Saturday, August 15, 2009

entri khas 16/8/2009

Entri ini untuk sahabat baik yang sangat istimewa di hatiku.

Kecintaanku atas segala sifat pemurahnya.Sahabat sejati yang sanggup berkorban apa sahaja demi insan bernama sahabat walaupun seringkali aku merasakan aku yang perasan diri ini sahabat baiknya selalu didiskriminasi. Ya sahabat. Jujur..sifat pemurahnya sering membuatkan aku mempersoalkan tahap ikhlasnya sahabatku. Adakah dia ikhlas dengan segala yang dilakukannya? Ya..dia ikhlas.Sahabat baik aku ini sangat ikhlas orangnya walaupun ikhlasnya kita bukanlah sebagai manusia yang sempurna. Kita bukan insan sempurna. Kecomelannya buat kita tertanya..inilah insan yang mampu menikmati kegembiraan dunia. Insya'Allah. Itu yang selalu kita titipkan dalam doa.

Keheningan pagi yang hampir tengahari ini, aku mengenangkan betapa sahabat baikku ini banyak berkorban demi aku sepanjang hampir 4 tahun perkenalan kami. Segala duka laraku dia pengubat segalanya walaupun di kala ini aku merasakan jarak yang entah mana jauhnya. Namun..atas rasa kebahagiaan kelahiran sepanjang 22 tahunnya..terima kasih. Atas rasa suka, duka, gembira ,kecewa dan segala rasa yang mampu dicapai oleh akal manusia. Sahabat baikku, Ya sangat baik dan menyenangkan, Nadiah Sharul Hayali, Moga panjang umur dan murah rezeki. Sentiasa dalam limpagan rahmat Allah SWT. Dipermudahkan segalanya.Beroleh jodoh sempurna dan punyai anak-anak yang menjadi kesayangan di hati kalian berdua.

Saat ini sangat tragis bila aku mengingati saat perkenalan yang merapatkan kita. Terima kasih mengingatkan aku apa itu tabah di saat aku sarat di lambung ombak. Terima kasih atas rasa punyai sahabat baik yang sangat baik untuk aku melewati segalanya. Moga dikau Nadiah yang manis..sentiasa menjadi Nadiah yang manis selamanya.

Nadiah Sharul Hayali kesayangan kami, Selamat Ulangtahun Kelahiran.

Aku sayang Kamoo.Peluk dan cium atas rasa kasih yang tidak terhingga dan rasa limpahan rahmat dikurniakan sahabat sepertimu.




ungu dan rumate

3 comments:

  1. wohoooo!!

    slamat ulang tahun kepada beliau!!

    jaga beliau elok2.. jgn gaduh2.. sahabat yg baek adlh shabat saling bertolak ansur , paham memahami dan mudah memaapkan kesilapan.

    trimas kasus datang blog wa !
    wa polow lu boleh?

    ReplyDelete
  2. hahaha..trimas atas nasihat berguna lu.
    Marilah kita saling meng"follow".

    ReplyDelete
  3. Nk wish mcm org lidi gak lah... haha... by the way, anda di jemput

    http://sarshiverson.blogspot.com/2009/08/jemputan-khas.html

    ReplyDelete