Thursday, October 29, 2009

apa-apalah

apa-apalah

what ever


ayat apa itu

apatah lagi bila keluar dari mulut
seorang yang kau anggap teman rapatmu
yang dulu2
selalu memahamimu
yang dulu2
selalu mendengar cerita-cerita dongengmu
suatu ketika dulu


ya
aku perasa


maaf untuk itu


tapi kalau dari mulut org lain hatta kekasih
aku boleh terima
bukan siapa-siapa

tapi dari kam
yang aku doakan segala kebaikan segala

jiwa

diam
bila terkesima
seolah junjung segala

hingga jadi tidak dikenali
seperti asing terpersis jauh
meninggi yang tinggi tinggi
tak tercapai

asing
jauh

menunggu

episod yang depan

hidup

ketawa gelak nangis hingus
semua mampu bikin bingung


kepala susut
semua lusut


shoping pun sedap ni

Wednesday, October 28, 2009

Kamu yang gila


Si kamu yang comel dan suka gelak-gelak. Aku rindu kamu. Kamu buat janji gila. Konon janji bersama. Kita janji xkan jumpa lagi. Boleh tak kita batalkan janji kita sampai tahun depan. Aku sangat rindu kamu. Kalau kamu x mau jugak. Kamu akan tengok aku naik gila dan jerit-jerit depan rumah kamu.

Bucuk..aku rindu kamu dohh.Gila nih.

DEKAT TAPI JAUH


AKU INGINKAN



hidup yang lama
jiwa yang lama
perasaan yang lama
gembira yang lama
sedih yang lama
tilam yang lama
katil yang lama
bilik yang lama
loker yang lama
bantal yang lama


yang lama itu berbau sangat wangi bagi aku
walau kecil dan hapak
tidak besar-besar seperti sekarang



dulu kita dekat
sekarang walau dekat
aku rasa sangat jauh




aku tak boleh bernafas
dan kau tidak pernah menolong aku untuk bernafas



kau selesa hidup begini



AKU KOSONG.

Thursday, October 22, 2009

hidup penuh diskriminasi
ceriakan hidup anda sendiri

Tuesday, October 20, 2009

Berbagi

Disaat ini,aku rasa terlalu bingung,dengan segala masalah dunia,yang sengaja direka manusia.

Dugaan hebat aku kira,antara hubungan manusia dengan manusia,antara aku kekasih dan keluarga jauh,maaf-maaf.

Aku tak mampu nak puaskan hati semua orang,aku cuma satu,tolonglah faham,minta terangi aku,sokonglah aku,doronglah aku.

Sayang semua,aku cuma satu,aku tak berbagi,antara kamu,kamu,dan kamu.

Aku cuma satu semua,aku tak berbagi.

persoalan dan jawapan

kekasih akan pelik kalau aku tidak banyak bercakap
akan tiba-tiba
kalau aku terlalu banyak bercakap pula dia rimas

jadi
harus bagaimana aku jadi
tanya aku

dan jawapan kekasih
adalah asyik dan masyuk jika aku terlalu banyak bercakap
dari aku diam

dan kekasih harus tahu
aku punya banyak soalan berkenaan pelbagai persoalan
dan aku mahukan jawapan
dan seterusnya alasan

bukan jawapan yang tidak

dan terima kasih
untuk melayan setiap soalan tentang sekeliling
dan bukan tentang kekasih sendiri
yang aku pun tidak faham
kenapa kau cemburu mengenai aku dan sekeliling

kekasih
sayang milik awak
tetapi semua persoalan milik saya

byebye

Monday, October 19, 2009

perkataan bersama kekasih

perkataan yang aku selalu sebut jika bercakap dengan kekasih
*sila percaya

  1. kepala hotak
  2. your head (translate kepala hotak)
  3. kuang ajarrrr
  4. bengong
  5. bodoh
  6. baka (makna bodoh )
  7. cinta
  8. rindu
  9. ab<---aku panggil dia A.B. (aku pun tak tahu ab tuh apa )
ada lagi ke??

haha..see..aku memang gilak..

ader ke orang lain nakkan aku selain kekasih rabun aku?

haha..jangan jawab.Jawapannya tidak. So jawapan yang pasti. Aku memang harus berdoa kepada Allah jodoh aku adalah kekasih.

dilema

slalu aku lihat
pada novel dan drama
kisah jodoh diatur oleh keluarga
dengan gelak ketawa terbahak-bahak
ada juga ya aturan zaman ini?

Dan
atas bahana gelak bagai nak gila itu
tiba-tiba
aku terjatuh ke dalam lubuk yang sama

bukan payah nak kata tidak
Tidak! Haram punya! siapa pandai-pandai mengatur hidup segala!
mudah sangat kalau ayat ini mampu keluar dari mulut aku
namun payah
payah amat jika aturan ini melibatkan orang-orang tua kita

dangkalnya fikiran
buntu!

aku yang bermuka tua bangka ini
pemalas nak mampus
ada hati orang tua-tua nak berkenan

payah lagi bila orang tua aku sendiri
tolak segala kepada aku untuk aku sendiri kata tidak pada orang yang bertanya

entah si budak 21 tahun itu
sepupu ayah aku pastinya
hendakkan aku atau tidak
yang pasti kali terakhir aku tahu
dia punya cewek comel yang lagi hebat dari aku

dan ya
aku punya kekasih setia
yang menunggu aku selamanya

bingung!
aku perlu kontek budak 21 tahun itu
supaya kata tidak adalah empunya dia
bukan dari aku!

Monday, October 12, 2009

Dalam dunia nie memang diciptakan Allah SWT dengan selengkapnya. Bermacam-macam perangai manusia yang kita hadapi sama ada kita sedari atau tidak. Bersyukur kiranya kita bertindak sebagai pemerhati yang perhatikan sikap manusia-manusia lain dan jadikan itu sebagai pengajaran.

Aku baru sangat berhadapan dengan manusia yang aku kira sebagai tidak kenang budi. Aku letakkan aku di tempat dia dan dia di tempat aku. Dia buat aku macam takkan lagi berjumpa dengan aku. "Apa?" "Apa?". Apa kau ingat kau siapa. Amboi-amboi. Kau anak rajalah bermastautin sorang-sorang di situ. Bila kau perlu kau buat baik. Biar kita usah berbuat baik. Kita lihat siapa yang susah nanti. Manusia..manusia..asyik pk ikut kepala lutut ja. Tak usahlah kata orang. Esok-esok aku pun jadi orang yang sama.

"Apa?" "Apa?" -----Klik..terus kunci pintu. Bedebah aku sumpah!

Friday, October 9, 2009

Al Fatehah

Saat ni,entah kenapa aku sangat asyik untuk melihat kembali Peristiwa Sauk dan Peristiwa Mamali.

Al Fatehah untuk saudara se Islam yang shahid

Monday, October 5, 2009

jiwa-jiwa yang kosong

hidup ni biasa-biasa jer. Sekarang ni zaman tekanan perasaan akan bermula. Sungguh. Kerja sangat bertimbun-timbun. Tambah plak tuan rumah asyik main jeling-jeling mata. Dalam hati dok maki. "Bilalah depa ni nak pindah rumah". Oh..tekanan! Paling tekanan, nak dapat jiwa-jiwa nak berkarya. Jadi orang Seni ni payah jugak. Sangatlah aku kira. Nak lukis apa, jadi k x jadi ni, nak warna apa! Bedebah betul. Sapalah yang bagi jurusan ni dekat aku. Suruhlah aku jadi cikgu Muzik ka. Leh aku ajar anak-anak murid melalak sepanjang masa. Melalak ajalah. Main benda lain haram aku x tahu. Aku memang kosong bab-bab kebolehan. Kebolehan paling best yang aku pernah kesan ialah "Makan"!

Esok dah kena pindah sikit-sikit barang. Kena la pandai belakon skit umpama ada hati nak berpindah. Tuan rumah pun satu. Dah tahu nak guna rumah ni, napalah ang gatai pi bagi sewa. Menyusahkan aku betul.

Aku harap esok jiwa aku penuh!
penat berkarya tanpa jiwa.
rasa macam tak buat sepenuh hati.
aku ingat x boleh buat lukisan abstrak.
semua2 kena real blaka.
tapi ader jer org buat.
dah jadi macam tu.
tetiba aku tune aku punya real jadi abstrak.

HASILNYA

tak tahu lagi.
x nampak hasil.
kena tunggu jiwa aku penuh.
bak kata el..nak berkarya kena bercukur dulu.
dah habis luruh dh aku cukur.
tak sampai-sampai pun mood aku nak berkarya.

nampak gaya.
memang kena paksa rela.
bab catan maih boleh tahan.
sampai lukisan.
makan warna la jawab dia.

suka.
sapa kata x suka.
tapi.
tak kacip sangat dengan jiwa.

nantilah..

lukisan 1


lukis..jangan tak lukis




see..betapa gigihnya aku mewarna




tehah penuh gaya oh






perempuan ni memang nampak terer..semangat doh









HASILNYA??




nantilah..tak siap lagi

penat oh karya tanpa jiwa



pinjamkan aku jiwa
yang penuh rasa bahagia
tanpa perlu merasa sebuah kecewa
menghimpit segala yang penuh sesak didada

pinjamkan sayap burung itu
cepat pinjamkan!!
aku ingin meninjau dari langit tinggi
betapa betuah aku ini
cepat pinjamkan!!
aku ingin terbang bebas
semua belunggu ini tolonglah punah

hilang
hilang dalam gelap malam
kosong dalam kelam

aku tiba-tiba menjadi pudar
atas satu berita menyakitkan
bukan menyakitkan seperti kamu berpisah dengan kekasih
tapi pudar atas rasa yang amat mendalam

siapalah aku tanpa dia
tapi kenapa begini perjalanannya

akukah yang bersalah
perlu menabur maaf segala

biarlah semuanya berjalan seperti sediakala dahulu
bila semua dah berakhir
akan aku mulakan langkah kembali

Thursday, October 1, 2009

aku hidup sekarang atas nafas durhaka
yang aku hembus segala dari dalam
penuh dengan kesal kesal yang busuk belaka

aku
ikut syaitan yang membara dalam jiwa
ikut hati yang bisa membawa aku ke dunia mati

kosong
jiwa aku kosong

sesalan menghimpit jiwa
bodoh punya aku
kenapa aku ikut syaitan itu
aku tau dia dilaknat Allah
tapi aku tetap kawan dia

insaf
saat semua sudah telat
apa yang ku hamburkan
tetap akan menjadi api
walau air aku tumpahkan berkali-kali
baranya tetap tumbuh mewangi

maaf
maaf
kata-kata yang tetap menumbuhkan parut

maaf
maaf
aku sembah dari hujung ubun-ubunmu ke hujung ibu jarimu

aku durhaka
ampun
aku tak mahu masuk neraka

maaf
aku manusia hina