Saturday, June 19, 2010

Pengiraan kalori

Assalamualaikum..lepas aku tahu mengenai kalori makanan ni, aku cam pelik la. Camana plak aku nak tahu berat aku sesuai nak makan berapa kalorikan? So aku try la google camana nak kira kalori makanan yang patut kita makan. Banyak orang cakap yang diet kalori ni berkesan. Haha. Berkesan ke tak mari kita try.


Tapi dalam masa seminggu bermula hari ni 19-28 haribulan (seminggu) , tidak dibenarkan untuk menimbang berat. Kita tengok macam mana keberkesanan dalam seminggu. Haha. Semangat-semangat. (Gila..lama x menulis ayat lintang pukang berterabur sini sana) ok bye jangan merungut.

jumlah kalori yang diperlukan setiap hari = berat(kg) * 30 kalori

kalo nk kurangkan 1/2 kg dalam seminggu kene tolak jumlah kalori sebanyak 550 kalori
kalo nk kurangkan 1 kg dalam seminggu kene tolak jumlah kalori sebanyak 1100 kalori

ya..1/2 kg - 550 kalori
1 kg - 1100 kalori

so,contoh berat 50 kg

jumlah kalori yang diperlukan setiap hari = 50 kg * 30 kalori
= 1500 kalori

kalau nak kurangkan 1/2 kg dalm seminggu = 1500-550
= 950 setiap hari dalam minggu tu

kalau nak kurangkan 1 kg dlm seminggu = 1500-1100
= 400 kalori setiap hari dlm minggu tu

Gila ah..apa aku nak makan sikit sangat kalori tu..ish..ish..

xpa2..aku pilih kurangkan 1 kg dalam seminggu. alang-alang nak kurus biar gempak skit.
Ni bukan nak sihat ni..nih kira bahaya ni. Leh sempot aku.

so 400 kalori sehari..chaiyokkkk ungu!

Panduan Mengira Kalori Makanan


Makanan dan aku memang payah gila la nak dipisahkan. Serius! Aku sayang semua makanan.Haha. Bila aku fikir balik, tak guna juga kita nak makan jamu kurus ke, minuman konon2 boleh kering ke, habiskan duit di Mayfair ke dan yang seangkatan dengannya. Semua ni tidak akan berguna kalau kita sendiri tak mendisiplin diri kita dalam makanan sehari-harian. Chewah..cakap macam Pakar Pemakanan betul. Ya..kita merupakan pakar pemakanan untuk diri sendiri. Oleh itu, bagi memulakan folio kesihatan ini, kita harus mengetahui serba sedikit mengenai kalori yang kita makan sehari-hari.

Ni maklumat yang aku dapat dari http://hotz-mama.blogspot.com/2009/06/tips-pengiraan-kalori-makanan.html.

Panduan Mengira Kalori Makanan

Kategori:Kuih Muih
1. Kasuiberkelapa parut (sekeping) = 160 kalori
2. Kuih lapis (sekeping) = 130 kalori
3. Bingka ubi (sekeping) = 220 kalori
4. Cekodok Pisang (sebiji sederhana) = 180 kalori
5. Popia goreng (satu) = 130 kalori
6. Popia basah (satu) = 95 kalori
7. Pisang goreng (sekeping) = 170 kalori
8. Kek biasa tanpa krim (sepotong) = 87 kalori
9. Karipap (sebiji) = 130 kalori
10. Sandwich sardin (sekeping) = 70 kalori
11. Bubur kacang (semangkuk) = 100 kalori

Kategori: Lauk Pauk
1. Ikan kembong kari berkuah (seekor) = 85 kalori
2. Ikan tenggiri goreng bercili (sepotong) = 142 kalori
3. Ikan kembong goreng (seekor) = 140 kalori
4. Ikan senangin masam manis berkuah (sepotong) = 210 kalori
5. Daging lembu kari berkuah (2 kotak mancis) = 130 kalori
6. Ayam kari berkuah (sepotong) = 250 kalori
7. Ayam goreng (sepotong) = 255 kalori
8. Ayam tandoori (sepotong) = 220 kalori
9. Sambal udang (setengah cawan) = 70 kalori
10. Sambal sotong (setengah cawan) = 55 kalori
11. Telor goreng (sebiji) = 110 kalori
12. Taukua goreng (sekeping) = 110 kalori
13. Kacang panggang dalam tin (2 sudu makan) = 40 kalori

Kategori: Makanan Rutin
1. Nasi putih (satu setengah cawan) = 260 kalori
2. Nasi lemak bersambal (sepinggan) = 400 kalori
3. Nasi goreng bertelur (sepinggan) = 635 kalori
4. Nasi briyani berayam (sepinggan) = 880 kalori
5. Nasi minyak kosong (sepinggan) = 445 kalori
6. Nasi ayam kosong (sepinggan) = 300 kalori
7. Mee goreng kosong (sepinggan) = 660 kalori
8. Mee sup (semangkuk) = 380 kalori
9. Mee hoon goreng (sepinggan) = 550 kalori
10. Roti putih (2 keping) = 156 kalori
11. Roti canai kosong tanpa kuah (sekeping) = 200 kalori
12. Capati tanpa kuah (sekeping) = 180 kalori
13. Pau ayam (sebiji) = 203 kalori
14. Emping jagung kosong (secawan) =160 kalori

Kategori: Makanan Segera
1. Peha ayam goreng (satu) = 130 kalori
2. Nugget ayam (satu) = 60 kalori
3. Kentang lecek (satu tub kecil) = 90 kalori
4. Sayur kobis hancur (satu tub) = 75 kalori
5. Burger keju (satu) = 425 kalori
6. Kentang goreng (satu kantung kecil) = 405 kalori
7. Sate ayam (secucuk) = 35 kalori
8. Pizza berkeju (sepotong) = 240 kalori

Kategori: Buah-buahan
1. Tembikai (sepotong) = 20 kalori
2. Betik (sepotong) = 45 kalori
3. Pisang emas (2 biji) = 76 kalori
4. Durian (5 ulas) = 64 kalori
5. Limau (sebiji) = 42 kalori
6. Jambu batu (sebiji) = 110 kalori
7. Nenas (sepotong) = 59 kalori
8. Epal (sebiji) = 63 kalori
9. Ciku (sebiji) = 44 kalori
10. Mangga (sebiji) = 103 kalori

kategori minuman

  1. minuman berkabonat 1 tin 285g - 120 kal
  2. minuman kotak 250g - 105 kal
  3. susu tepung penuh krim 1 sudu makan - 33 kal
  4. susu tepungtanpa lemak 1 sudu makan - 25 kal
  5. aiskrim 2 skop- 390 kal
  6. susu pekat manis 1 sudu makan - 71 kal
  7. yogurt rendah lemak 1 cawan - 90 kal
  8. mentega 2 sudu teh - 75 kal
  9. keju chedar 1 keping -58 kal

Lepas ni..kalo nak makan kena kira kalori makanan dulu okeh..


Mula dari awal

Assalamualaikum..

Hello. Hi Blog. Lama gila tak tulis blog. Lama juga x baca blog orang lain.Walaupun ada broadband yang kena bayar setiap bulan, tapi sangat malas untuk buka internet even laptop pun sangat malas.

Cuti sekolah macam biasa. Badan pun oh sangat "menarik". So kena tunggu buka sekolah ini supaya dapat feedback dari kawan-kawan tentang kemenarikan anda. Dah tak tahu sangat nak tulis apa dalam blog,curahan perasaan dah tak mampu..dah terbuku penuh dalam jiwa..so kita jadikan blog sebagai pengumpulan / folio-folio kesihatan. Ni target nak dapatkan hidup yang sihat sebab badan rasa berat sangat dan takut terkena penyakit-penyakit yang sangat bahaya sungguh sekarang.

Target sekarang adalah untuk mengurangkan berat badan dalam jangka masa tertentu. So kita tengok tercapai atau tidak. =)

Thursday, May 27, 2010

24 ini

landasan 24 ini,
meniti jalan usia2 tua yang matang,
atas jerit perit payah,
seorang wanita tua yang gagah,
siang malam bekerja untuk dasar seorang,
anak yang bakal membesar,
hingga kini terlantar hiba,
membilang hari-hari tua di kerusi roda,
mengenang lewat teman2 melancong berjalan mendaki terbang bebas,
sedang muda kau habiskan demi 24 ini,
sedang pertengahan kau korbankan demi 24 ini,
sedang tua kau mendoakan 24 ini,
sedang sakit kau meraikan 24 ini.

24 ini berkata,
biar aku tua pada usia,
tapi tetap muda berbakti demi kau wahai orang tua,
jerit perit payah selama 24 ini,
rela 24 menunggu segunung usia,
walau tiada terbayar deruan nafas ini,
kau orang tua,
tetap aku berbakti sampai mati,
kerna cinta aku cinta mati,
cinta kedua 24 aku untuk orang tua sehingga mati,
selepas Esa,
orang tua tetap yang pertama di hati.

Thursday, February 25, 2010

maafkan aku mak
aku inginkan sempurna untuk semua kesayanganku
aku rela meredah api gelora untuk semua kesayanganku

sakit kamu
susah kamu
payah kamu
lara kamu
jatuh kamu
sama aku rasa aku

atas rasa darah sama
aku rela segalanya
biar jatuh
biar susah
aku rela

malangnya
niat aku
rasa aku
tak sealiran mulut aku
tak seangkatan ungkapan kata-kata aku

walau aku rela
segala susah payah bersama
mulut aku nista
kata-kata aku pedih
atas segala salah darah aku

aku benci pincang
aku mahu kita dalam
kotak
yang aku kawal secara baik
aku benci darah aku bebas
buat masalah
bisa buat mak aku menangis

aku bisa jadi pemarah
atas baran yang aku warisi dari darah
atas sebab darah yang buat masalah

tolong darah bermasaalah
lupakan darah muda kamu
gembirakan hati mak
supaya kita sama-sama
darah hidup dalam bahagia

beri kesempatan
kepada baranku
agar tidak menonjol
tidak lari dari landasan
sampai bila-bila

aku sanggup buat apa sahaja
demi mak
walau tumpah darah aku
demi mak
aku sanggup!

Monday, February 22, 2010

Family potret


semua kawan-kawan aku dah nak kawen. Aku jer belum. Xper2..sabar2. Kalau jodoh tidak ke mana. Insya'Allah.

Lama x update blog. Budget macam bz sungguh, sedangkan tak tahu nak tulis apa.

Trouble is a friend!

Tepat sangat! Apapun..yang penting ialah semangat untuk menjadi guru berdedikasi masih dalam perangkaan!

Friday, February 5, 2010

Liku hidup

Hidup ini umpama roda..kadang-kadang di atas, kadang-kadang di bawah. Tapi hidup aku ni nampaknya selalu di bawah. Tak kira dari segi apa pun. Mungkin Allah sayangkan aku. Datangkan banyak dugaan untuk aku.

Alhamdulillah untuk semua.