Sunday, June 20, 2010

Strategi Mencapai matlamat

Untuk merealisasikan matlamat, aku banyak survey kat majalah-majalah mengenai kesihatan untuk tetapkan matlamat.

Berikut pengetahuan yang aku nak kongsi untuk tetapkan matlamat turunkan berat badan.

Strategi


1. Tumpuan & komitmen

Ok.ok. Tumpuan & komitmen memang sangat penting ok. Kalo harus beri perhatian pada
matlamat kita. Nak turunkan berat badan. Nak turunkan berat badan. Nak turutkan berat
badan. Psiko diri sendiri sikit. Contoh kalau aku tak mula nak turunkan berat badan
sekarang nanti aku susah nak cergas cam orang lain, nanti kekasih aku lari, nanti pakai
baju kahwin tak chantek, nanti dapat penyakit berat2..oh,ngeri. Lebih kurang macam
tuhlah.Oh...komitmen sangatlah penting. Kalau kita sendiri tak bagi komitmen 100%,
macammana matlamat kita nak berjayakan. So..kita sendiri harus mendisiplinkan diri kita.
Set dalam otak..disiplin..disiplin..kena kawal nafsu,jangan tengok makanan-makanan
menarik,orang lain makan buat dekkk jer. haha.


2. Mendapatkan sokongan

Oh..ini juga penting ok. Kalau family kau dan kawan-kawan kau tidak faham atau faham
tetapi buat-buat tidak faham yang kau sedang berusaha untuk berdiet maka kau sangat
menyedihkan. Ya..adik-adik aku sangat menyedihkan ok. Lagi aku kata aku xmau makan,
lagilah suka-suki makan depan aku. Aku buat-buat kuat iman. Tapi kekasih sokong aku
oh..Terima kasih. Mak asyik berleter jugak. haha. Makan banyak pun berleter, tak makan
pun berleter.Muah. Sayang mak.


3. Buat target yang realistik

Target penting untuk capai matlamat. Tapi target yang kita buat kenalah realistik. Kalau
kita guna Jus Mate 5 bolehlah kita target tinggi-tinggi sampai 10 kilo sebulan. Ish..x kena
sungguh dengan i. Haha. So kita target 1 kg seminggu bersamaan 4 kg sebulan. Insya'Allah.
Kalo nak turun jugak sila jangan putus asa ya. Mungkin lemak-lemak tuh jenis yang liat.
Kena bersabar dan konsisten.


4. Nikmati makanan yang sihat

Sila lupakan terus makanan-makanan ringan yang tinggi kalori. Say bye-bye to chocolate
cadbury yang jadi kegemaran kau selama ini. Say hello to buah epal hijau, yogurt rendah
lemak, roti gandum,susu rendah lemak. Jangan makan nasi ya. Makan sayur kena lebih.
Paling penting kira kalori yang kau makan.


5. Sentiasa aktif

Oh..ini sangat sukar sedikit. Sejak jatuh longkang dekat pasar malam dan dapat hadiah dagu
terkoyak rabak dan berjahit, i dah berhenti main badminton secara aktif. Ok tidak
mengapa. Niat untuk berjongging setiap petang sudah dalam perancangan. Yang penting
buat kerja rumah sikit-sikit macam membasuh baju, membasuh pinggan, menyapu sampah,
mengemop lantai, mencuci tingkap dan sebagainya.


6. Mengubah gaya hidup

Aku memang suka makan. Walaupun aku makan tak banyak, tapi aku sangat teruja dengan
makanan. So..kena ubah gaya hidup. Jika selama ni asyik makan makanan bergoreng je,
rajin-rajinkan diri anda untuk merebus makanan, memanggang makanan dan apa-apa
sahaja yang tidak menggunakan banyak minyak, garam dan gula. Amalkan makan
buah-buangan dan sayur-sayuran.

Selamat berusaha Haslina..

No comments:

Post a Comment