Sunday, November 22, 2009

Bisnes

Tadi tengah aku dok bergolek-golek atas katil, kak sedara aku call. Nak suruh aku join ngan dia jual pin comel-comel. Ala..yang tengah fames sekarang tuh. Pin shin chan la, bas sekolah la , ais krim la. Macam-macam lagilah. Memang boleh laku rasanya since dekat Utara ni tak ramai orang jual lagi. Cuma sekarang ni takut potong trip classmate aku plak la pasal dia dah start jual benda tuh kat maktabkan. Ntah la...rasanya, kalau setakat aku kerja kilang leh ja nak tolong-tolong bisnes akak sedara aku tuh. Minat bukan tak minat bisnes supo gini, tapi masalah plak takut hangat-hangat tahi ayam. Setakat letak benda tuh kat kedai runcit mak aku, rasanya laku lagi. Tapi bebudak sekolah rendah jer kot nak belinya. Dulu aku ada jual topup. Tapi dah stop lama sikit ... akak sedara aku ja dok jual sebab join ngan dia ... alih-alih ada plak classmate aku jual. Pastuh memang malas la plak sebab takut kacau lubang dia walaupun bila pk balik dia la yg kacau lubang aku. Xperlah...rezeki ada di mana-mana. Kalau setakat nak tolong jual skit-skit tuh takperlah. Kalau nak jadi tokey tetiba nak jual kat bebudak maktab memang nampak sangat kacau daun. Best jugak tetiba hujung tahun ni g kerja kilang pastuh leh jual kat bebudak . Fuhh....(berangan je lebih)

Petang ni best..ada nasi kerabu kat Pasar Malam BPJ ni. Masalahnya hujanlah pulak x berhenti-henti.

Harap-harap ada la jual nasi kerabu petang ni. Nyum-nyum........

No comments:

Post a Comment