Tuesday, September 15, 2009

Beg Balik Kampung Gambar POOH~

assalamualaikum..

Bersiaran dengan si orenggo aka lappy baru.Walaupun duit sangat sengkek yg mana hanya tinggal lagi seratus lebih saja duit elaun untuk hidup sehingga bulan 11 namun aku tegar untuk membeli lappy baru gara2 lappy toshiba yg dah lama bersaja sejak dari foundation lagi majuk ngan aku. Jika ditanya perasaan aku guna lappy baru ni, aku akan jawab biasa2 ja. Mungkin aku tak terlalu taksub nak beli lappy dan aku beli sebab terpaksa ja. Tapi..moga lappy baru ni akan membantu aku menyelesaikan semua masalah berkaitan seni grafik.

Khamis..khamis..khamis....sangat banyak oh dugaan untuk sesi istimewa pada hari khamis ni. Dugaan ini merangkumi masalah kehabisan tiket dan bersungguh2 nak jumpa juga. Kekasih siap nak dtg naik moto lagi dari Ipoh ngan kawan dia semata-mata nak jumpaa aku. Tapi..sungguh risau oh perjalanan yang jauh sebegitu. Dah la sekarang ni musim hujan. So,aku ambik keputusan nak mintak kekasih tumpang Daus pada hari khamis selepas bukan puasa. Sangat sedih sebab leh jumpa jap ja. Aku xnak ponteng kelas, so lepas Zuhur barulah leh jumpa. Rasanya inilah cara yang paling baik sehinggalah si baik hati Tini offer tiket balik Ipoh kat aku. Tapi tiket tuh hari Jumaat. Aku dan kekasih setuju. Tapi masalah lain pulak timbul sebab kat mana kekasih nak tido. May be leh cari hotel2 murah di sekitar sni atau biarkan kekasih menjadi Tok Siak yang bukak masjid kepada org rumai untuk solat Subah. Apa-apa kemungkinan pun, harapnya semua berjalan lancar.

Nampak kekasih sungguh teruja untuk dtg. Cuma aku saja yang belum bersedia sebab maybe banyak masalah sangat sejak akhir2 nie sehingga sakit kepala sgt2.

Sungguh bosan entry kali nie. Nampak sangat seperti entry luahan perasaan. Org lain kalo ada lappy baru mesti dok belek sungguh2. Tapi aku still dok guna lappy lama. Cuma hal2 grafik ja harus menggunakan si orengo.

itu aja..hari ni hari Rabu. Esok i jumpa kekasih you. Harapnya dia sudah gemuk walau i tahu dah memang kulus dan i yang tembam. Haha..sungguh terbalik keadaan!

Chaloh babe

2 comments:

  1. amik kad raya ni tau...

    http://coretanduniaku-misyoung.blogspot.com/2009/09/kad-raya-tuk-semua-kawan2-blogger.html

    ReplyDelete