Monday, February 16, 2009

aku yang ketinggalan~~

aku slalu terfikir~~

kenapa aku selalu menjadi orang yang ketinggalan ??

tatkala semua orang bersuka ria dendangkan lagu Indon mahu Indie mahupun seangkatan dengannya

aku masih seronok dan leka dok pasang lagu Ramli Sarip mahupun lagu M Nasir

kalo semua umat kawan2ku asyik masyuk lagu Bunkface

aku jadik sangat gilak akan lagu Rock 90-an

aku orang yang ketinggalan

sangat amat untuk ketinggalan

kadang kala aku rasa kesah untuk jadi tertinggal di belakang

namun ketinggalan buat kekadang aku sangat sesak

sesak untuk mengetahui segala

aku selalu senang untuk meneruskan perasaan lama

perjalanan dan rentetan yang slalu aku rasa dan buai setiap hari

mengenang hari2 semalam

menjadi seorang pengelamun sepi mahupun memasang seribu mimpi

benda yang x patut aku kenang pun aku kenang

sebab tuh aku kata aku seorang aku yang ketinggalan

kerna semakin lama semakin waktu meninggalkan aku

aku tak pernah sedar diri

aku menyimpan seribu rasa

tapi aku bukan berdendam

dendam pada memori2 dan hari2 semalam

kerna aku payan nak tinggalkan semua ketinggalan

ketinggalan buat aku bahagia

walau kelak aku rasa merana







::aku suka merepek:: *sigh

aku gadis sibuk~~

aku pura-pura menjadi gadis sibuk~~

dalam kepura-puraan penuh kedustaan
aku lari dari segala rasa
mengenang segala kerja yang menimbun merata

aku gadis sibuk
arghhh sangat sibuk
kesibukan lantaran bahana diri sendiri
aku buang segala tingkah rajin untuk berdepan segala seronok

adakah aku tidak sedar dahulu?
aku sedar!
betul aku sedar!
tapi aku pura-pura tidak sedar
kerna aku lali dengan kesibukan ini

tipu!tipu!
aku x pernah lali sebenarnya
aku taksub dengan sekelilingku
penuh rasa poya yang sangat obsesi

aku x pasti
bila aku akan tinggalkan segala rasa pura ini
kerna aku tahu org disekeliling x penah sedar
jadi untuk apa aku sedar!

tatkala aku cuba menjadi gadis sibuk
aku benci berhadapan segala rasa seronok


aku benci menjadi gadis yang pura sibuk

Sunday, February 15, 2009

Malam yang sempurna~~

Chewah~~

Tajuk entrynya sangat melampau aihhh
tapi sesungguhnya memang sesuai sangat la bila kena mengena dengan bab-bab makan nie

Malam nie rumate, aku , pya nak tumpang kete daus g makan kat Restauran Siam yang aku kerja time cuti bulan 12 dulu~
Kedai nie memang super duper sedap ahh..
Tambah2 masakan Thai dia
Tak silap aku tukang masak dia memang bekas Chef Restauran 5 bintang kat Thailand
Kalo disiplin makanan kat Thailand memang bagus bangat ahh~~
Tokey dia citer kat aku kata dia dah ada 2 cawangan Restauran kat Kg Baru
nie cawangan baru
Tapi kelam kabut skit ahhh time maghrib sebab x cukup kaki tgn
Kdg2 dia import gak pekerja dia dr Thailand


Masa aku kerja tuh memang tetiap malam la aku dok melantak sampai badan pun dah tembam gilos ohh
Tuh ahh aku ajak2 kengkawan aku try
Tambah-tambah time dapat ELAUN nie
Lagilah semangat nak melantak


Restauran Johan Seafood terletak berhampiran / depan dengan Billion Sg Petani
Kat ceruk skit
Tanah dia bekas Restauran D Palma yang terkenal dengan makanan western sebelum tokey kedai makan tuh wat hal~~
Bebudak futsal ngan Kosmo slalu dok lepak situh~~




Marilah hoii kita p makan

Friday, February 13, 2009

Kawen Kawen Kawen~~


Aku tujukan khas buat kak miza *ex rumateku* yang telah selamat diijapkabulkan.

Maaflah syg, kami semua x dpt hadir sebab esok adalah diistiharkan hari bersekolah kerna cuti ganti pada raya cina yang lepeh. Tuh lah nok oii.. sapo yang suqoh kome gatai cuti raya cina lama sangat! kalo idok, dah lamo aaa eden leh makan nasik minyak ekak miza nieh.

Kak miza kawen ngan kekasih lama dia merangkap sudah putus beberapa kali tapi disambung kembali. Alhamdulillah jodoh kuat org kata. Best sgt. Alhamdulillah jugak, kak Miza dah berjaya mengIslamkan suami dia skg. Suami dia skg India masuk Islam, tapi memang hensem ah. Pasai muka suami dia puteh skit mcm org Melayu dan sangatlah sesuai ngan kak Miza.

Aku cukup kecewa xleh tgk hari berbahagia dia. Aku rasa kengkawan aku pun sama. Tapi nak wat camana, keadaan memaksa.

Moga kak Miza dan suami dipanjangkan jodoh dan dimurahkan rezeki.

Sayang kak Miza cgt!



ungu~kak miza~mie

huduh giler aku time nie.Nyampah~


Best giler~~~


Wahh..memang best gilerlah wayang citer "Penggembaraan bermula Upin & Ipin".

Aku yang x minat sangat katun Melayu, nie pun leh kata citer nie best. So sesapa yang rasa nak tgk cite nie cepat-cepatlah g tgk sebab memanglah sangat2 x rugi.

tambah2 bla hero tuh rambut dia cam "seseorang". *tetiba jer*

Siyes aku cakap yang citer katun nie leh setanding ngan katun antarabangsa.

Muhlah ramai-ramai rakyat Malaysia g support katun kiter.

p/s:Thanks Deq Chah sebab belanja kakakmu yang kelukut ini.

Wednesday, February 11, 2009

Nak memBab*kan~~lalalala

SeMenjak dua menjak nie memang sekumpulan seladang2 jantan sedang hangat nak tunjukkan kejantanan depa~

~
Oh..aku sangat-sangatlah tidak paham dengan sikap sekumpulan makhluk Allah nie. Napelah slalu sangat buat diri tuh jadik bodoh dan jadik bahan sumpahan dan makian aku.. Start citer die bermula dengan sekumpulan seladang jantan yang terasa depa tuh sangat-sangatlah jantan.Oh..tolonglah.

Biler bercakap mengenai tanggungjawab punyalah prong prang prong prang.
Konon2 seladang jantanlah yang paling berkuasa dalam segala hal tanggungjawab dan org len x leh naik kepala walaupun org len lebih layak. Adohai..aku leh trima lagi benda tuh. Tapi masalahnya..bila nak jalankan tanggungjawab , mulalah depa kata "mana aci" "asyik2 kami ja kena buat" "puak lainlah pulak" "Tipah" Sepeah". Tadi konon2 si seladang jantan yang bernama "Awang" ngan "Semeon" dok sebuk2 citer pasal tanggungjawab. Hah...mana pi hampa punya tanggungjawab skg??? Silalah jawab wahai seladang2 jantan ohhh. Kadang2 tuh seladang jantan siap leh berhujah2 hadis lagi. Fuhhhh...punyalah tawaduk. Harammmmmmmm nak mampuih..ptuiiiii! Aku rasa nak ludah leleh ja.

Cakap bukan main megah, tapi amalam haprak
. Sangat2 haprak.

* Alloo bro seladang, kalo cakap x serupa bikin x guna ohhh *.

Smoga seladang2 jantan berubah..amin.



*emonya aku* ader kome kesah.





sila jgn salah faham..ini gambo tapir bukan seladang iyer~~

Chisss~~

Aku sebenarnya tengah berada pada tahap kebengangan pada ketika ini.

~wireless kat hostel aku nie, sejak 2 menjak lepas bercuti lama, memang sangat best untuk bukak. *semua benda-benda laqha leh disurf dengan cepat dan pantasnya, walaupun dulu lembab nak mati Laman-laman sosial pun memang senang2 gilerlah nak bukak tanpa sekatan. Yang jadi masalah time nak bukak laman-laman ilmiah *nama pun bukak sekali sekala*

Pelik bin ajaib aku. Nak cari maklumat pasal study pun payah gla. Aku rasa la depa silap setting kot. Gilerlah. Nak carik apa pun payah nak mati. Camanalah aku nak siapkan tugasan aku yang tertunggak tuh *alasan sebenarnya..hahahaha* ~semua orang kat sni memang tengah bergumbira skg. Muka masing-masing skg nie pun ngah ada aura-aura ceria tahap gabanlah pasai "ELAUN" dah masuk. Tapi aku ngah bersedih nie walaupun aku x g jenguk lagi elaun kat bank. Bukan apa..bila aku congak2 balik, bape sen sangat eh duit aku yang tinggal tolak semua hutang aku yang maha banyak. Mencik2. Bilalah aku boleh shopping dengan gembiranya tanpa pk duit akan habis. Kalo aku wat2 cam kaya skg, silap2 semekin gilolah aku hujung nanti. Xkan ler tetiap hari nak melantak megi. Ciss..mereng toi aku nie. Patutnya time2 gnie aku ada aura2 ceria.

~Ada la sorak budak tuh dalam kelas aku. Time elaun masuk jer mesti nak perli2 bangang kat aku. Menurut kata budak tuh..kalo time2 elaun masuk, muka akulah yang paling sengih skali! Gila perliiiiiiiiiii. Kuang ajaq toi. Dia tak tau yang dalam bank aku bertimbun2 duit. Apa dia ingat aku semekin sgt! Tiap kali elaun masuk dia kata gtuh. Taulah aku nie x kaya cam dia. Awat nya nak heran aku ada duit ker x! Malaslah aku nak layan. Budak2 katakan. Apa dia tau. Aku rasa la, dia nak suruh aku kata balik kat dia kot. Mungkin la?? Atau dia rasa aku nie kalo sengih cun?? *ada kena mengena ka*



aku nak lelong depa nia, ada sesapa nak dak??
*Chomey-chomey ohh*

p/s : jgn marah ohh







Berakhir sudah~~

Alhamdulillah~~

Berakhir sudah Pesta Pantun Akhir dengan sangat2 gemilangnya walaupun sambutan adalah sangat menyedihkan. Aku akui memang sangat-sangat menyedihkan kehadiran peminat-peminat seni bahasa melayu yang kita semua junjung. Bleh dikatakan masa mula2 pengarah sampai ada berapa kerat jer manusia-manusia yang bertapak dalam dewan.Xperlah...kita haruslah berfikiran positif yang semua org banyak tugasan sedangkan apalah sangat saap upaya meluang sedikit masa menyokong seni budaya bangsa.haruslah kita berfikiran positif sentiasa.

Kepada pemenang-pemenang, aku ucapkan segulung tahniah yang julang2 tingginya. Buat Tia, Ilah dan Zara adikku,korang memang besh sangat. Memang sangat2 berbakat. Persaingan pun sengit dgn kelebihan 7 markah.


::moga dilain masa , pantun bangsa setia dijunjung::

hati walang resah kejung
biar lenguh menahan rasa
pantun dijulang warisan dijunjung

setia teguh Melayu perkasa




tia~ungu

Tuesday, February 10, 2009

Rindu~~





pucuk pauh delima batu
anak semilang di tapak tangan
walaupun jauh beribu batu
hilang di mata di hati jangan


tiada rasa lubuk nan tenang
gelisah resah rasa terpaku
tuan yang jauh hamba mengenang
bilakah pulang mengubat hatiku


~~Pantun nie ditujukan khas buat seseorang yang jauh sama ada dia baca atau tak blog nie~~
*huh!nape tetiba rasa sungguh sayu

~~Sebenarnya ambil mood nak g tengok pertandingan akhir Pesta Pantun malam nie.
Huhu..aku sangat bersungguh-sungguh nak g tgk sapelah yang menjuarai pantun kali nie




KenapA MereKa Slalu BerEmOSi Ohhh~~

kenapa mereka slalu beremosi??

pada ketika dan saat yang sangat lurus
mereka sangat-sangat beremosi
bila kita asyik bicara isu soalnya gender
phuiiiii...aku rasa nak gelak cam haram
bila tengok gelagat dan gaya mereka
sedang bila aku selidiki
persoalan kita tiada kena mengena
malah soalan kau jauh menyimpang
kenapa kau fikir kau bagus??
aku sangat malas hendek melayan orang perasan bagus
kau sangat asyik bicara
seolah kaulah pendekar yang pantang dicabar
kau ego!
serius aku cakap kau ego
kau tak faham soalan
kita bicara tajuk lain
kau serang persoalan lain
apa kau tak faham soalan?
bila aku tegur
kau kata aku salah
ok aku salah
aku salah sebab aku beralah
bila aku beralah tak bermaksud aku salah
aku sangat rasa begitu dungu untuk mebutirkan bicara
oh sungguhlah
aku tak kisah kau rasa kau menang
kerna kapan sampai bila kita ungkit isu ala-ala
kau melencong ke isu kaulah hero
aku dan kawan-kawan tak pernah meragui ketuanan kau dalam hati, diri dan jiwa kami
tapi kau sombong!
aku biarkan kau menang supaya kau rasa bongkak
riak dengan segala kepantasan mulut kau berfikir
aku takkan doakan kau tersungkur
aku doakan Allah tunjukkan jalan
bukan apa
supaya kau faham soalan

Monday, February 9, 2009

::Cerita lama yang tak sudah-sudah::


Dalam dunia memang banyak sangat pengganggu yang suka sangat mengganggu ketenteraman makhluk Allah yang lain. Banyak sangat yang buruk di matanya bila lihat orang lain kecap nikmat kejayaan atau rasa liang-liang bahagia. Slalu memikirkan dialah bagus segala. Namun alhamdulillah, aku ditakdirkan berjumpa dengan manusia ini untuk sedarkan lewat-lewat rasa rapuh dan pincang perlakuanku.Namun..cukuplah sekadar ungkapan-ungkapan mesra. Bukannya kata-kita fitnah yang sangat nista.

Hasil panahan rasa fitnah ini, maka aku ngan rasmi telah tutup blog aku yang dulu. Aku mungkin sangat sakit menahan rasa fitnah yang sangat mendalam.

Maaf..aku bukan bermaksud mengadu domba,cuma melerai rasa terkilan di jiwa. Moga dia sentiasa bahagia,tanpa mengganggu hidup aku. Biarkan lewat-lewat rasa aku hilang ditelan masa. Dan bila masanya berganti masa,aku dengan relanya yakin membuka bait-bait penulisan aku kembali. Moga sisa-sisa rasaku, tidak dinodai buat sekian kali.