Tuesday, January 5, 2010

Menjadi seorang anak yang soleh.

Ya..dulu, acapkali di dalam doa aku, aku selalu minta pada Allah supaya bagi peluang aku menjadi anak yang soleh. Dan ya..doa itu semakin kuat saat-saat aku melihat mak bertarung nyawa selama hampir sebulan. Alhamdulillah. Allah SWT kabulkan doa aku. Memberi aku kesempatan kepada aku untuk membuktikan pengharapan aku selama ini. Menjadi seorang anak yang soleh. Yang ikhlas berkorban segalanya demi seorang yang aku panggil mak selama ni.

Mak dah makin sihat. Alhamdulillah. Deruan nafas mak pun dah buat aku sekeluarga amat-amat bersyukur. Apatah lagi dengan gurauan mak yang mampu buat kami tersenyum. Namun sekarang, rasa empati aku makin kuat terhadap mak. Sedihnya melihat mak yang dulu aktif kini terbaring kaku. Sedihnya waktu dia minta aku ketepi sebab dia nak bangun. Sedihnya melihat mak yang baru menerima hakikat ibu dan ayahnya dah arwah (kekeliruan akibat pembedahan kepala). Lama kami ambil masa nak terangkan pada mak. Sekarang mak keliru dia masih kuat seperti dulu. Nak bangun untuk ke tandas dan bersolat. Mak masih belum terima hakikat kaki dan tangan kiri tak boleh digunakan. Sangat sedih mendengar mak yang menahan sabar, marahkan kami sebab tak berusaha nak bagi dia berjalan. Otak mak ligat fikirkan macamana cara nak berjalan ke atas sebab nak membuang air besar. dah 4 hari mak tak buang air besar. Risaunya aku hanya Allah sahaja yang tahu.

Moga limpahan kasih sayang aku pada mak tetap utuh. Hirupan dan deruan nafas mak adalah sepenuh nyawa aku.

No comments:

Post a Comment