Showing posts with label duit. Show all posts
Showing posts with label duit. Show all posts

Monday, July 12, 2010

Dunia..dunia

Assalamualaikum..hello.

Dah lama tak update blog. Sebenarnya sangat tidak tahu apa yang harus diupdatekan. Sekarang ni musim poket kering. Kalau bukak sahaja muka buku, mesti ada jer kelibat komen-komen tentang kegersangan duit rakan-rakan. Aku jugak. Ntah la. Duit bukan penting sangat. Duit tidak boleh memberi kebahagiaan. Tapi kalau non ado duit pun, kita bising jugak. Takkan non ado duit kita leh buat relax-relax , senyum-senyum kambing lagi depan orang. Apatah lagi, bila time-time kering nilah road tax motor kereta nak matilah, lesen nak matilah, tuan rumah dok gedik-gedik telefon minta sewa rumahlah. Satu geng kelas aku nak kena potong pun Streamx umah depa. Wah..camana nak beronline tuh. Kalau dah namanya kena potong tuh, alamat 3 atau 4 bulan jugaklah tak bayarkan?? Tuh belum duit nak makan lagi, minyak motor kereta lagi. So..siapa kata duit tuh tak penting?

Kenapa eh..ayat aku berunsur seorang yang skema. Ntah la. Xder mood sebenarnya. Pagi tadi pun sibuk sangat dengan projek-projek dekat sekolah. Bekas rumate pulak siap berlari-lari lagi nak dapatkan tandangan Guru Besar untuk borang keizinan dari ibu bapa. Kami dah rancang satu program kursus Membuat corak dan rekaan menggunakan perisian Microsoft Word untuk para pelajar yang terpilih. Disebabkan esok x datang ke sekolah sebab ada Program Motivasi di Hotel Swiss Inn, terpaksa la kami siapkan segala kerja mengenai program hari Khamis ni. Budak-budak sekolah ni pulak bukannya tinggal berdekatan dengan sekolah. So, terpaksa la inform awal-awal kat parent nak datang ambil pukul berapa. Siapa kata jadi cikgu senang. Serabut lama-lama bila tengok cikgu ni. Rasanya, sebelum nak jadi seorang cikgu, kena ikhlaskan diri seikhlas ikhlasnya. Berniat berjuang di jalan Allah untuk mendidik anak-anak menjadi seorang manusia yang bukan sahaja berjaya tetapi berguna untuk Agama.

Segala intipati post kali ni kelihatan sangat tidak bersemangat! Ya..saya tiada duit. Mau suruh kekasih masukkan duitlah walaupun tau dia pun tiada duit sangat. hehe. Yeaaaaa.......dapat elaun nak shopping. Patutlah elaun x masuk-masuk. Elaun belum masuk lagipun dah pasang niat bukan-bukan. Hai...haslina..haslina.

Diet saya makin x menjadi. Jangan tanya mengapa. Tapi saya makan dah x sebanyak dulu. Ok. Ok. Mulai hari ini, saya berazam untuk mengikut rutin diet saya yang lalu. Wajib! Cik Farah Hanna yang bakal bergelar Puan Wan pun dah terhasut mengikut diet kalori saya tuh. Saya harap Cik Farah dapat merealisasikan impian beliau supaya kelihatan vava de vogue pada hari pernikahan beliau. Ok. Ok. Ayat skema lagi.

Tuh ja. Xnak tulis panjang-panjang. Ayat skema nak mati. Nak siapkan asgm yang berlambak-lambak tuh.

salam..




Saturday, November 21, 2009

Bila hari Hujan~

Topik xder kena mengena ngan tajuk...

Dah berapa hari dah aku asyik jadik draber tukang p hantar kawan-kawan balik kampung. Tapi aku yang rumah dekat ni tak balik-balik jugak. Rasa macam malas pulak nak balik rumah. Tapi duduk rumah sewa ni pun boring jugak. Nak termuntah rasanya mengadap laptop 24 jam sampai dah tak tahu nak bukak apa. Banyak jugak blog-blog yang sempat aku khatam. Tapi sungguh tiada idea untuk tulis blog.

Cuti ni pun tak plan nak kerja. Rasa macam malas jer. Memang pecah rekod la kalau tak kerja, sebab setiap kali cuti hujung tahun aku kerja. Start dengan kerja kilang 2 kali, kedai jual tudung la, kedai makan la,paling dahsyat kedai bunga sehari....apa lagi ya??...tak ingat dah. Memang tak tahu la nak tambah pendapatan macammana. Minat berniaga tuh ada. Tapi slalu sangat dah aku hangat-hangat tahi ayam.

Seingat aku dulu aku pernah jual topup..tapi tah brapa lama tah tahan. Pastuh aku jual tudung plak.Bleh la tahan untung. Tapi orang asyik hutang ja. Manalah namanya untung macam tuh. Pastuh aku jual minyak wangi...modal je lepas. Kawan-kawan aku banyak tak bagi support. Ntah la. Bila pk balik barang-barang yang kekadang diorang jual leh jer aku support. Time bila time aku haramnya nak tolong kawan. Dulu, aku slalu sangat buat baik kat orang tak kena tempat. Sampai leh sampai kena pijak kepala. Tapi bila time aku susah, semua buat derk je. So sekarang ni, kalaulah aku nak berbudi mesti aku pk camana kalau aku susah nanti. Ada tak potensi dia nak tolong aku. Hahahaha....sangatlah berbaur tak ikhlas. Rasa macam lari topik plak....

haha..tengoklah nanti kot-kot aku terlebih rajin nak kerja. Ikutkan kewangan memang wajip kerja ni. Dah la duit banyak nak guna. Praktikum lagi, sewa rumah lagi, bayar duit Indon lagi, makan lagi, minyak lagi...camana nak cari duit dengan senang????