Sunday, November 22, 2009

Buah Delima~


Pasar Malam Bandar Puteri Jaya (BPJ) memang banyak makanan yang best walaupun setiap minggu makanan yang sama jer aku beli. Tapi tetap menyelerakan. Huh..camana program diet aku ni. Rasa macam tak berjalan jer. Takpe-takpe. Program diet akan menyusul selepas raya haji.

Tadi kat Pasar Malam jumpa Buah Delima. Oh..since aku bergerak secara aktif terjumpalah artikel pasal buah delima. Sejak tuh memang mengidam habis la. Sekali jumpa plak kat Pasar Malam. Oh...memang sangat mencairkan air liur sungguh. Nasib baik bukan bulan puasa. Kalo tak leh siap meleleh-leleh lagi air liur. *yukssss

Bestnya makan buah delima. 4 biji harganya RM 5. Tapi buah dia macam x best sangat. X merah betullah isi dalam dia. Tapi dah ngidam semua ok. Aku pernah belikan buah delima untuk mak mertua to be masa dating kat Penang. Memang cantik luarannya dan kekasih kata sedap. Harga pun memanglah mahal sebab dia pakai kilo. Bukan pakai harga biji-biji.

Sebut pasal Penang teringin plak nak makan Jeruk. Jeruk kat Penang memang sedap. Tambah-tambah masa kat Jetty belah Pulau dan Kawasan Chowrastar. Banyak sangat dia jual jeruk. Bestnya kalau dapat pergi jalan-jalan kat Penang sekarang. Malangnya duit xder. Hujung-hujung bulan ni, semua sengkek. Kenapalah x belajar menyimpan dari awal tahun. Banyak benda best yang boleh dibuat pada hujung tahun. Contohnya macam shoppinggg (oh..memang sgt best), berjalan-jalan makan angin (best giler) dan makan yang sedap-sedap! Ok tak per. Start tahun depan marilah kita sama-sama menyimpan.

Dulu aku ngan rumate ada buat tabungan setiap tahun. Best sangat. Hujung tahun mesti berasa jadi orang kaya kejap. Tabungannya mudah. Setiap hari kena bagi 20 sen atau RM 1. Yang mana satu ya?? Aku lupa la. Tapi sejak dah masuk rumah sewa dah x buat dah. Tah napa. Aku pun lupa nak tanya dia.

Harapnya tahun depan boleh kurus skit, buat tabungan dan jadik cikgu yang baik!

No comments:

Post a Comment