kalo aku nak cari sendiri pasal dia malas nak cari citer lama2
alih2 jumpa gak walaupun type tuh kotor skit
gilalah aku

video2 masih ada lagi kat umah aku walaupun dah ada 2 cd player
siap type citer yg aku lupa pulang kat apek tuh pun ada
kedai video tuh pun dah tutup pasal dia wat sewa cd x laku
paling best siap ada koleksi citer katun beauty nd the beast, Lion King ngan macam2 lagilah
adik aku dulu siap rakam lagu2 nasyid dalam tv yg dia minat guna type tuh masa zaman cd
skg nie tgk boleh tgk video tuh..tapi dah kotor sgt..dia blur tahap dewa


tuh belum aku cari citer The Odessey lagi
sapa ingat citer nie
x silap aku aku darjah 4 ke 5 time nie
aku p tuisyen lewat semata2 citer nie
ada ka patut aku jatuh cinta kat hero cerita nie
bila aku tgk balik citer nie skrg..hero dia xderlah comey mana pun
budak2 je..eceh..masa tuh memang la aku budak2

yg paling best
tgk iklan lama2
paling aku suka iklan PNB yang pasal baju raya
dia merungut isteri dia wat baju kaler kuning tiap2 taun
pastu ajak isteri dia beli baju baru
cis..iklan dulu memang best tahap bangang

aku tgk semua org giler lagu baru
tapi aku nie dok p gila cari lagu2 lama
aku suka gila kumpulan NICO dulu
lagi..4U2C..aku minat kat ahli kumpulan dia yg nama adik
aku ingat lagi citer Rantai Berkunci kot
fuhhh..memang nostalgia habis la aku
tambah2 ice vanilla eh ke vanilla ice
lupa la aku
aku siap leh wat jamming lagu2 ngan pakcik aku lagi
kira aku ngan pakcik aku satu kapla la
gila apa aku yg umur 6 7 tahun terpaksa layan dia yang umur 17 tahun
tapi masa tuh Search memang top habis wa cakap lu
aku ngan pakcik aku nyanyi lagu depa kat pondok buruk tepi umah tok aku
masa citer isabella tayang kat tv, kami siap tutup lampu lagi punyalah nak hayati citer'
citt..baik sungguh aku ngan pakcik aku time tuh....gilalah

nostalgia sungguh