Saturday, July 17, 2010

aku runsing ah bai,

macam-macam masalah
lepas satu satu
habis satu satu

kadang-kadang aku sendiri cipta masalah
adik lelaki aku bermasalah libat aku skali
orang kata cubet paha kanan paha kiri terasa gak

tapi banyaknya
masalah punca dari diri
malas

dari hal keluarga
sampai hal diri sendiri
atas bahu aku

kalo dulu mak aku selesaikan hal keluarga
dah mak aku sakit
akulah pulak
bapak aku?
jeling mata pun segan

naseb baik dee
aku ada Allah
punya Dia dengar segala rintihan hati aku
aku sesak dee
nafas rasa takat tekak je

aku mintak umo panjang
selesai semua masalah aku dengan tenang
aku punya masa
berjuang di jalan

aku yang Allah pinjamkan sementara

Friday, July 16, 2010

Tukar Plan Diet

dear,
aku dah tukar cara diet.
xnak ahh diet low kalori dah.

aku nak diet karbohidrat plak.

ikut suka aku la nak pilih-pilih diet mana aku suka kan
aku yang nak makan

haha

jom2

Monday, July 12, 2010

Dunia..dunia

Assalamualaikum..hello.

Dah lama tak update blog. Sebenarnya sangat tidak tahu apa yang harus diupdatekan. Sekarang ni musim poket kering. Kalau bukak sahaja muka buku, mesti ada jer kelibat komen-komen tentang kegersangan duit rakan-rakan. Aku jugak. Ntah la. Duit bukan penting sangat. Duit tidak boleh memberi kebahagiaan. Tapi kalau non ado duit pun, kita bising jugak. Takkan non ado duit kita leh buat relax-relax , senyum-senyum kambing lagi depan orang. Apatah lagi, bila time-time kering nilah road tax motor kereta nak matilah, lesen nak matilah, tuan rumah dok gedik-gedik telefon minta sewa rumahlah. Satu geng kelas aku nak kena potong pun Streamx umah depa. Wah..camana nak beronline tuh. Kalau dah namanya kena potong tuh, alamat 3 atau 4 bulan jugaklah tak bayarkan?? Tuh belum duit nak makan lagi, minyak motor kereta lagi. So..siapa kata duit tuh tak penting?

Kenapa eh..ayat aku berunsur seorang yang skema. Ntah la. Xder mood sebenarnya. Pagi tadi pun sibuk sangat dengan projek-projek dekat sekolah. Bekas rumate pulak siap berlari-lari lagi nak dapatkan tandangan Guru Besar untuk borang keizinan dari ibu bapa. Kami dah rancang satu program kursus Membuat corak dan rekaan menggunakan perisian Microsoft Word untuk para pelajar yang terpilih. Disebabkan esok x datang ke sekolah sebab ada Program Motivasi di Hotel Swiss Inn, terpaksa la kami siapkan segala kerja mengenai program hari Khamis ni. Budak-budak sekolah ni pulak bukannya tinggal berdekatan dengan sekolah. So, terpaksa la inform awal-awal kat parent nak datang ambil pukul berapa. Siapa kata jadi cikgu senang. Serabut lama-lama bila tengok cikgu ni. Rasanya, sebelum nak jadi seorang cikgu, kena ikhlaskan diri seikhlas ikhlasnya. Berniat berjuang di jalan Allah untuk mendidik anak-anak menjadi seorang manusia yang bukan sahaja berjaya tetapi berguna untuk Agama.

Segala intipati post kali ni kelihatan sangat tidak bersemangat! Ya..saya tiada duit. Mau suruh kekasih masukkan duitlah walaupun tau dia pun tiada duit sangat. hehe. Yeaaaaa.......dapat elaun nak shopping. Patutlah elaun x masuk-masuk. Elaun belum masuk lagipun dah pasang niat bukan-bukan. Hai...haslina..haslina.

Diet saya makin x menjadi. Jangan tanya mengapa. Tapi saya makan dah x sebanyak dulu. Ok. Ok. Mulai hari ini, saya berazam untuk mengikut rutin diet saya yang lalu. Wajib! Cik Farah Hanna yang bakal bergelar Puan Wan pun dah terhasut mengikut diet kalori saya tuh. Saya harap Cik Farah dapat merealisasikan impian beliau supaya kelihatan vava de vogue pada hari pernikahan beliau. Ok. Ok. Ayat skema lagi.

Tuh ja. Xnak tulis panjang-panjang. Ayat skema nak mati. Nak siapkan asgm yang berlambak-lambak tuh.

salam..




manusia pun berubah

Senangnya manusia berubahkan?

masa
kejayaan
kejatuhan
persekitaran
pemberontakan jiwa
gundah gulana
kehilangan
orang baru

banyak lagi

alasan yang kita cipta


manusia berubah atas kehendak
kemahuan
paksaan



dan manusia pun berubahlah