Saturday, August 29, 2009

bersiaran dari BPJ

assalamualaikum..

bersiaran dari rumah sewa Bandar Puteri Jaya
ramai yang x balik lagi
dalam rumah nie cuma ada tehah dan pya sahaja
aku pun singgah jap sebab nak p ambik rumate kat stesyen bas
tadi pya bagitau abg posman dtg hantar modem
aduh..pasni semua org sure2 segan nak p solat tarawikh pasal ada tarikan kuat bangat dari dunia IT
itu sahaja
nanti rumate tertunggu-tunggu

chow chin chow

esok dah start kelas
ada ke org dtg eh
dah la lusa cuti
aduh2
aku malas

Wednesday, August 26, 2009

Ramadhan Pertama

Selamat berpuasa semua

Nampaknya ini Ramadhan Pertama tanpa kehadiran tok dan Ramadhan Kedua tanpa kehadiran Tokwan

sangat sunyi

Semoga roh keduanya dirahmati ALLAH

Saturday, August 15, 2009

entri khas 16/8/2009

Entri ini untuk sahabat baik yang sangat istimewa di hatiku.

Kecintaanku atas segala sifat pemurahnya.Sahabat sejati yang sanggup berkorban apa sahaja demi insan bernama sahabat walaupun seringkali aku merasakan aku yang perasan diri ini sahabat baiknya selalu didiskriminasi. Ya sahabat. Jujur..sifat pemurahnya sering membuatkan aku mempersoalkan tahap ikhlasnya sahabatku. Adakah dia ikhlas dengan segala yang dilakukannya? Ya..dia ikhlas.Sahabat baik aku ini sangat ikhlas orangnya walaupun ikhlasnya kita bukanlah sebagai manusia yang sempurna. Kita bukan insan sempurna. Kecomelannya buat kita tertanya..inilah insan yang mampu menikmati kegembiraan dunia. Insya'Allah. Itu yang selalu kita titipkan dalam doa.

Keheningan pagi yang hampir tengahari ini, aku mengenangkan betapa sahabat baikku ini banyak berkorban demi aku sepanjang hampir 4 tahun perkenalan kami. Segala duka laraku dia pengubat segalanya walaupun di kala ini aku merasakan jarak yang entah mana jauhnya. Namun..atas rasa kebahagiaan kelahiran sepanjang 22 tahunnya..terima kasih. Atas rasa suka, duka, gembira ,kecewa dan segala rasa yang mampu dicapai oleh akal manusia. Sahabat baikku, Ya sangat baik dan menyenangkan, Nadiah Sharul Hayali, Moga panjang umur dan murah rezeki. Sentiasa dalam limpagan rahmat Allah SWT. Dipermudahkan segalanya.Beroleh jodoh sempurna dan punyai anak-anak yang menjadi kesayangan di hati kalian berdua.

Saat ini sangat tragis bila aku mengingati saat perkenalan yang merapatkan kita. Terima kasih mengingatkan aku apa itu tabah di saat aku sarat di lambung ombak. Terima kasih atas rasa punyai sahabat baik yang sangat baik untuk aku melewati segalanya. Moga dikau Nadiah yang manis..sentiasa menjadi Nadiah yang manis selamanya.

Nadiah Sharul Hayali kesayangan kami, Selamat Ulangtahun Kelahiran.

Aku sayang Kamoo.Peluk dan cium atas rasa kasih yang tidak terhingga dan rasa limpahan rahmat dikurniakan sahabat sepertimu.




ungu dan rumate

Kecintaanku

Aku terasa begitu kerdil pagi ini. Entah kenapa.

Begitu indahnya sifat fizikal Baginda, sehinggakan seorang ulama Yahudi yang pada pertama kalinya bersua muka dengan Baginda lantas melafazkan keislaman dan mengaku akan kebenaran apa yang disampaikan oleh Baginda.

Di antara kata-kata apresiasi para sahabat ialah:

- Aku belum pernah melihat lelaki yang sekacak Rasulullah.

- Aku melihat cahaya dari lidahnya..

- Seandainya kamu melihat Baginda, seolah kamu melihat matahari terbit.

- Rasulullah jauh lebih cantik dari sinaran bulan.

- Rasulullah umpama matahari yang bersinar.

- Aku belum pernah melihat lelaki setampan Rasulullah.

- Apabila Rasulullah berasa gembira, wajahnya bercahaya seperti bulan purnama.

- Kali pertama memandangnya sudah pasti akan terpesona.

- Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat.

- Wajahnya seperti bulan purnama.

- Dahi baginda luas, raut kening tebal, terpisah ditengahnya.

- Urat darah kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.

- Mata baginda hitam,dengan bulu mata yang panjang.

- Garis-garis merah di bahagian putih mata, luas kelopaknya, kebiruan asli di bahagian sudut.

- Hidungnya agak mancung, bercahaya penuh misteri, kelihatan luas sekali pertama kali melihatnya.

- Mulut baginda sederhana luas dan cantik.

- Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.

- Apabila berkata-kata, cahaya kelihatan memancar dari giginya.

- Janggutnya penuh dan tebal menawan.

- Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna lehernya putih seperti perak sangat indah.

- Kepalanya besar tapi terlalu elok bentuknya.

- Rambutnya sedikit ikal.

- Rambutnya tebal kadang-kadang menyentuh pangkal telinga dan kadang-kadang mencecah bahu tapi disisir rapi.

- Rambutnya terbelah di tengah.

- Di tubuhnya tidak banyak rambut kecuali satu garisan rambut menganjur dari dada ke pusat.

- Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua bahunya lebih daripada biasa.

- Seimbang antara kedua bahunya.

- Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya, jarinya juga besar dan tersusun dengan cantik.

- Tapak tangannya bagaikan sutera yang lembut.

- Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik. Kakinya berisi tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air.

- Terlalu sedikit daging di bahagian tumit kakinya.

- Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran coklat dan putih. - Warna putihnya lebih banyak.

- Warna kulit baginda putih kemerah-merahan.

- Warna kulitnya putih tapi sihat.

- Kulitnya putih lagi bercahaya.

- Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh. - Badannya tidak gemuk.

- Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana lagi kacak.

- Perutnya tidak buncit.

- Badannya cenderung kepada tinggi,semasa berada di kalangan org ramai baginda kelihatan lebih tinggi daripada mereka.


Demikianlah sesosok tubuh nan mulia milik Nabi Muhammad s.a.w ~ manusia agung yang ideal dan sebaik-baik contoh sepanjang zaman. Semulia-mulia insan di dunia...

Pernahkah kita terfikir betapa saat akhir hayat Rasulullah mengingatkan kita semua betapa mendalamnya cinta baginda terhadap umatnya...

Wahai ALLAH, izinkan hambamu ini menukil kembali kenangan itu....

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya.

Tapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk,
"Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian ia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah,
"Siapakah itu wahai anakku?".

"Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya,"tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang. "Ketahuilah, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikatul maut," kata Rasulullah.

Fatimah pun menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri, tapi Rasulullah menanyakan kenapa Jibril tidak ikut bersama menyertainya. Kemudian dipanggillah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?"
Tanya Rasululllah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti rohmu. Semua surga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril.

Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khawatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Kuharamkan surga bagi siapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini."

Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat pengantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah mengaduh, karena sakit yang tidak tertahankan lagi. "Ya Allah, dahsyat gerangan maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku. "

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya (lantas terdengar Rasulullah berkata:)
"Uushiikum bis-shalaati, wamaa malakat aimaanukum" (peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu)

Di luar, pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii!" - "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai sepertinya? Semoga cinta kita pada Rasulullah adalah cinta yang abadi.

betapa sayangnya Rasullullah kepada kita

Selama hidup 23 Tahun

Sebelum memulakan warkah kali ni, aku ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana lagi sehari kita dipanjangkan umur untuk menjadi manusia yang mampu menghirup udara di Bumi Allah. Betapa nikmatnya merasa udara ini walaupun tidak rasa sesegar mana atas kerasukan manusia malah diri sendiri juga. Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Syukur juga kerana diberi kelapangan hati, kesyukuran punyai orang-orang kesayangan di sisi walau kadang punyai perasaan persetan yang hanya kita yang menyayangi mereka. Syukur-syukur. Nikmat Allah tiada tandingan. Walau acapkali berubah ke arah negatif yang entah silapnya di mana, tapi syukur atas nikmat Allah, Allah tetap Tuhan Yang Satu Tetap yang Esa takkan berubah di hati. Malah atas segala kegembiraan dan keseronokan dunia,atas segala kekecewaan, kesedihan, dugaan dan kepayahan,Allah tetap ada disamping kita. Biar rasa seorang tiada keluarga, teman, rakan, sahabat malah lelaki istimewa disamping, Allah tetap ada. Terasa diri ini bukan kosong dan sentiasa diisi. Punyai sesuatu yang setiasa menjadi pengharapan. Syukur ya Tuhan kerna kita dilahirkan sebagai hamba yang Menyembah Allah Azawajalla dan sentiasa meletakkan Allah sebagai Esa yang utama.Alhamdulillah atas nafas yang aku sedut selama hidup ini.

Wednesday, August 12, 2009

Life



Bila kita tertekan dengan keadaan sekeliling..apa yang patut kita lakukan?
ntah la..rasa down sangat bila melanda. Even perkara tuh kecik pun, tapi slalu berlaku,persetankan saja walau rasa segala yang haram belaka. Apatah lagi bila ketiadaan orang yang memahami di sekeliling. Orang yang tahu melihat tetapi tidak berasa. Bila kita jatuh orang pandai ketawa. Biasalah hidup. Kadang-kadang kita ketawakan orang, esok lusa hari kita orang pulak ketawakan kita. Life is good. Hadapi hidup ini dengan tenang. Biarlah segala benda yang haram jadah menjadi haram jadah slamanya! Mampuihhh piii.Moga Ramadhan yang melanda bakal mengubah segalanya.

sangat miss seseorang yang sibuk..

10 cara mengatasi tekanan hidup
Terdapat beberapa tips yang kita boleh amalkan bertujuan mengurangkan tekanan hidup. Antaranya ialah :

1) Biasakan diri berada dalam keadaan berwuduk

Jiwa kita akan menjadi tenang jika kita membiasakan diri mengambil wuduk sebelum melakukan pekerjaan. Kerja yang susah akan menjadi senang dan mudah diselesaikan. Para pelajar misalnya, disarankan agar membiasakan diri mengambil wuduk sebelum mengulang kaji pelajaran agar apa yang dibaca akan mudah diingati.

2) Perbanyakkan membaca Al-Qur'an

Ganjaran yang besar akan diberikan Allah bagi sesiapa yang membaca Al-Quran walaupun satu ayat. Waktu yangsesuai bagi kita untuk membaca Al-Quran ialah selepas solat lima waktu dan waktu-waktu lain seperti ketika berehat dan sebelum tidur. Oleh itu, jadikanlah Al-Quran sebagai teman paling akrab pada sepanjang waktu.

3) Banyakkan Solat Sunat

Sebagai makhluk paling mulia di sisi Allah, kita disuruh membanyakkan amal ibadat kita sehari-hari. Antaranya, dengan mendirikan solat sunat. Solat sunat hajat, solat sunat taubat, solat sunat tasbih adalah antara pelbagai solat sunat yang terdapat dalam Islam. Kita bangun pada sepertiga malam dan mendirikan solat-solat sunat tersebut agar beroleh ketenangan dan kekuatan daripada Allah.

4) Selalu berdoa kepada Allah

Allah telah berpesan iaitu jangan menyembah selain daripada-Nya. Ini bererti kita disuruh berdoa hanya kepada Allah yang Maha Esa dan dilakukan secara berterusan. Waktu-waktu mustajab berdoa adalah pada malam Jumaat, tengah malam, pagi sebelum waktu Subuh, malam hari raya, ketika waktu azan dan iqamah. Insya-Allah, Allah akan memakbulkan doa setiap hamba-Nya yang benar-benar ikhlas. Namun, kita perlulah sedar bahawa sebarang rezeki tidak akan datang bergolek sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh. Maka kita perlulah berusaha supaya mencapai sesuatu di samping berdoa hanya kepada Allah yang Esa.

5) Bersangka baik dengan Allah

Kita sebagai manusia biasanya tidak akan terlepas daripada berhadapan dengan ujian dalam hidup. Semuanya itu adalah ujian daripada Allah yang Berkuasa bertujuan menguji keimanan kita sebagai hamba Allah. Oleh itu, kita mestilah bersangka baik dengan Allah dan janganlah menyalahkan-Nya jika terjadi sesuatu ke atas diri kita. Kita juga mesti percaya bahawa tentu ada hikmah di sebalik kejadian itu.

6) Lakukan kegiatan luar seperti bersukan

Orang ramai selalu berkata bahawa badan yang cerdas akan membentuk otak yang cergas. Segala tekanan sewaktu bekerja akan dilupakan apabila kita melakukan aktiviti-aktiviti luar yang dapat menyihatkan tubuh badan seperti bersukan. Situasi akan menjadi lebih menggembirakan jika kita meluangkan masa membawa keluarga pergi beriadah. Ikatan kekeluargaan juga akan bertambah erat dan kukuh.

7) Amal diet dengan disiplin yang kuat

Pengambilan makanan yang berlebihan dan tidak seimbang juga merupakan salah satu faktor tekanan sewaktu bekerja. Oleh itu, cara untuk mengurangkan tekanan adalah mengamalkan diet dengan disiplin yang kuat. Diet yang tidak terkawal akan menyebabkan kegemukan dan menimbulkan penyakit kronik yang lain seperti lemah jantung, darah tinggi, kencing manis.

8) Menangis dengan sepuas hati

Tekanan yang dihadapi sekiranya melibatkan individu yang lain dapat diredakan melalui luahan hati kita dengan menuliskan rasa ketidakpuasan hati kita itu dalam sehelai kertas. Sikap cuba menyimpan perasaan tersebut dalam hati boleh menyebabkan diri merana. "Luaran lain hati lain" ada sesetengah individu apabila mereka mengalami sesuatu tekanan, mereka seolah-olah tidak menunjukkan permasalahan mereka itu. Sebagai contoh, bila dilihat bersama rakan- rakan tetapi dalam hatinya hanya Allah yang Maha mengurangkan tekanan yang dihadapi di tempat kerja.

9) Hargai kebolehan diri sendiri

Kita perlu mempunyai satu sikap yang dipanggil yakin diri. Apabila kita mempunyai keyakinan diri, maka kita tidak akan mempunyai masalah untuk melakukan sesuatu pekerjaan yang disuruh oleh pihak lain sewaktu bekerja. Kita yakin bahawa kita boleh melakukan kerja yang disuruh dengan mudah dan tiada sebarang masalah yang dihadapi. Apa yang penting ialah, kita
mesti menghargai kebolehan diri sendiri dan memulakan hidup dengan lebih ceria.

10) Cintai diri sendiri

"Cintailah diri kamu sendiri sebelum kamu mencintai diri orang lain". Jelas daripada maksud sepotong hadis ini, kita dapat memahami bahawa kita perlu mencintai diri sendiri terlebih dahulu berbanding orang lain. Diri kita yang selama ini masih pada tahap lama dalam pekerjaan perlu dipertingkatkan dengan cara yang dinyatakan di atas. Kita perlu memulakan kehidupan kita dengan ceria dan penuh dengan senyuman. Sebagai kesimpulannya, tekanan kerja bukanlah satu bebanan yang sukar untuk diatasi. Dengan usaha yang gigih dan kesabaran yang tinggi serta jalan penyelesaian yang jitu, bebanan yang kita alami pastinya akan dapat diselesaikan dengan jayanya

Tuesday, August 11, 2009

Kawen..kawen..kawen

salam..

bersiaran dari Sekolah Kebangsaan St Theresa.

Hari nie ada observe PJ!
Memang sangat menyeronokkan sebab budak2 bagi kerjasama yang best
Cuma ada sorang 2 jer yang kurang bagi kerjasama!Biarlah!

Aku dah start tempat mask satu kotak dari Kak Ina
Harga dia cuma RM6.50 saja untuk 100 mask
Tapi macam nipis ja mask ni dan susah nak bernafas oh

Smalam aku tepon kawan-kawan lama masa sek menengah dlu
aku dapat citer rumate aku Chaih dah kawen
Wahh..bestnya
Tapi akad nikah jer sebab depa dah bergegas nak balik oversea balik
Kak Rock pun dah nak nikah bulan depan
bestnya..bilalah sampai turn aku plak nie..


Monday, August 10, 2009

H1N1

sekarang ni kes H1N1 makin menjadi-jadi
dengar cerita dah ramai yang mati
tadi kat pejabat dan bilik guru kecoh pasal kematian kes H1N1 kat Hospital Besar Sg Petani
Wahhh..takutnya
depa kata budak sekolah Ibrahim dah kena sorang
aku cam takut2 ja pasal banyak budak yang ada symtom2 H1N1
yang lawaknya Penolong Kanan HEM siap halau bebudak yang demam lagi suh balik umah

Skg nie pun setiap staf dan cikgu kat sekolah dapat sorang satu mask
wahh...sangat segan(malu) untuk memakainya
macam rupa org keja hospital jer gayanya
Tapi macam kena pakai
Sebab badan pun dah rasa seram sejuk bila sampai sekolah
tak tahulah kenapa berperasaan begitu
mungkin dah sangat boring dan aura2 malas makin menjadi2
Wahhhhhhhhhhh...minggu depan dah habis praktikum
Bestnya


Cayalah cikgu pakai mask macam nie!

Tuesday, August 4, 2009

Stupid Cupid



Smalam dah start citer Cupid ngan Gossip Girl Year 2. Jangan lupa tgk minggu depan. Sedihnya Ugly Betty ngan Desperate Housewife dah habis. Tak sabar tunggu season baru

*Tingat plak lagu Stupid Cupid - Mandy Moore

ewahh...ewahh...Anak MAmi

Hohoho..Merry Christmas!

Itulah kot kata-kata hati rumate skg nie. Dia dah merdeka sebagaimana kita semua sedang berada di Bulan Kemerdekaan sekarang.

Itulah..mesti balik nie dia dah boleh rasa berpoya-poya , bergayut sakan macam pontianak dan kacau aku nak tido malam dengan suara bisik2 dia ngan tuttttt. Malah boleh makan keropok yang dibeli sempene Festival Kedah Sejahtera yang membuatkan aku demam kembali.

Dengan rasminya aku mengumumkan esok aku akan menghadapi proses observation.

Hahahahahahahahahaha....

...........................


Selamat berjaya HASLINA BINTI CHE ISMAIL





*nak mintak dia tolong ganti bleh??

Monday, August 3, 2009

lusa lec nak mai lagi!

ok
ok
ok
ok
ok


.........................................


i love my job
i love my job
i love my job
i love my job
i love my job



..........................................



ok
ok
ok
shit!


aku tipu!
Lec datang observe!

Sangat tak best.Tuh jer yang boleh dikatakan. Keji jer bagi markah macam tuh. Tapi silap aku gak prepare biasa je. Ingat ker dia tak datang. Tgk2 dah tercongok depan. Pastuh leh plak dia observe kelas aku ngan rumate dalam masa yang lama. Yang tak bestnya dia dok lam kelas aku lama gila. Giler ahhh penuh buku RPH aku dia conteng!

Kejio!

lucky

Jason Mraz - Lucky Lyrics

jason mraz lyric

Do you hear me,
I'm talking to you
Across the water across the deep blue ocean
Under the open sky, oh my, baby I'm trying
Boy I hear you in my dreams
I feel your whisper across the sea
I keep you with me in my heart
You make it easier when life gets hard

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

They don't know how long it takes
Waiting for a love like this
Every time we say goodbye
I wish we had one more kiss
I'll wait for you I promise you, I will

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
Lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

And so I'm sailing through the sea
To an island where we'll meet
You'll hear the music fill the air
I'll put a flower in your hair
Though the breezes through trees
Move so pretty you're all I see
As the world keeps spinning round
You hold me right here right now

I'm lucky I'm in love with my best friend
Lucky to have been where I have been
Lucky to be coming home again
I'm lucky we're in love every way
Lucky to have stayed where we have stayed
Lucky to be coming home someday

Ooohh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh
Ooooh ooooh oooh oooh ooh ooh ooh ooh

[ thanks to yaya_abrahman[at]yahoo.com for submit this lyric ]

powered by lirik lagu indonesia