Saturday, January 30, 2010

Welcome Praktikum

Hello..hello 1 Februari 2010.

Hello..hello warga Sekolah Kebangsaan Khir Johari.


Bukan tarikh keramat sangat pun. Tapi tarikh penting sebab kena pergi praktikum. Waduh-waduh..praktikum kali ni memang sangat mencabar. Bukan mencabar tang murid-murid tapi mencabar dengan pelbagai cabaran dan dugaan.

Harapnya bebudak tak banyak kerenah dan cari pasal. Silap-silap i bagi penampor sulung you...

Auwww..garangnya cikgu. Apapun kawan-kawan, selamat menjadi cikgu yang berdedikasi.

Friday, January 29, 2010

kan best
kalau ada teman
berkongsi dan bertukar masalah

kalaulah~

Deruan nafas

maaf kerna buat kau menangis
mengenang sikap aku
jauh melampauhi

aku lemah
pada amarah yang pasrah
kau tahu
aku begitu
maaf
kau takkan pernah tinggalkan aku

kalau begini sikap aku
adakah aku perlu membuat keputusan
meninggalkan mu
atas dosaku sendiri
hukuman atas kamu

maaf
fikiran aku dangkal
Lillahi
seluruh nafas aku saat ini
ingatan dan sayangnya
jatuh tepat pada Ahmad Saufi






aku ingin sama-sama rebah dan bangun seperti dulu



Alhamdulillah..

Hari ni dah selesai segala yang tak pernah selesai selama ni. Ustad yang datang tuh dah buat pelepas untuk halau "benda" di kawasan rumah dan yang ganggu mak selama ni. Nak percaya atau tidak benda dah ada depan mata. Adik aku Siti Aishah yang jadi perantara.

Lepas selesai ja, angkat-angkat mak terus rasa ringan. Cuma ustad tuh mintak jangan urut dengan minyak. 2 hari lepas ustad dah mintak barang-barang yang ada benda tuh. Rupanya arwah tok dulu ada simpan batu giling yang dia mintak dari mak sedara dia. Dalam batu giling tuh lah ada penunggu. Mungkin la tok sedara aku plak dapat dari mana-mana. Mak aku plak anak tunggal. Kiranya memang macam perwaris la. Ustad tuh kata, selama ni dia tak kacau mak sebab badan mak kuat dan mak tak pernah tinggal solat. Xder jalan la nak kacau. Bila badan mak lemah dan x boleh nak bersolat senanglah dia nak ganggu fikiran mak. "Benda" pengganggu tuh pun sebenarnya ada 2. Satu kawasan kejiranan yang ganggu rumah kami dan satu lagi yang ganggu mak. Alhamduulillah..ustad tuh kata benda-benda tuh semua dah keluar ikut asap. Manakala batu giling tuh, pak sedara aku dah tinggalkan dekat Tupah.

Ntah la..macam-macam la mistik ni. Dulu kalau nak angkat mak aku, memang tak laratlah kalo seorang. Aku ngan Siti Aishah(adik)pun buat-buat gagah jer nak angkat. Sekarang ni alhamdulillah senang sungguh nak angkat duduk. Mak dah ringan. Alhamdulillah. Siti seorang dah boleh nak angkat mak bagi duduk. Muka mak pun dah berseri dan bersemangat sikit dari dulu. Cuma ustad pesan xleh berurut guna minyak. Mungkin orang yang urut tuh ada guna benda-benda, dan benda-benda tuh leh ganggu mak lagi. Gangguan tuh bukannya dalam bentuk histeria gituh. Cuma pemikiran mak boleh menggambarkan perkara tak berlaku.

Tapi bila fikir-fikir balik, aku kesian dekat tok. Susah tok nak meninggal dulu. Bukannya dia ada amal benda bukan-bukan. Malah tok sangat beramal orangnya. Siang malam hidup tok hanya mengaji dengan arwah tokwan. Walaupun tok tak pandai agama, tokwan banyak bimbing tok. Inilah perbuatan syaitan laknatullah nak menyesatkan umat manusia.

Aku nak pesan pesanan ustad tuh. Ustad tuh kata, kalau ada sapa-sapa sedekah barang-barang kat kita, selidik lah dulu. Bukan apa, kita tak tahu niat orang macam mana. Rambut sama hitam, hati lain-lain.

Pagi tadi, pihak hospital Pulau Pinang telefon. Ada ka depa bagitau suh pergi Hospital Besar Pulau Pinang 1 haribulan 2 untuk operation kepala nak masukkan tulang kepala mak..Hah???? tergejut bewak aku baru dapat tau mak xder tulang kepala. Kenapa doktor x bagitau apa-apa pun masa nak balik dari Hospital dulu. tergejut gila kami sekeluarga. Dah la lagi 3 hari nak pergi baru nak bagitau. Nak harapkan sapa nak pergi. Patutnya pergi 10 haribulan untuk check kepala. Pak sedara aku pun dah mintak cuti. Ni dia nak kena tukar tarikh pulak. Kesianlah aku tengok sedara sekeliling aku pun terlibat sama dalam kesusahan kami sekeluarga.





Thursday, January 28, 2010

Berinternet secara free

Gila aku berinternet di cerok dapoq!

Nak dijadikan cerita, aku terfikir nak pakai broadband sejak berulang alik dari rumah mak, rumah opah dan maktab (aku pindah jap dari rumah sewa untuk jaga mak aku) Banyak pihak yang sokong dan ada plak pihak yang bersungut broadband supo siput. Untuk tidak mengambil risiko aku terfikir lebih baik ambik streamx. Masalahnya bayaran line tenet yang berjuta-juta zaman aku muda dulu tak bayar-bayar sampai dah dapat surat mahkamah. (dah potong). Kalo nak daftar len kena tunggu lama dan ada kontrak selama 2 tahun plak. Sudah. kena plak aku merantau jauh nanti sapo plak nak guna dan bayarkan.

Bermulalah plan aku

Aku dapat tau tok sedara kat kampung aku ni pasang streamx. Masalahnya dia ni jenis bling2 skit ($$). Kalo aku mintak password kan , ada plak dia suruh aku bayar separuh dianya bayaran. Pastuh semalam, aku ngan nekadnya p umah dia kata nak tumpang internet jap. Aku dapat ja password, online dalam 15 minit , pastuh aku bayar RM 2 dan blah (dia terima oh duit tuh). Sampai-sampai umah ja aku try. Alamak..x dapat daa.Punyalah aku ke sana ke sini cari line, alih-alih ada gak 1 bar kat ceroq dapor umah aku. Kira-kira dalam 20 meter lebih la jarak dia. Kalaulah tok sedara aku tuh tak pindah rumah dari belakang rumah aku, sure aku dapat full bar. (rumah dia dulu belakang rumah aku ja-jarak kira dalam 5 meter).

alhamdulillah..dapat juga aku merasa berinternet secara free.

Wednesday, January 27, 2010

Praktikum dah nak start minggu depan
perasaan aku kosong
banyak sangat masalah bertimpa-timpa

namun
aku bersyukur
jika masalah ini adalah dugaan
untuk menguji aku sebagai hamba

dalam hidup ini
perkara paling aku bersyukur
bila melihat mak bernafas
perkara yang amat-amat bermakna dalam hidup aku
alhamdulillah

punyai keluarga dikasihi
rakan-rakan disayangi
dan lelaki untuk selalu dirindui

membuatkan aku menangis
betapa Allah sudah melengkapkan hidup aku selama ini

terima kasih

*aku tumpang streamx rumah sedara.Aku ingat nak buat broadband.Tapi takut plak tersekat-sekat.Adeh.

nota buat Ahmad Saufi

saya minta maaf
kalau awak ingat saya hina ibu awak

Demi Allah
bila saya sayang awak
saya sayang seluruh keluarga awak

apatah lagi ibu awak

awak kena faham

bila saya xnak bercakap dengan mak awak
bukan bermaksud saya tak suka
bukan bererti saya tak hormatkan

saya takut sebenarnya
takut apa anggapan ibu awak pada saya

kalau boleh
biarlah saya sentiasa baik-baik sahaja di mata ibu awak
ya saya tau
saya buruk-buruk sahaja di mata awak

tapi buruk inilah yang awak tergila-gilakan
yang awak teruja selalu

saya ingin yang baik-baik
saya ingin yang cantik-cantik
saya ingin yang sopan-sopan
saya ingin yang manis-manis
saya ingin yang paling lemah lembut

untuk ibu awak

biar saya selalu

yang nakal jahat
yang buruk nak mati
yang ganas tahap bangang
yang masam gila
yang gangster tahap gaban

di depan awak


ingatlah saya


sekali saya sayang awak
beribu kali saya ingin sayang ibu awak

Tuesday, January 5, 2010

Menjadi seorang anak yang soleh.

Ya..dulu, acapkali di dalam doa aku, aku selalu minta pada Allah supaya bagi peluang aku menjadi anak yang soleh. Dan ya..doa itu semakin kuat saat-saat aku melihat mak bertarung nyawa selama hampir sebulan. Alhamdulillah. Allah SWT kabulkan doa aku. Memberi aku kesempatan kepada aku untuk membuktikan pengharapan aku selama ini. Menjadi seorang anak yang soleh. Yang ikhlas berkorban segalanya demi seorang yang aku panggil mak selama ni.

Mak dah makin sihat. Alhamdulillah. Deruan nafas mak pun dah buat aku sekeluarga amat-amat bersyukur. Apatah lagi dengan gurauan mak yang mampu buat kami tersenyum. Namun sekarang, rasa empati aku makin kuat terhadap mak. Sedihnya melihat mak yang dulu aktif kini terbaring kaku. Sedihnya waktu dia minta aku ketepi sebab dia nak bangun. Sedihnya melihat mak yang baru menerima hakikat ibu dan ayahnya dah arwah (kekeliruan akibat pembedahan kepala). Lama kami ambil masa nak terangkan pada mak. Sekarang mak keliru dia masih kuat seperti dulu. Nak bangun untuk ke tandas dan bersolat. Mak masih belum terima hakikat kaki dan tangan kiri tak boleh digunakan. Sangat sedih mendengar mak yang menahan sabar, marahkan kami sebab tak berusaha nak bagi dia berjalan. Otak mak ligat fikirkan macamana cara nak berjalan ke atas sebab nak membuang air besar. dah 4 hari mak tak buang air besar. Risaunya aku hanya Allah sahaja yang tahu.

Moga limpahan kasih sayang aku pada mak tetap utuh. Hirupan dan deruan nafas mak adalah sepenuh nyawa aku.