Sunday, March 22, 2009

Praktikum ~Sekolah Kebangsaan Tasek Apong

Tampi-tampai, sila tuai padi~

Hari nie start praktikum. Sangat la memenatkan walau aku xtau, apa la sangat yang penat tuh.

Esok aku dah start ngaja. Gilalah. Benda apa tah aku aku nak ngaja nie. Adakah sesapa nak tolong aku ngajar.

Aku rasa cam xder semangat jer nak g praktikum.. Tolonglahh.. Kan bagus kalo ada tetiba muncul cikgu berlainan jenis yang menarik perhatianku. * Seseorang sila jgn marah! Leh la aku semangat berkobar-kobar , penuh bergaya, bermake up bagai untuk ke sekolah.

Oh...tolonglah tetapkan niatku untuk ikhlas mengajar kerna Allah.

Esok aku start ngaja..dah nak kena wat RPH.. oleh itu.. marilah kita bergoyang-goyang vontot sambil menghulur tangan berdendang sayang. ewah...ewahh...yeeeeahhhhhhh...

bye

Thursday, March 12, 2009

Selamat Brecutiii~~

Selamat bercuti aku ucapkan buat cikgu cikgi yang pulang ke rumah~

Wednesday, March 11, 2009

Bajet ahh~

Pablo Picasso!

huh! Tetiba aku rasa sangat stress bila tau projek kali nie kena wat karya imitasi tokoh2.
Dia bagi pilihan sama ada nak pilih karya tokoh Barat, Oriental atau Malaysia.
Dah la tenet kat sini supooo haram! Bangang gilooo ah.
Camna aku nak mencari gambor-gambor nih.

Naper setiap kali sem setiap kali tuh la kejadian yang aku rasa sedikit haram ini berlaku. Suka sangat la nak bagi kerja last minute. Aku tanya kawan aku kat tempat len, depa kata depa dah nak hantar pun esei untuk projek seni kedua. Nape tau lambat nie.

Paling rasa cam bengong bila semua lambakan ini berlaku bila tiba saat-saat nak gie praktikum. Tolonglah! Dengan praktikum lagi, projek Seni 1 lagi, projek Seni 2 lagi dan kelas2 tambahan lectr yang minat kat budak lelaki kelas aku! Sangat stress ok! Rasa macam nak upah jer sesapa tolong wat asgm projek Seni dan alat bantu mengajar (ABM) dan Rancangan Pengajaran Harian (RPH) sambil aku berpoya-poya berbloging. Dush dush..aku tau aku sangat malas ok!

Aku ada terpk nak wat imitasi karya Pablo Picaso.

Aku suruh seseorang carikan sebab tenet kat sini bodoh..tapi aku macam x kenan sangat.

ada sesapa nak ambik upah lukisankan untuk aku yang pura2 sibuk nie??

Tuesday, March 10, 2009

Mengasihani ~

Dulu masa aku kecik2 , bila cikgu tanya cita-cita nak jadi apa, aku mesti kata nak jadi Cikgu. Tuh memang list wajip la.

Tapi, bila ada bomba ka, org bisnes niaga ka, aku mesti tukar cita-cita aku jadi benda yang aku tengok tuh.

Bila aku naik form 1, memang cita aku maintain nak jadik seorang peguam sampai la aku form 5. Dah sampai form 5 , dia goyah-goyah skit pasal aku teringin plak nak jadik interior design (aku gila art ngan tatarias bilik seni masa form 5)

Tapi yang aku sangat perasan, aku tak pernah langsung bercita-cita nak jadik Jururawat yang chomel-chomel dan chantek-chantek walaupun depa slalu ja bertapak kat bilik rawatan hujung sekolah aku. Malah, aku memang x teringin langsung nak jadik doktor yang seyisss nampak suci gila pakai kot warna putih. Sangat tidak teringin. Bila tidak teringin , x bermaksud aku x menghargai kerjaya jururawat / nurse / misi (org kedah kata) dan doktor itu.

Aku slalu pk, napalah aku x pernah bercita-cita benda yang seangkatan dengan perubatan nuhh..


Aku tak minat Sains??
Mungkinlah..tapi kecik2 dulu aku penah gak bercita-cita nak ke Pluto. Camna tuh??

Aku penah putus cinta ngan doktor??
Hahaha...nie leh imbau-imbau kisah aku berkenalan ngan doktor kat Hospt Daerah yang pura-pura tanya nama Pengarah IPSAH dan aku dengan naifnya terlupa dan bagi no tepon aku untuk mengesahkannya. Naifnya aku?? Mungkin misztake ingat kisah ini. Jawapannya tidak langsung.

Aku takut darah?? Jarum??
Xlah sangat..ok..ok.. bleh la.Sebab aku takut nak derma darah. Hahahaha..tapi xlah sangat.




Jawapan yang sebenar adalah..aku kesian tgk orang sakit. Gilerr kesian.




Ada satu kejadian masa aku kecik-kecik, kawan aku jatuh tersagat kat tar sampai berdarah bagai nak rak muka dia. Dia nangis ja, tapi aku meraung tgk! Sambil aku mintak tolong (jerit2 ala hyperbola sambil tuh aku nangis)..sungguh sadis dan sangat over aku ini.

Aku jugak sangat ngeri..siyes ngeri tgk kemalangan-kemalangan walaupun aku alang2 berani nak p tgk!

Aku x tahan tgk org ngadu ngilu , ngeri atau tragis akibat sakit. Adeh!

Silap-silap, time pesakit datang kat aku, aku yang menangis skali ngan dia. Ohhh...

Dan sememangnya.. aku x minat langsung nak tgk rancangan Bersamamu. Bukan aku ego atau perasan diri bagus xnak tgk, tapi aku takut aku menangis tgk sedey2 nie.Sob2..maafkan aku. Seseorang mesti tau aku slalu menangis tanpa sebab. Merengkan aku~~


Aku ingat lagi kejadian aku bergaduh ngan seseorang masa mendatingkan diri.
X pasal2 je isu aku bagi duit kat "orang yang ngadu lapar" disalah tafsir.

Aku nie memang cepat kesian skit. Apatah lagi tgk org2 tepi jalan tuh. Maybe dia perasan, tiap kali dating kat Penang, tiap kali tuh jugaklah aku hulur (bukan banyak pun). Dan tiap kali tuh jugaklah seseorang remain aku "Jangan Bagi Dah!". Dan aku sememangnya terlalu degil untuk dinasihati.

Sampailah satu masa tuh, aku dan dia sedang makan dan tiba2 ada sorang pakcik India tuh hulur tangan mintak duit. Seseorang suh aku wat dek. Sumpah! aku x sampai hati. Pakcik tuh siap kata, bagi dia makan dah la. Sangat tragis ok! Aku pun dengan degilnya bagi dia duit yang sedikit banyak aku kira. Memang bergaduh sangat besar ok! Aku x tahan sangat kata2 seseorang. Slama nie, xpun dia nak tinggi2 suara kat aku cam tuh. Berderai air mata aku. Sampai skg, walaupun kedegilan aku dah kurang skit untuk beri memberi, tapi aku kurang bersetuju dengan pendapat seseorang.

Maafkan aku dia, kerna aku terlalu degil untuk kamu!

Tapi aku rasa, kalo nak kasihan pun, biarlah pada tempatnya. Dan aku sememangnya tak selalu pada tempatnya~





nak tepek gambo leh??


kami cikgu-cikgu Seni~

Monday, March 9, 2009

Dia~~



saya sangat miss dia..

Bley???

Friday, March 6, 2009

Sengal di Situ~~

buat gaya kupu2 sambil nyanyi lagu Kuala Lumpur~~

xmau komen banyak.Nak tepek gambo 3 hari 2 malam yang memenatkan di Kuala Lumpur~





ungu, rumate nd su -msn




su, rumate nd ungu -msn lagi


ungu dan cokelat


Siaran langsung dari IYC


Sengal menyengal di KFC tepi Sogo~







wujud kecatatan di situ


sengalan yang ketara


laporan dari bilik berita

daaaa....







Thursday, March 5, 2009

Jom P CS!!

aku nak keluar gie CS...

ada org nak keluar dengan aku tak???

eh2 bukan2...

ada orang nak tolong belikan aku barang x??


~Smalamkan rumate aku ngan kwn2 kuar gie tgk wayang.Balik tuh aku dok belek2 la barang dia beli. Upanya dia beli bra yang sangat chantek ngan chomel2. Siyes! Chantek gilosss!!!! Dari harga rm39.90 turun kepada rm 11.00.Ohhhh..murah itu!

Aku macam nak pujuk sesapa skg suh kuar ngan aku gie CS beli bra tuh. Nak ajak rumate aku, dari smalam dia monyok. Katanya duet manyak habis. Xder harapan la aku nak ajak dia.




~Sesapa nak itot aku gie CS jom!!





Jom la



*sigh

Tersalah Boikot??

Baca nie~



"Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya. " - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel , saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki.

Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia - lebih gemar mendengar khabar angin daripada menyelidik untuk mencari kebenaran. Lantaran itu, apabila kejahilan yang kita ikuti pasti akan mendekatkan diri kita ke gaung kehancuran. Isu memboikot restoran makanan segera KFC telah dilancarkan secara besar-besaran dalam kalangan bloggers, saya tidak tahu sama ada ia berlaku secara terancang, mahu pun terjadi atas dasar kejahilan kita sendiri. Namun demikian, hal ini sedikit sebanyak mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengurus-pengurus kanan KFC Holdings Berhad - dan sudah tentu juga bagi Pihak Tan Sri Muhammad Ali Hashim, CEO JCorp yang menguasai syarikat Kulim Berhad, dan pada masa yang sama, Kulim Berhad merupakan pemegang saham terbesar dalam KFC Holdings Berhad.

Nampaknya, kejahilan dan kebodohan kita selama ini, telah menyebabkan kita tidak mahu menyelidik dan mencari kebenaran, malah lebih gemar mendengar khabar angin daripada realiti. Tidak ramai yang tahu betapa susah dan gigihnya kumpulan Tan Sri Muhammaa Ali Hashim bertungkus-lumus untuk beberapa tahun, semata-mata mahu menguasai KFC Holdings daripada tangan orang lain. Keluar masuk mahkamah dan pelbagai lagi cabaran, demi memastikan KFC Holdings menjadi milik orang Islam. Namun demikian, apabila kita malas untuk mencari kebenaran, maka yang kita peroleh adalah kejahilan. Dan apabila kejahilan yang kita sebarkan ia bukan sekadar membuka pintu fitnah, bahkan menunjukkan mentaliti umat Islam yang lebih mudah dipengaruhi oleh khabar angin daripada menyelidik terlebih dahulu sesuatu maklumat yang diterima.

Sejak akhir-akhir ini tersebar luas kempen untuk memboikot KFC di seluruh Malaysia , tidak kurang juga risalah yang bertaburan di masjid-masjid menyeru umat Islam Malaysia agar memboikot KFC Malaysia. Yang lebih malang , kempen boikot KFC yang penuh dengan fitnah ini datangnya daripada mulut mereka yang tahu hukum hakam agama bahkah bergelar Imam dan Ustaz. Padahalnya, mereka sendiri tanpa sedar menyokong rejim Ziones dengan menghisap rokok di kaki tangga masjid. Bukankah lebih molek dan baik jika lakukan kempen membiokot rokok? tidakkah kita tahu rokok itu haram hukumnya? membawa banyak fasad (kerosakan) ke atas tubuh badan manusia? Dan pelik apabila ada manusia yang menyuruh memboikot makanan yang halal tetapi berdiam diri tentang rokok? Mengapa sampai begitu jahilnya kita ini? Jika kita rasa bahawa kita tidak tahu, sama ada KFC Malaysia terlibat dalam menyalurkan royalti (bayaran cukai) kepada KFC Amerika Syarikat yang menyokong Israel, lebih baik kita diam. Jangan membawa fitnah ke sana ke mari, semata-mata kerana kita sendiri tidak berapa pasti maklumat tersebut dan hanya mendengar khabar angin.

Saya sempat menghubungi pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim sebentar tadi- ternyata mereka sangat kecewa dengan kempen kotor lagi tidak bermaruah ini. Jelas, masyarakat kita kurang mengambil berat terhadap kesahihah sumber maklumat dan kurang amanah dalam ilmu pengetahuan. Perlu dijelaskan, bahawa KFC Malaysia hanya menggunakan jenama (brand) KFC semata-mata dan tidak membayar apa-apa cukai atau sebarang keuntungan kepada KFC induk di Amerika Syarikat. Cuma membayar yuran penggunaan jenama. KFC Malaysia adalah hak milik kita. Ia halal di makan tidak seperti rokok.

Menurut Pegawai-pegawai kanan Tan Sri Muhammad Ali Hashim, ini semua adalah fitnah dan boleh menjejaskan pendapatan para pekerja di restoran-restoran KFC di seluruh Malaysia yang berjumlah 19 000 orang itu. Malah, rata-rata pekerjanya terdiri daripada orang Melayu-Islam. Jika para pemboikot itu sanggup menyediakan pekerjaan baharu kepada mereka, itu tiada masalah, silalah boikot. Tetapi malangnya, yang kita tahu hanya memboikot, apabila disuruh untuk menderma ke dalam tabung bantuan rakyat Palestin kita hanya sanggup masukkan RM 5 saja ke dalam peti derma di tepi pintu masjid. Sekarang, mari kita bertanya di manakah kita letakkan keutamaan jihad kita? memboikot sebuah produk yang terbukti salah untuk diboikot atau menggandakan jumlah derma kita kepada rakyat Palestin? Tepuk dada, tanya iman dan bukan tanya kepada Aiman.

Saya tegaskan sekali lagi, tiada salah untuk memboikot - tetapi biar secara bijaksana, berhikmah dan berilmu. Pilih betul-betul produk yang jelas menyalurkan bantuan kepada Rejim Ziones tersebut, jangan main sedap boikot saja. Umat Islam mundur kerana kita ketepikan soal (bijaksana) sebab kita jarang baca al-Quran. Lantaran itu kita mudah diperkotak-katik oleh bangsa lain. Adalah lebih baik pada pandangan saya kita boikot semua jenama rokok. Jelas ia memudaratkan kesihatan, malah jenama syarikat-syarikat besar rokok antarabangsa belum tentu selamat daripada dikaitkan dengan negara Israel .

Oleh yang demikian, saya menyeru kepada sesiapa sahaja, pergilah menjamu selera di restoran-restoran KFC, jangan ragu dan jangan gusar. Ia bukan sahaja halal, malah KFC Malaysia adalah milik orang Islam dan tidak terlibat dalam menyumbang wang atau royalti kepada negara Israel . Malah, ramai yang tidak tahu berapa juta ringgit yang telah didermakan oleh JCorp hasil keuntungan KFC kepada tabung rakyat Palestin. Semua ini memerlukan kita berhati-hati sebelum memboikot.

Sumber : email
http://kerusimalas.blogspot.com/
http://faraharisz.blogspot.com/


*Rasa nak makan Radix FC



Hari nie hari Jumaat~

Dalam kesibukan kita dok sedap2 bergolek2 tido ataupun merasai rasa best mendating~

Silalah mengingati akan masa depan Bahasa Melayu yang kita sanjung tinggi~

Juga Masa Depan Anak2 Didikan kita buat cikgu-cekgi yang dicintai~


Sokonglah Perhimpunan GMP (Gerakan Mansuh PPSMI)

menuju ke Istana Negara pada 7 Mac

bersamaan dengan esok hari~

Kalo kita x pk masa depan Bahasa Melayu pun, kesianlah kat anak2 bangsa kita di ceruk2

kampung yang aura2 nampak leh berjaya, tapi dek kerna PPSMI , pandangan dah jadi kabur.




Maka!






Saat ini adalah sangat penting untuk menyumbangkan sedikit usaha yang tak seberapa!










Maaf aku tak dapat hadir, tapi iringan doa aku tetap bersama!

Lapar sebuku roti~Papa roti lagi Sedap

*tajuk xdak kena mengena





Hari nie hari mengundi~


Serius , aku pakai cantik2 hari nie sebab aku prepare mikroteaching! Tapi depa kata aku pakai lawa2 sebab aura2 NYDP! Hahahaha..aku lupa hari nie hari mengundi. Cis~kalo aku tau aku pakai lagi lawa! *ahaks

Aku sangat suka dan sygkan kawan2 aku! *ayat apakah ini

Tapi aku sangat benci akan seladang *emo

Masa kat kantin, tehah ngan rumate aku g promote kat bebudak yang ada kat kantin. Lawak gila aku tengok! Oh kawan, promote skit2 dah la. Aku xmau dapat undi paling teruk ja. Kalo banyak sangat undi , aku termenang macam mana.

  • aku bukan rajin nak p meeting slalu
  • aku jugak still nak ponteng perhimpunan kalo malas bangun
  • aku pun slalu ponteng kelas nak tido
  • aku lagi suka sembang2 dari buat keja
  • rumate aku bawak benda haram! *ohh,aku baru ingat bila nampak sesuatu-tv!
  • paling penting, bila aku nak study *akukan kaki study-wakakaka
masa kelas Puan Gikosa tadi, Waih bagitau aku~
Dia wat survey kat kawan2 dia

wais : Korang undi sape NYDP?
kawan2 dia: ala budak rumah Mahsuri yang pendek2 tuh!

1st *bangang kata aku pendek
2nd aku tak takut pun dia undi aku, aku tau aku x menang!

Depa xtau aku ada aura2 malang. Memang malang sangat la kalo aku termenang!

*aku undi bdak kelas aku tadi, aku tau potensi dia nak menang skit, pasal ada ura2 kata , bakal ustaz akan jadi YDP taun nie. Tapi takperlah, asalkan aku ada sumbang skit undi nak bagi undian kawan aku mencanak nekk-klik ustaz tuh siap pelekat poster bagai nak promote dia! bagus2!

*Tadi masa aku lawat pameran, aku jumpa Syikin.
Dia gtau yang ada lagi penambahan sorang budak pompuan NYDP. Aku x ingat pasal aku x kenal. Pakai tudung labuh, baik2 ngan budak Badas. Ohh..sangatlah kena dengan Bakal YDPnya. Aku x undi dia pun tadi pasal aku undi lelaki. Aku pun xtau nape aku undi lelaki. Aku pun xkenal sape budak lelaki tuh. Kalo budak pompuan tuh menang, mesti tempat aku blaja nie jadi meriah sangat ngan aktiviti keagamaan! Bagus~tapi aku macam malas nak p surau kalo depa kata pagi2 wajip p surau!hmmm.................

Tadi Pn Gikosa x jadik buat kelas sampai 5 jam. Aku xtau napa dia suka cakap cam berbelit skit.Aku xmau percayalah apa dia kata len kali.Bengang aku.

~tadi rumate aku kena mikroteaching! Time dia ngan kengkawan aku yg kena tuh buat, ada plak beberapa ekor malaun yang xmau bagi kerjasama. Katanya nak bagi suasana happening la konon. *haram. Bukan happening la ngok. Tapi menghancurkan masa depan kawan2 sendiri. Tuh bukan tolong namanya.

Time sorang budak tuh dok ngajar kat depan, dia tanya la "macammana murid2, nak nyanyi lagi x" ataupunn "Faham x apa cikgu ajar" ataupunn "Nampak x apa kat depan nie". Malaun2 nie leh plak p jawab "Tak cikgu" *Dasar x boleh nak tolong kawan2 langsung. Tolonglah org len sama. Hari nie hari depa,esok2 hari hang! Maafkan aku kerna emo..

Tadi aku kena panggil nama *nama ikut cabutan folio ,pas aku cabut undi, aku dapat Set Induksi. Oklah walaupun aku harap dapat langkah 3 ngan 4. Pas aku prepare bagai, tetiba aku nengok LCD dah simpan. Hoiiiiii..camana aku nak tunjuk powerpoint aku *benawe

Pastuh aku kata aku nak cabut len, tapi Puan Gikosa suh aku ganti ngan org len yang nak buat set induksi tanpa pakai LCD. *bangang-penat aku pakai cantik2

Time kwn aku yg ganti aku to present, Puan Gikosa tuh sibuk2 dok nyampok. Baru hari tuh dia terang kata, jangan menyampuk depan kalo murid tengah cakap. Aku x penah dengar plak time mikroteaching lert leh nyampuk. Ilmu apa dia pakai. Dah la dia x paham konsep.

"Sebutkan cara kamu leh membantu ibu bapa". ada budak2 jawab solat sehari 5 waktu!
Terus dia tegur salah..~hello..sape cikgu nie! Nak tegur pun pas habis ngajar la. Tapi betul apa solat sehari 5 waktu leh bantu makpak.

1st-leh doakan bakpak
2nd-xyah la makpak dok pekik suh p solat pasal kita dah solat sendiri

dia x solat dia apa tau, dia sembahyang ja.

Banyak lagilah yg aku x suka! *baru aku perasan yang aku nie sangat skema ngan emo

itu sahaja untuk diceritakan pada petang ini. Rumate aku ngan kawan2 sedang bergembira tgk wayang.

~sedangkan aku di dalam bilik, sedang menulis,menahan senggugut dan sedikit emo

aku harap buah tangan yang dia bawak balik jap lagi berupa sebuku roti!

aku lapar

Wednesday, March 4, 2009

PIc Sabtu Yang Menggembirakan~

Sabtu yang menggembirakan adalah hari aku mendatingkan diri bersama seseorang~

Aku rasa sangat malas *akukan memang pemalas* so citer apa2. Sajalah nak tepek2 gambo2!


tiap kali aku jumpa dia, dia mesti makin kurus!



dan aku makin tembam. Kenapa hah??




dan aku sangat letih nak tgk dia dari posisi bawah *hik







thanks untuk hari yang sangat bermakna~

Hari yang sangat memenatkan~

Seharian harik nie sibuk giler tah apa2.

  • Pagi2 dah ada Pameran Alat Bantu Mengajar
  • Tengahhari pulak kelas Puan malar yang sangat menyakitkan ati
  • Petang plak masuk acara 4 x 100 meter tapi kalah dapat no last!~ oh sangat sedih ok!
Esok Puan Malar nak adakan kelas kena wat mikroteaching! Sangat lah sakit hati pasal dia sangat Gikosa ok nak buat kelas sampai 5 jam berturut2.

*Pikiran aku yang gilak nie dok pk dia mesti minat kat salah sorang bdak laki kelas aku! Apa2lah, yang penting aku kena wat elok2 skit ngajar pasal Rancangan Pengajaran Harian (RPH) aku silap buat. huhu..sangat sedih

Sangat penat juga sebab tangan aku sakit tarik tali semalam.

Itu sahaja laporan ringkas dari aku.

Tuesday, March 3, 2009

aku yang sangat malas~~

aku tak tahu la nape dua tiga menjak nie aku sangat malas!

tehah ngan mistake leh lak update2 blog depa walaupun tahap ke"bz"an aku sama je macam depa.

Nie antara list benda yang aku x update~
  • Sabtu yang menggembirakan (nie nantilah sebab kena tunggu pic lam hp sis aku)
  • trip to KL (nie pun malas-tehah and mistake ngah update-so xpyh)
  • Kot "Pegawai Sukan" (tunggu pas KOT habis)
  • Kedatangan Syeikh Muzaffar
  • Kepoyoan aku tolong tehah ngorat2 bodyguard Syeikh Muzaffar (yg nie best nak citer,harap2 tehah x update lagi)
*sigh

aku yang sangat malas~~

aku tak tahu la nape dua tiga menjak nie aku sangat malas!

tehah ngan mistake leh lak update2 blog depa walaupun tahap ke"bz"an aku sama je macam depa.

Nie antara list benda yang aku x update~
  • Sabtu yang menggembirakan (nie nantilah sebab kena tunggu pic lam hp sis aku)
  • trip to KL (nie pun malas-tehah and mistake ngah update-so xpyh)
  • Kot "Pegawai Sukan" (tunggu pas KOT habis)
  • Kedatangan Syeikh Muzaffar
  • Kepoyoan aku tolong tehah ngorat2 bodyguard Syeikh Muzaffar (yg nie best nak citer,harap2 tehah x update lagi)
*sigh

DOAKAN AKU~~

Doakan saya untuk Kejohanan Olahraga Tahunan~

Bukan apa2 pun, cuma masuk 4 x 100 meter jerk.

Skg nie memang sakit tgn gilolah,smalam memang aku semangat gila masuk tarik tali walaupun kalah. Bukan apa, akak yg bagi nama untuk tarik tali tuh kecik benor nak dibandingkan ngan aku. Memang 2 kali ganda ahh, so aku dengan penuh semangatnya gie tanya akak tuh nak tukar. Naseb bek dia nak! Muka aku masa tarik tali tuh memang buruk benor la pasai aku memang tarik bersungguh2 untuk menang. Tapi nak buat camana, non ade rezeki. Semua ahli2 rumah MAHSURI kecik2 belaka. Mana pegi org besar2 rumah MAHSURI??

Persoalannya bukan menang atau kalah bagi aku,tapi semangat setiakawan rakan2.Memang sangat terharu bila semua rakan2 bagi sokongan. Paling terharu, walaupun kalah tapi depa tetap bagi semangat kat aku.Bak kata sorang kawan aku "Kalah yang bermaruah".

Pagi tadi, tetiba jerk rumate aku tanya pasal tanggungjawab!

Berderau jer darah aku dengar perkataan tuh~

Bukan apa, kawan2 aku nie ha, buat gilak p letak nama aku dalam senarai NYDP! Masa mula2 dulu depa kata saja2 nak letak kat WAKIL PISMP (batch aku) jer. Aku pun buat bodo la pasal aku tau aku comform2 kalah ngan bdk2 lelaki kelas aku. Alih2 aku usha list nama, nama aku tepek kat list NYDP.Tergejut gilalah. Dalam hati aku dok kata, kegilaan apakah yang cuba ditonjolkan di sini.

Lama2 aku pk, aku bukan leh menang pun

Time KOT nie, aku nampak pihak lawan aku yg lagi 2 org tuh sibuk ja menifesto sana sini. Siap lert leh puji2 depa lagi. Lagipun aku dgr citer, depa calonkan diri sendiri. Memang la depa yakin leh menangkan kalo calon diri sendiri??? Nampak macam sangat berkaliber aku. then aku pk balik,apa yang aku dah / boleh buat??

  • aku bukan kaki bodek letr (pangkah letr ada la~aku memang mereng!)
  • aku tak skema sgt (skit2 ja kdg2 time aku gila)
  • aku sangat malas (tanya la rumate aku)
  • aku giler study (kahkahkahkah)
Oleh itu, bolehkah aku menjalankan tanggungjawab kalo tetiba ja aku "TERMENANG" jadi NYDP!

Tapi..................

Aku pun xmau KALAH!

Aku benci kekalahan ok!

Sebab tuh aku x suka nak join benda2 yang aku tau aku akan kalah.

Kalo aku rasa aku leh menang, aku akan cuba sedaya upaya usaha dan terus usaha untuk menang! Contoh terbaik Bahas~

Tuntasnya...............

Aku sangat sayang kawan2 yg slalu bagi sokongan pada aku!

Tak kira apa yg aku buat depa tetap bersama aku.

Semangat setiakawan yang depa tunjukkan sangat membuatkan aku terharu walaupun aku takut makna tanggungjawab tuh sebenarnya.

What will be,will be~~