Wednesday, July 29, 2009

H1N1

salam..

semenjak dua menjak nie, ramai sangat yang kena simptom2 H1N1 aka selsema Babi. Huhuhu..2 hari yang lepas bebudak rumah aku excited sangat nak p Pameran Kedah Sejahtera. Masa tuh aku dah baik skit dari demam..tup-tup balik ja dari pameran tuh pukul 11.30 malam aku kena sejuk2 kekura. Sejuk dia memang tahap gaban tahap cipan ohh.Menggeletar aku. Memang x sempat la nak salin baju ka bukak tudung ka,terus baring bawah selimut. Malam tuh plak memang sangat2 xleh tido. Esok paginya..memang la x p sekolah. Petang tuh rumate aku yang baik hati telah membawa aku ke hospital. Masa kat kaunter tuh, akak tuh tanya la, student uitm ka? Sebab aku kata aku demam. Aku jawab la Praktikum kat St Theresa. Skali akak tuh kata, kalo aku ada simptom2 tuh, satu St Theresa kena tutup. Wahhhhh...takutnya aku. Nseb bek la masa jumpa doktor tuh dia tak kata apa-apa pun. periksa pun ala kadar jer. Chisss~~Ubat demam pun dia tak bagi, selsema pun tak bagi. Kedekut gilala.

Hari nie terpaksalah aku mengagahkan diri jugak pg sekolah sebab semalam dah MC. takut plak nak Mc lama-lama. Tapi semalam memang aku tak cukup tido la. Aku rasa setiap jam aku bangun. X larat sigh menahan sakit dada batuk.

Doakan lah aku cepat sembuh

Monday, July 27, 2009

Result dah Kuar

Sebenarnya result dah lama kuar selama beberapa hari.Tapi kami yang asyik masyuk berpraktikum nie..x tahu la palk yang result dah kuar.Sangatlah sadis untuk mengetahui bahawa result aku jatuh gedebum macam nangka busuk.Cis~~bila aku ingat2 balik..patut la result aku jatuh! Aku tak baca buku pun! Tuh la..dok buat2 sibuk hal rumah sewa.Ni la akibatnya. Aku tgk result org lain dok pakat naik.Tambah2 tehah.Fuhhh..memang meletup habis la sem lepas. Macam mana hah, orang lain x baca sangat pun buku, tapi depa leh score tinggi-tinggi melangit. Jeles aku! Xper2..kalo aku dok tiru style tehah gak,gamaknya terpaksalah aku perah otak gila2 time exam. Lagi mau samakan aku ngan tehah..Dia bleh la otak bergeliga.Agak2 kalo aku tido tepi tehah sepanjang exam berlangsung, leh tak ilmu-ilmu dia meresap lam otak aku?? Dush2.

Dalam hidup aku sepanjang 23 tahun nie, aku banyak kali jumpa jenis orang yang asyik suka tido+tak baca buku=result mantop! Calon yang paling layak ada rumate aku masa MRSM dulu. Chaii. Memang geliga gila otak dia.Tapi aku tgk buku x penah sentuh pun.Balik bilik asyik membuta ja. Alih-alih aku tanya soklan dia bleh plak jawab.Nilah anugerah semulajadi yang dikurniakan oleh Allah SWT. Kita sebagai insan2 biasa nie, silalah berusaha ya.

Semoga result meningkat untuk Sem ni

Mari memasak paprik bersama Mak Mimi * nama bakal mak mertua to be

Aku gila makanan<--sambil buat gaya Scha masa promote Gua.com

Tetiba ja aku bleh terpk nak wat paprik plak. Xpe2..kita try tgk dulu yg mana sempat. Kalo tehah tahu aku nak angan2 nak masak semua nie, dia mesti syorga punya.Nyum..yang penting, semua benda mesti pedas2..baru sodap.

Taraaaaa..resepi dia

Bahan-bahan ( 4 )

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

Tomyam Campur

Tadi aku ada citer pasal nak buat asam pedas.Tapi bila pk2 balik buat tomyam poktek pun sodap. Tapi rumate dah warning aku. Buat tomyam besa ja, pasai dia tak makan pelik-pelik. Hurmm..ok mem.

Bahan-Bahan:
Isi ayam/daging/udang/sotong
4 biji tomato (dipotong2)
1 pokok ketumbar
3 labu bawang besar(belah lapan)
5 batang serai (diketok2)
4 helai daun limau purut
15 biji cili padi (dibelah jangan putus)

Cara:
1. Masukkan isi ayam/daging dan direbus sehingga lembut bersama2 tomato yang dipotong2.Masukkan garam secukupnya.

2. Masukkan serai,bawang besar, daun ketumbar dan daun limau purut dan cili padi.Masukkan udang /sotong.

3. Rasa garam dan letakkan sedikit serbok perasa.
Cadangan Hidangan:
Makan dengan nasi putih

Sangat sonang. Silalah buat ya.

100 Plus

Salam..

Hari nie keadaan dah makin pulih sejak menderita seram sejuk dan kepala berasap semalaman. Huhuhu..aku rasa baru je hari tuh aku demam, nie demam balik lagi. Haiyo..demam nie aku rasa puncanya dari someone?? Kalolah terasa.Huhuhu.

Dari minggu lepas aku teringin sangat nak makan asam pedas Melaka. Tapi sesapa pun dalam rumah sewa tak tau nak buat asam pedas tuh. Dah aku mengidam sangat, aku pun try laa cari resipi dalam tenet. Kalo takat asam pedas kedah senang la, asam pedas Melaka..manakan ku tahu.
Oleh itu..marilah kita mencuba beramai-ramai ya.Ewahh...<----menari dalam keadaan berhigus

Nie resipi dia:-

Bahan-bahan
Bahan ini dikisar:
1 labu bawang besar
5 biji bawang merah
25 tangkai cili kering
1 inci halia
1 sd besar jintan manis
½ sd teh lada hitam
1 inci kunyit hidup
3 ulas bawang putih

Bahan tumis :
1 labu bawang besar dihiris halus
½ sd teh biji sawi
½ sd teh halba
5 tangkai daun kari (leraikan)

5 keping ikan tenggiri atau ikan parang atau 1 ekor ikan terubuk (dibersihkan)

2/3 cawan minyak masak
3 sd besar asam jawa campurkan dengan ¾ cawan air
1.5 liter air
2 biji tomato - potong 4
1 batang terung - potong
10 biji bendi
2 tangkai bunga kantan - dipecahkan
1 sd besar garam
½ sd teh serbuk perasa

Cara:
Panaskan belanga dan masukkan minyak. Tumis bawang hiris hingga kuning dan masukkan bahan tumis yg lain, biarkan naik bau.

Masukkan bahan kisar dan garam, tumis hingga pecah minyak. Masukkan air asam jawa dan kacau sebentar hingga naik minyak. Masukkan ikan dan sebatikan bersama bunga kantan.

Masukkan air, serbuk perasa, bendi dan bahan lain kecuali tomato. Tutup dan biar renih pada api kecil hingga mula pekat dan masukkan tomato. Biarkan 5 minit baru diangkat.

Aku nie memang berpenyakit jugak! Penyakit aku ialah berselera makan. Demam tak demam aku tetap suka makan. Sama penyakit gak ngan tehah. Penyakit aku nie rumate aku memang tau.Hahahaha.Tapi semalam mulut aku rasa pedaq la masa makan bubur nasi tehah buat! Bukannya tak sedap, tapi tak lalu. Fuh...macam x percaya ja tetiba aku tak lalu makan.

Saturday, July 25, 2009

kucing sadis sesadis hatiku

Minggu lepas dalam perjalanan pulang ke rumah sewa, aku lihat macam mana seekor kucing dilanggar hidup-hidup!Memang sangat sadis sebab sebelum mati dia terlompat-lompat menahan kesakitan yang amat sangat dipenyek oleh tayar kereta yang tuan dia tak tahu pun dia dah langgar kucing tuh. Perut kucing tuh memang sangat memualkan untuk dilihat dengan mata kasar. Naik sebu perut!

Umpama kucing yang sadis,sadis amat keadaan aku sekarang.Aku tak tahu nak ungkap macam mana bila hati kita rasa tawar amat. Aku tak mengharapkan kesudahan yang begini. Sama ada ungkapan aku yang sangat nista atau dia yang amat perasa. Dah lama sangat2 aku tak rasa sebu perut macam ni. Aku rasa kosong. Amat kosong. Dah lama aku x menangis kerana sakit hati dengan seorang Adam!Hari nie aku cipta satu rasa baru. Rasa kosong, penuh, sebu, punah,payah dan separuh.

Aku perlukan masa untuk buang segala. Segala yang terterpias.




Maaf. Aku cintakan kamu!

Wednesday, July 22, 2009

Berita Dari Sekolah -1

hari ni aku mengajar lagi
oh memang sangatlah menduga perasaan

pada mulanya aku berazam untuk jadi seorang guru yang lemah gemalai aka tidak menakutkan pelajar aku
malang seribu kali malang bila masing-masing tunjuk belang
dah la budak lelaki ramai xder pergi latihan bola sepak
ingat ke kelas nak diam lah
rupanya banyak jugak yang jenis nak tarik perhatian
*sigh..malas aku nak layan

alhamdulillah..semua bebudak bersemangat dan bersungguh-sungguh nak buat topeng yang aku ajar
keadaan agak berbeza dengan kelas hadapan yang rumate aku ajar
bila pasang je lagu..murid-murid kelas dia akan menyanyi penuh semangat
oh..sangat berbezalah dengan kelas aku
depa diam jer..
oh..mungkin depa xtahu lagu tuh ataupun malas nak menyanyi
dulu mula-mula aku pasang lagu Melayu. Tapi bila aku tinjau depa tak pandai lagu Melayu. Bila aku tukar plak lagu English..pun depa tak tahu.
Habis..takkan aku nak pasang lagu Tamil kot. Aku tak tahu la??
Mungkin aku patut masuk sehari awal untuk buat kelas Muzik kat depa
Sesapa ada cadangan apa patut aku buat untuk tarik perhatian pelajar untuk set induksi dan penutup selain dari nyanyian??

Sepanjang sebulan aku dan rumate berada kat sekolah nie, lec baru sekali jer datang. Tuh pun mai observe rumate aku. Tah bila ntah dia nak datang observe aku. Kalo tak datang lagilah bagus ohh..tapi bagilah markah banyak2 kat aku ya.

sekian berita dari sekolah

Tuesday, July 21, 2009

Praktikum Kali ke-2

Praktikum kali ke 2 menyaksikan aku dan rumate ditempatkan di Sekolah Kebangsaa St Theresa. Sekolah Kebangsaan St Theresa ni memang terkenal sangat dengan bilangan murid dari kaum India yang sangat ramai walaupun diwartakan sebagai sekolah kebangsaa.

Mula-mula dapat sekolah ni, aku memang buat rilek je pasai aku ingat ada ja jugak kerat2 Melayu. Rupa-rupanya inilah pembalasan Allah atas sikap prejudis aku selama nie.Kiranya, mula-mula aku datang sekolah nie dengan penuh sifat syak wasangka la.Namun baru aku tahu, betapa naluri seorang cikgu tidak akan membezakan anak murid dia. Selagi mana namanya adalah anak murid, selagi itulah keazaman kita untuk mengajar sentiasa tersemat di dada.

Aku akui..kesabaran aku sangat teruji di sekolah ini. Bila membicarakan bab tegas dan garang, aku akui aku memang seorang cikgu yang agak tegas. Tapi dekat sekolah ni, sifat tegas aku sangat tidak menjadi. Para pelajar aku sangat pintar membuat lawak bodoh yang hanya akan menjadi bahan jenaka. Biar aku tegas atau garang, semua perkara tuh tak jadi hal. Memang budaya yang membeza membuatkan mereka tak faham! Entah yang mana sindiran aku, entah mana marah aku, entah mana garang aku! Depa x faham apa yang aku cakap. Arahan aku selalu lintang pukang! Mengajar di sekolah ini membuatkan aku jadi cikgu yang prihatin walau tanpa ada pensyarah yang melihat aku dari belakang. Satu satu aku perlu tunjuk untuk buat mereka faham. "Begini caranya" "Ehhh..bukan macam tuh""Kan cikgu dah kata macam ni"..Penatnya! Tapi itulah jalan yang aku pilih.Tanpa ada paksaan.

Itu baru mengajar matapelajaran major.Bukan lagi minor. Terpekik terlolong aku tengah padang. Apatah lagi keadaan padang yang harus dikongsi dengan Sekolah Menengah. Memang membuatkan aku termengah-mengah menahan kepenatan. Suara aku yang kononnya dulu kuat memang nyaris habis la. Minggu pertama praktikum, aku Demam! Memang habuan yang sangat lumayan.

Itulah resam dunia,yang mengajar kita untuk lebih gigih dan kuat berusaha dengan redha Allah SWT

Ranjau Berduri

salam blog..

dah lama sangat rasanya aku tak tulis blog
sangat2 lama sehingga aku rasa keinginan aku hendak menulis hilang

banyak kejadian yang dah berlaku sepanjang kepergian aku
banyak kejadian yang aku dah lupa
banyak juga yang masih kekal dalam ingatan aku