Wednesday, June 3, 2009

Peperangan Yang Tiada Berakhir~

Selama 5 hari sahaja cuti aku habiskan kat umah, badan aku dah membesar bagai nak gila! Aku pun dengan riak bangganya telah mendaftarkan diri aku untuk menyertai kem Wataniah untuk mengambil bau-bauan untuk ,menguruskan badan. Selama 5 hari kat rumah, sudah berapa puluh periuk nasi aku mentedarah, belum masuk lagi lauk pauknya . Sekarang nie musim buah-buahan dan bapak aku mengidam bagai orang ngandung plak nak durian bagai. Akibatnya aku pun sama-sama jadi ibu mengandung yang merinin perutnya dek melantak durian. Sehingga bau-bauan ala-ala perfume semerbak bau raja buah itu.

Hari nie, dengan bangganya aku tekad untuk menambah pendapatan mengisi masa cuti selain dari membesarkan badan seperti rakan-rakan seangkatan denganku untuk masuk Kem Wataniah dan dengan bangganya aku melaporkan kem ini adalah selama 2 minggu. Apalah gamaknya nak dibuat sampai 2 minggu. Maunya termuntah aku nak berkawad, meredah masuk hutan atau meng"usha" bapak-bapak orang. Aku ikhlaskan niat aku untuk pergi wataniah demi untuk mendapatkan wang bagi membayar wang deposit rumah sewa dan sepanjang bulan 6 yang khabarnya tiada elaun yang akan masuk lagi dan elaun aku telah lama tinggal habuk dengan hanya bagi sebanyak RM 2.08 sahaja di dalam Bank Islam.

Aku juga menghabiskan cuti ini dengan berwataniah supaya aku dapat menghitung bunga-bunga dating yang bakal berlaku pada 20 haribulan sehari sebelum buka sekolah. Malah dengan hitung-hitung duit wataniah inilah akan aku perjudikan untuk bayar hutang mak aku. Dengan niat tambahan berjuang demi negara dan agama..chewah2...moga diterima oleh Allah SWT.

salam bercuti buat semua sahabat dengan ucapan...................................











HAMPA DOK MAKAN APA TUH HAH???????

No comments:

Post a Comment