Saturday, August 15, 2009

Selama hidup 23 Tahun

Sebelum memulakan warkah kali ni, aku ingin mengucapkan syukur kepada Allah kerana lagi sehari kita dipanjangkan umur untuk menjadi manusia yang mampu menghirup udara di Bumi Allah. Betapa nikmatnya merasa udara ini walaupun tidak rasa sesegar mana atas kerasukan manusia malah diri sendiri juga. Syukur Alhamdulillah Ya Allah. Syukur juga kerana diberi kelapangan hati, kesyukuran punyai orang-orang kesayangan di sisi walau kadang punyai perasaan persetan yang hanya kita yang menyayangi mereka. Syukur-syukur. Nikmat Allah tiada tandingan. Walau acapkali berubah ke arah negatif yang entah silapnya di mana, tapi syukur atas nikmat Allah, Allah tetap Tuhan Yang Satu Tetap yang Esa takkan berubah di hati. Malah atas segala kegembiraan dan keseronokan dunia,atas segala kekecewaan, kesedihan, dugaan dan kepayahan,Allah tetap ada disamping kita. Biar rasa seorang tiada keluarga, teman, rakan, sahabat malah lelaki istimewa disamping, Allah tetap ada. Terasa diri ini bukan kosong dan sentiasa diisi. Punyai sesuatu yang setiasa menjadi pengharapan. Syukur ya Tuhan kerna kita dilahirkan sebagai hamba yang Menyembah Allah Azawajalla dan sentiasa meletakkan Allah sebagai Esa yang utama.Alhamdulillah atas nafas yang aku sedut selama hidup ini.

No comments:

Post a Comment