Wednesday, December 30, 2009

Dugaanku

Sepanjang kehilangan aku seberapa lama di dalam blog ini.. adalah dengan iringan air mata aku memaklumkan bahawa aku menerima dugaan yang amat berat!

Sebelum cuti aku selalu menulis kerinduaan aku yang amat sangat pada tok yang mana memungkinkan aku membawa diri merantau jauh ke Bangi!

Malangnya tindakan aku salah! Aku benar-benar rasa menyesal. Aku telah kehilangan separuh nyawa aku, dan sekarang aku hampir-hampir kehilangan separuh lagi nyawa aku iaitu mak.

Mak sakit strok dan ada darah beku dalam kepala.

Alhamdulillah..sepanjang ketiadaan dan kehilangan aku, di situlah aku menumpukan sepenuh perhatian dan kasih sayang yang tidak berbelah bagi menjaga insan kesayangan ahli keluarga aku.

Mak!




Betapa berat mata memandang, begitulah berat lagi mahu untuk memikul.




Namun, alhamdulillah.

Aku masih diberi kesempatan untuk memanggil dan membelai mak sekali lagi. Aku dan keluarga masih diberi peluang untuk merasai kehangatan mak. Biarlah aku terpaksa berkorban masa dan tenaga, asalkan aku tau aku masih berpeluang untuk menghidu bau seorang ibu.


Terima Kasih Allah


Atas kesempatan ini.

No comments:

Post a Comment