Monday, July 27, 2009

Mari memasak paprik bersama Mak Mimi * nama bakal mak mertua to be

Aku gila makanan<--sambil buat gaya Scha masa promote Gua.com

Tetiba ja aku bleh terpk nak wat paprik plak. Xpe2..kita try tgk dulu yg mana sempat. Kalo tehah tahu aku nak angan2 nak masak semua nie, dia mesti syorga punya.Nyum..yang penting, semua benda mesti pedas2..baru sodap.

Taraaaaa..resepi dia

Bahan-bahan ( 4 )

  • ½ ekor ayam - dipotong kecil2
  • 4 ulas bwg merah - ditumbuk
  • 2 ulas bwg putih - ditumbuk
  • 1 labu bwg besar - dimayang
  • 2 btg serai - dititik
  • 2 biji buah tomato - dipotong 4
  • 5 biji cili padi - ditumbuk
  • bunga kobis, kacang buncis/panjang, karot dan jagung muda
  • sedikit sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis
  • bahan2 perasa

Cara-cara

  1. Panaskan kuali. gorengkan ayam (agak2 sampai masak, jgn terlalu garing).
  2. Masukkan bawang merah, bwg putih dan cili yg ditumbuk, kacau sekejap.
  3. Masukkan sos tomato, sos cili, sos tiram dan kicap manis Biarkan mendidih sekejap dan masukkan pula sedikit air. masukkan serai, daun limau purut dan sayur-sayuran.
  4. Bila dah mendidih, masukkan bwg besar dan buah tomato. semasa menghidang, perahkan limau kasturi.

No comments:

Post a Comment