Tuesday, March 10, 2009

Mengasihani ~

Dulu masa aku kecik2 , bila cikgu tanya cita-cita nak jadi apa, aku mesti kata nak jadi Cikgu. Tuh memang list wajip la.

Tapi, bila ada bomba ka, org bisnes niaga ka, aku mesti tukar cita-cita aku jadi benda yang aku tengok tuh.

Bila aku naik form 1, memang cita aku maintain nak jadik seorang peguam sampai la aku form 5. Dah sampai form 5 , dia goyah-goyah skit pasal aku teringin plak nak jadik interior design (aku gila art ngan tatarias bilik seni masa form 5)

Tapi yang aku sangat perasan, aku tak pernah langsung bercita-cita nak jadik Jururawat yang chomel-chomel dan chantek-chantek walaupun depa slalu ja bertapak kat bilik rawatan hujung sekolah aku. Malah, aku memang x teringin langsung nak jadik doktor yang seyisss nampak suci gila pakai kot warna putih. Sangat tidak teringin. Bila tidak teringin , x bermaksud aku x menghargai kerjaya jururawat / nurse / misi (org kedah kata) dan doktor itu.

Aku slalu pk, napalah aku x pernah bercita-cita benda yang seangkatan dengan perubatan nuhh..


Aku tak minat Sains??
Mungkinlah..tapi kecik2 dulu aku penah gak bercita-cita nak ke Pluto. Camna tuh??

Aku penah putus cinta ngan doktor??
Hahaha...nie leh imbau-imbau kisah aku berkenalan ngan doktor kat Hospt Daerah yang pura-pura tanya nama Pengarah IPSAH dan aku dengan naifnya terlupa dan bagi no tepon aku untuk mengesahkannya. Naifnya aku?? Mungkin misztake ingat kisah ini. Jawapannya tidak langsung.

Aku takut darah?? Jarum??
Xlah sangat..ok..ok.. bleh la.Sebab aku takut nak derma darah. Hahahaha..tapi xlah sangat.




Jawapan yang sebenar adalah..aku kesian tgk orang sakit. Gilerr kesian.




Ada satu kejadian masa aku kecik-kecik, kawan aku jatuh tersagat kat tar sampai berdarah bagai nak rak muka dia. Dia nangis ja, tapi aku meraung tgk! Sambil aku mintak tolong (jerit2 ala hyperbola sambil tuh aku nangis)..sungguh sadis dan sangat over aku ini.

Aku jugak sangat ngeri..siyes ngeri tgk kemalangan-kemalangan walaupun aku alang2 berani nak p tgk!

Aku x tahan tgk org ngadu ngilu , ngeri atau tragis akibat sakit. Adeh!

Silap-silap, time pesakit datang kat aku, aku yang menangis skali ngan dia. Ohhh...

Dan sememangnya.. aku x minat langsung nak tgk rancangan Bersamamu. Bukan aku ego atau perasan diri bagus xnak tgk, tapi aku takut aku menangis tgk sedey2 nie.Sob2..maafkan aku. Seseorang mesti tau aku slalu menangis tanpa sebab. Merengkan aku~~


Aku ingat lagi kejadian aku bergaduh ngan seseorang masa mendatingkan diri.
X pasal2 je isu aku bagi duit kat "orang yang ngadu lapar" disalah tafsir.

Aku nie memang cepat kesian skit. Apatah lagi tgk org2 tepi jalan tuh. Maybe dia perasan, tiap kali dating kat Penang, tiap kali tuh jugaklah aku hulur (bukan banyak pun). Dan tiap kali tuh jugaklah seseorang remain aku "Jangan Bagi Dah!". Dan aku sememangnya terlalu degil untuk dinasihati.

Sampailah satu masa tuh, aku dan dia sedang makan dan tiba2 ada sorang pakcik India tuh hulur tangan mintak duit. Seseorang suh aku wat dek. Sumpah! aku x sampai hati. Pakcik tuh siap kata, bagi dia makan dah la. Sangat tragis ok! Aku pun dengan degilnya bagi dia duit yang sedikit banyak aku kira. Memang bergaduh sangat besar ok! Aku x tahan sangat kata2 seseorang. Slama nie, xpun dia nak tinggi2 suara kat aku cam tuh. Berderai air mata aku. Sampai skg, walaupun kedegilan aku dah kurang skit untuk beri memberi, tapi aku kurang bersetuju dengan pendapat seseorang.

Maafkan aku dia, kerna aku terlalu degil untuk kamu!

Tapi aku rasa, kalo nak kasihan pun, biarlah pada tempatnya. Dan aku sememangnya tak selalu pada tempatnya~





nak tepek gambo leh??


kami cikgu-cikgu Seni~

1 comment:

  1. hehe,.

    qib pon x lehhh gak gk bnda2 ni cm sian jew..

    tp..bnda ni bukan lewh wat men pasai ade gk menyamar nk dooiitt,,

    ANDA!!!SILA INGAT..


    p/s:kk ina.ajar qib boleyy??

    ReplyDelete