Tuesday, December 1, 2009

Hidup di rantauan

weiii..nak ngadu

Dah la macam banyak orang kat sini, so banyak kerja. Yang sedihnya..aku tak tahu nak buat apa. Serius tak tahu.Sedihh gila. Rasa macam loser. Doakan aku bertahan.

Macamana nak bertahan aku tak tahu. Kena banyak belajar. Itu pasti. Tapi nak tanya siapa aku tak pasti. Maybe adik sekerja yang terer sungguh walaupun kecik genit. Tapi dia kelihatan sangat sibuk. Kesian sungguh sedangkan aku terpaksa pandang jer. Cis..ayat skema. Aku sokmo kelam-kabut sekarang. Serius..kelam kabut tahap gaban. Bukan kelam-kabut nak buat kerja,tapi kelam-kabut tak tahu nak buat apa.Haha..Aku rasa macam aku dok usha-usha orang buat kerja tapi satu ilmu aku tak dapat.Maksudnya dalam 100% aku maybe dapat dalam 45%. Orang cakap kita belajar dari pengalaman. Pengalaman = buat?? kalau salah..kesian ohh budak-budak tuh. Aku nengok bainding yang aku buat pun benget-benget. Tah dalam hati depa dok nyumpah-nyumpah aku apa.Aku ni bukan berkemahiran sangat benda-benda macam ni. Kemahiran aku yang paling terkesan ialah makan dan tidur.


Tadi ada satu kes buat aku cuak gila. Ada ka aku nak kira sorang adik ni, kira si A nak bayar RM 4.20. Aku tekan la kat mesin duit tuh 4.20. Selepas tuh belum sempat aku enter, entah cuak macam mana leh plak aku tekan bayaran untuk si B yang baru datang. Jumlah dia 4206.50 kau. Hah ambik. Sedangkan si B tuh nak bayar Rm6.20. Gilaaa cuak. Aku siap leh msg tokey lagi kata aku dah buat satu kesalahan besar. Tahu apa jawapan dia?? belasah jer. Bangang gilaaa. Aku punyalah cuak tahap dewa kelapan leh plak dia jawab cam tuh. Aku rasa la, kalau lama-lama aku kerja sini leh bankrap cc ni.( takper-takper..mulut aku tak masin). Lepas sebulan aku blah..pastinya cc nie berkembang-kembang tahap sungguh-sungguh.


Bila fikir-fikir balik best gila kalau aku ni jadi orang yang berkemahiran. Melukis ka, celik IT ka, bertukang kayu ka, jadi orang besi ka. At least kau ada benda kemahiran yang boleh kau gunakan pada masa depan. Boleh buat duit tuh. Ingat jadi cikgu boleh jadi kaya ke?? Tapi kalau setakat nak hidup sederhana tu, Insya'Allah. Lagipun ilmu cikgu ni berpanjangan sampai ke akhir hayat. Bukan takat hayat ja, tapi kalau ilmu kau sampai pada seseorang, seseorang tuh pulak sampaikan pada orang lain, maka sepanjang itulah ilmu kau berlanjutan. (Sedapkan hati)


Aku dah dapat housemate semalam. Kak Ayu. Memang sangat ayu. Dah la tuh baik gila. Siap aku nak pinjam hanger 2 3 dia bagi sampai berapa belas tah. Tapi paling-paling baik mesti kawan aku aka tokey kedai yang bagi aku kerja kat sini. Dah la siap p ambik p hantar lagi, sediakan aku tempat tinggal lagi, blanja aku makan lagi. Apa lagi nak. Tuh yang tak sampai hati nak balik kampung. Suatu hari nanti, insya'Allah aku mesti balas jasa dia. Camana nak balas?? Hadiah kahwin besar-besar kot. Ngeh-ngeh. Tuh kalau kahwin lepas aku dah kerja la. Kalau kahwin sekarang memang x dapat la eden nak nolong. Akukan penyengkek tegar.

Tuh jer..

No comments:

Post a Comment