Wednesday, December 30, 2009

Dugaanku

Sepanjang kehilangan aku seberapa lama di dalam blog ini.. adalah dengan iringan air mata aku memaklumkan bahawa aku menerima dugaan yang amat berat!

Sebelum cuti aku selalu menulis kerinduaan aku yang amat sangat pada tok yang mana memungkinkan aku membawa diri merantau jauh ke Bangi!

Malangnya tindakan aku salah! Aku benar-benar rasa menyesal. Aku telah kehilangan separuh nyawa aku, dan sekarang aku hampir-hampir kehilangan separuh lagi nyawa aku iaitu mak.

Mak sakit strok dan ada darah beku dalam kepala.

Alhamdulillah..sepanjang ketiadaan dan kehilangan aku, di situlah aku menumpukan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi menjaga insan kesayangan ahli keluarga aku.

Mak!




Betapa berat mata memandang, begitulah berat lagi mahu untuk memikul.




Namun, alhamdulillah.

Aku masih diberi kesempatan untuk memanggil dan membelai mak sekali lagi. Aku dan keluarga masih diberi peluang untuk merasai kehangatan mak. Biarlah aku terpaksa berkorban masa dan tenaga, asalkan aku tau aku masih berpeluang untuk menghidu bau seorang ibu.


Terima Kasih Allah


Atas kesempatan ini.

Monday, December 7, 2009

Weee..weekend yang gila besh nak mati~

Weekend hari tuh memang besh gila!

  • tengokwayang midnight Twilight New Moon ( Jacob hensem nak mati)
  • Jumpa syiela-kawan MRSM Langkawi-Beseri (serius dah cun nak mati)
  • Jalan-jalan kat Masjid India (shopping hingga sengkek)
  • Tidur di rumah Shiela kat Putrajaya
  • Tidur sampai lebam
  • Tengok Tv di rumah Shiela
  • Jalan-jalan kat Mid Valley di rumah Shiela
  • Segala-galanya Shiela..Shiela..Shiela...

Yang sadisnya balik tuh tetiba tokey xleh datang ambik. Nak naik bas ngan teksi x cam rumah la plak. NAsib baik ada kawan tokey yang baik hati. Kalo tak i balik jalan kaki.



Wee..minggu depan nak jumpa Shiela lagi.

Friday, December 4, 2009

Kekasih sila jangan marah

Dulu aku memang tau kata aku ada penyakit parkinson kalo dekat-dekat dengan lelaki ( i kan pemalu). Tambah-tambah kalau lelaki tuh nampak macam alim. Ala-ala berjambang,pakai pulak kopian ke serban siap ngan baju Melayu.

Tapi lama-lama aku perasan penyakit aku dah ok


TIBA-TIBA


Tadi aku perasan
aku ada penyakit lama balik
bila tengok lelaki

berjambang bagai
pakai kopiah
cakap sopan-sopan


ahaks

Thursday, December 3, 2009

Kerja sungguh

Hari ni , memang x menang tangan gila. Dari pukul 10 pagi aku sampai (tokey kedai p ambil lambat) sampai la pukul 3 petang (aku lari solat jap) , memang penuh ja cc. Xmenang tangan aku. Dah la langsung x duduk. Memang pekerja yang mantap sungguh.

Memang kesian sungguh la slama ni mamat Pakistan tuh kerja 2 orang ja. Dah la adik yang kerja ngan aku tuh balik kampung sampai Ahad. Aku homesick lagi. Tapi sikit-sikit jerlah. Mana kawan-kawan aku semua. Haram xnak datang jumpa. Dulu bagai nak rak suruh aku datang Selatan ni.

Hari Sabtu ni aku cuti. Hoyeyyyyyy.

Oh Lelaki

Semakin aku bergaul dengan ramai sekeliling
semakin aku kenal erti dunia
bagaimana pandangan lelaki pada wanita
dan bagaimana pandangan wanita pada lelaki

maaf
maaf
aku tak sehaluan

kaki panjang
benjolan depan mantap
benjolan belakang penuh
hidung bak pauh di layang
bibir bak delima merekah
gedik banyak
manja-manja

macam-macam lagilah

GILA!!!

berbau jeles ke??

xlah

nasib baik


nasib baik sangat-sangat


Kekasih tak macam itu??

Kau macam itukah kekasih??

Wednesday, December 2, 2009

Pengalaman mengajar

aku selalu sangat merungut-rungut

bila kakak KOOP yang aku kata SENGAL


  • Buat bainding aku ngok ngek ngok ngek
  • Photostat supo jamban
  • Kalo nak bayar asyik layan lelaki dulu
  • macam-macam lagilah ketupat yang aku anyam tentang akak KOOP

itu......dululah...




sekarang....

aku dah rasa macam mana akak KOOP tuh rasa

  • Bainding ngok ngek
  • stapler tekan tak lut
  • nak masukkan comb dalam lubang tak masuk-masuk
  • nak print benda pelik-pelik x reti
  • nak photostat pelik-pelik sungguh aku bodoh supa sial

maafkan saya akak KOOP

saya bersalah
ampunkan saya

homesick

aku homesick
serius
aku homesick
macam sial je nak mengaku
aku homesick

dah berkurun lama
tak menetap di rumah
jadi penghuni asrama sepanjang zaman
tak pernah-pernah homesick semacam bodoh ini

ya
aku homesick

tolong hantar aku balik!

Tuesday, December 1, 2009

Sesape??

Sesiapa yang tinggal kat Bangi

Datanglah melawat aku

Bosan sungguh

Hidup di rantauan

weiii..nak ngadu

Dah la macam banyak orang kat sini, so banyak kerja. Yang sedihnya..aku tak tahu nak buat apa. Serius tak tahu.Sedihh gila. Rasa macam loser. Doakan aku bertahan.

Macamana nak bertahan aku tak tahu. Kena banyak belajar. Itu pasti. Tapi nak tanya siapa aku tak pasti. Maybe adik sekerja yang terer sungguh walaupun kecik genit. Tapi dia kelihatan sangat sibuk. Kesian sungguh sedangkan aku terpaksa pandang jer. Cis..ayat skema. Aku sokmo kelam-kabut sekarang. Serius..kelam kabut tahap gaban. Bukan kelam-kabut nak buat kerja,tapi kelam-kabut tak tahu nak buat apa.Haha..Aku rasa macam aku dok usha-usha orang buat kerja tapi satu ilmu aku tak dapat.Maksudnya dalam 100% aku maybe dapat dalam 45%. Orang cakap kita belajar dari pengalaman. Pengalaman = buat?? kalau salah..kesian ohh budak-budak tuh. Aku nengok bainding yang aku buat pun benget-benget. Tah dalam hati depa dok nyumpah-nyumpah aku apa.Aku ni bukan berkemahiran sangat benda-benda macam ni. Kemahiran aku yang paling terkesan ialah makan dan tidur.


Tadi ada satu kes buat aku cuak gila. Ada ka aku nak kira sorang adik ni, kira si A nak bayar RM 4.20. Aku tekan la kat mesin duit tuh 4.20. Selepas tuh belum sempat aku enter, entah cuak macam mana leh plak aku tekan bayaran untuk si B yang baru datang. Jumlah dia 4206.50 kau. Hah ambik. Sedangkan si B tuh nak bayar Rm6.20. Gilaaa cuak. Aku siap leh msg tokey lagi kata aku dah buat satu kesalahan besar. Tahu apa jawapan dia?? belasah jer. Bangang gilaaa. Aku punyalah cuak tahap dewa kelapan leh plak dia jawab cam tuh. Aku rasa la, kalau lama-lama aku kerja sini leh bankrap cc ni.( takper-takper..mulut aku tak masin). Lepas sebulan aku blah..pastinya cc nie berkembang-kembang tahap sungguh-sungguh.


Bila fikir-fikir balik best gila kalau aku ni jadi orang yang berkemahiran. Melukis ka, celik IT ka, bertukang kayu ka, jadi orang besi ka. At least kau ada benda kemahiran yang boleh kau gunakan pada masa depan. Boleh buat duit tuh. Ingat jadi cikgu boleh jadi kaya ke?? Tapi kalau setakat nak hidup sederhana tu, Insya'Allah. Lagipun ilmu cikgu ni berpanjangan sampai ke akhir hayat. Bukan takat hayat ja, tapi kalau ilmu kau sampai pada seseorang, seseorang tuh pulak sampaikan pada orang lain, maka sepanjang itulah ilmu kau berlanjutan. (Sedapkan hati)


Aku dah dapat housemate semalam. Kak Ayu. Memang sangat ayu. Dah la tuh baik gila. Siap aku nak pinjam hanger 2 3 dia bagi sampai berapa belas tah. Tapi paling-paling baik mesti kawan aku aka tokey kedai yang bagi aku kerja kat sini. Dah la siap p ambik p hantar lagi, sediakan aku tempat tinggal lagi, blanja aku makan lagi. Apa lagi nak. Tuh yang tak sampai hati nak balik kampung. Suatu hari nanti, insya'Allah aku mesti balas jasa dia. Camana nak balas?? Hadiah kahwin besar-besar kot. Ngeh-ngeh. Tuh kalau kahwin lepas aku dah kerja la. Kalau kahwin sekarang memang x dapat la eden nak nolong. Akukan penyengkek tegar.

Tuh jer..