Monday, November 30, 2009

Cuti sekolah

Cuti sekolah supo hampeh. Tapi syorga bagi orang suka makan..tido..makan balik..tido balik. Pastuh tengok tv secara marathon. Bestkan.Haha.Memang ngong kalo jawab x best sebab orang tuh maybe skema. So kalau menghabiskan cuti dengan bekerja dikira apa ya?? Mestilah dikira sebagai orang yang sengkek..

camna nak dapatkan duit dengan cara cepat eh...Hahaha..rompak bank!

jom

pusing

Pening aku pusing
bila benda yang bukan mahir jadi satu cabaran
cabaran lah konon
sedangkan haram
aku pusing
pusing bangat indon kata

wtf

jeng..jeng

Guest what!!

aku dah kerja!!!!!

GERMAN-MALAYSIAN INSTITUTE Branch:
Lot Internet Cafe,
Pusat Pelita Ilmiah,
Selangor.
Tel : 03 - 8733 1277
achikgmi@gmail.com




notakaki:kat sni la kot
eh..bleh pk x aku yang buta IT ni kerja kat sini. Memang macam sial wehh. Bukan kerja ni sial..aku yang sedikit sengal. Macam biasalah. Akukan sengal. Sighhhhhh.

Wednesday, November 25, 2009

Cuti Panjang yang tidak diharapkan

Selamat Hari Raya AidilAdha

Sebenarnya serius sungguh, langsung tiada mood untuk berhari raya. Bila fikir balik , kali ini aku akan bercuti selama sebulan. Kalau dulu-dulu memang sangat bersemangat untuk bercuti sakan. Tapi cuti panjang tahun ini dah tak bermakna.

Sekarang cuti dah tak sama. Tok dah tak ada. Tak ada sesiapa dah nak layan aku itu ini. Tak ada siapa dah nak tidur ngan aku malam-malam. Paling penting dah tak ada siapa dah aku nak ngadu itu ini.

Selama ni, selepas kehilangan tok ( tok meninggal selang beberapa hari selepas setahun kehilangan tokwan ) aku tak pernah biarkan diri aku untuk berfikir yang aku dah kehilangan tok. Sungguh! Aku tak pernah mengadu sungguh-sungguh yang aku rindu tok. Pada waktu tu, aku fikir aku kena cepat bangkit. Demi mak, demi exam dan demi segala-galanya. Aku hanya titipkan segala hanya pada doa. Bila mak menangis dan mengadu tentang tok, aku akan tahan diri aku untuk mengadu sekali atau apa sahaja. Aku hanya akan kata sabarlah mak, Allah sayangkan tok. Tapi pada waktu tuh aku tahan diri aku untuk berfikir walau kadang-kala aku kalah waktu bersendirian.

Selepas kematian tok, rumah tok terbiar kosong. Maaf. Aku tak mampu untuk melawat. Aku kalah. Nasib baik selepas tuh mak bagi orang sewa untuk hilangkan rasa sunyi rumah sebelah dah tak dak orang . (rumah aku sebelah rumah tok). Tapi untuk cuti yang panjang ini, rumah tok dah kembali kosong. Sepanjang kematian yang aku alami, inilah dugaan yang paling berat. Insan yang paling rapat dengan aku adalah tok. Yang selalu manjakan aku, bergaduh dengan aku. Aku..aku... akulah segala. Bila aku sedih..aku hilang punca. Bila aku bergaduh ngan adik-adik, dimarah mak. Aku hilang punca. Sebab aku rasa aku seorang. Dulu hidup aku meriah dengan tok walau hanya kami berdua. Mak pun pernah kecik hati sebab aku seperti pentingkan lagi tok dalam hidup aku. Maaf, aku sayangkan kedua-duanya. Tapi kehilangan tok adalah kehilangan separuh nyawa aku.

Macammana aku nak hadapi sebulan di rumah?? Aku kusut. Aku rasa seperti mahu berjalan-jalan ke rumah orang lain. Dan bukan di rumah sendiri.

Aku rasa bersalah pada mak. Aku tak kuat. Baru sangat aku urut dada tok sebab tok penat. Aku rasa lagi pelukan tok waktu aku tidur. Aku dengar lagi tok nasihat aku. Aku masih lagi boleh bayang kami masak bersama makan bersama. Bayangan tuh sentiasa buru aku ke mana-mana.

Tok meninggal depan mata aku dan mak. Kali terakhir adalah bersama aku. Aku yang mengajar tok mengucap. Bila tok tiada aku terdiam. Mak datang dan tok buka mata kali terakhir untuk lihat mak. Itulah saat-saat terakhir tok. Waktu kematian tok, aku sangat sibuk dengan amali seni. Kematian tokwan juga begitu. Mak kata tok tunggu aku balik. Dia nak tengok aku dulu sebelum aku pergi. Terima kasih tok. Aku seorang saja tiada waktu kehilangan tokwan. Seperti yang aku kata, aku sangat sibuk sewaktu minggu untuk menyiapkan amali seni. Aku bersyukur. Allah bagi aku kesempatan untuk ada kenangan dengan tok. Aku cucu tok yang selalu merantau.

Tok selalu sangkal bila aku kata aku dan kekasih akan bagi cicit kat tok. Aku kata dah tak lama dah nak habis ngaji. Tok kata dia suka kekasih. Ya, aku nampak. Kekasih dan tok melebihi aku dan tok. Tok yang pendiam dan pemalu boleh saja bersembang berdua berlama-lama dengan kekasih. Tok kata tok sayangkan dia. Mak selalu kata yang tok selalu sebut nama kekasih dan selalu terbayangkan kekasih sejak dia datang. Pelik. Aku senyum. Tapi tok akan selalu sangkal bila aku katakan tentang hari bahagia kami. Tak sempat kata tok. Tapi kekasih selalu yakinkan tok. Tak baik cakap macam tu, umur tok panjang. Tok akan senyum. Tapi senyuman itulah yang aku ingat sampai sekarang.

3 hari sebelum tok kena strok, aku balik melawat. Kaki tok bengkak. Tak boleh berjalan sangat. Pagi tok kena strok, tok dah sihat kata mak. Dah boleh bersembang-sembang. Tapi aku tahu hati tok terguris dengan sikap pakcik (anak abang tok-anak angkat-tok anggap seperti anak sendiri sungguh-sungguh) dah lama x balik melawat dan selalu ada masalah. Paling terbaru masalah rumahtangga. Mak sembang dengan tok mengenai pakcik pagi tuh. Tok kata x payahlah balik, aku dah nak p dah pun. Lepas 15 minit mak tinggalkan tok, mak kembali dan tgk tok dah kena strok. Seminggu lepas tuh tok pun tinggalkan kami bersama kenangan. Pada hari pengebumian tok, ada kawan dtg melawat. Dia tak tau pun tok meninggal. Dia kata bulan lepas dia ada sembang-sembang ngan tok kat masjid. Dia cakap, tok selalu kata dia tak mau menyusahkan kami. Biarlah dia mati dengan cepat seperti tokwan. (tokwan meninggal tanpa apa-apa sakit). Dia tak mahu menyusahkan anak cucu. Benarlah. Tok hanya sakit selama tak sampai 2 minggu. Mak kata, at least Allah dapat uji mak nak tengok sedaya mana mak nak menjaga tok. Ya, mak tatang tok bagai minyak yang penuh. Paling terharu abah dan opah (mak abah) bergilir-gilir jaga tok. Bila tok dah xdak opah asyik menangis. Mak juga. Depa dah kehilangan seorang kawan baik. (Opah selalu cakap macam tuh even sampai sekarang).Dan aku juga. Kehilangan sahabat aku yang terbaik.

Tok yang pemalu, suka senyum, suka berkemban.

Doa aku, Moga tok dan tokwan ditempatkan di kalangan orang beriman. Doa aku saban waktu.

Maaf..aku banyak mengadu.

Moga Allah panjangkan umur mak.abah dan opah.

Tuesday, November 24, 2009

Good Luck





Tadi aku jadi pemandu kawan-kawan yang nak ambik lesen kete esok. Harap depa berjaya dengan cemerlang supaya di masa depan aku boleh berlagak menjadi penumpang dan bukan pemandu lagi!

Selamat memandu dengan bergaya Peah ngan Nurul.

Monday, November 23, 2009

Bunuh diri

Tadi aku dok godek-godek youtube tetiba tertengok la plak satu video orang bunuh diri.

Dalam otak aku terfikir..inilah dia penempah-penempah neraka yang terawal. Kat dunia lagi dia dah tempah memang xmau masuk syurga langsung. Masya'Allah. Kenapalah sampai macam tuh sekali manusia boleh membuat fikiran. Mana letaknya keimanan dalam jiwa??. Macammana berat pun sesuatu masalah, redhalah. Sesusah-susah masalah kita, sehina-hina kita, semiskin-miskin kita, seburuk-buruk kita. Masih banyak orang yang lebih susahnya,lebih hinanya,lebih miskinnya dan lebih buruknya daripada kita.

Ya..itulah perlunya keimanan dalam jiwa. Biar rapuh macam mana iman , tapi kalau kita mengaku Allah SWT adalah Tuhan kita, Nabi Muhammad SAW adalah rasul kita, takkan sesekali kita mengakhiri hidup dengan cara macam tuh. Disinilah bermulanya peranan iman untuk menentukan mana baik dan mana buruknya.

Sentiasalah redha dengan segala yang Allah ujikan kepada kita. Biarlah sehina-hina mana kita disisi manusia, asalkan kita tahu kita masih punyai Allah dan sememangnya kita ini kepunyaan Allah. Allah yang akan sentiasa ada saat susah dan senang kita.

Setiap sesuatu yang berlaku pasti ada hikmah. Cuma kita kadang-kadang tak nampak hikmah yang Allah janjikan tuh sekarang. Tapi mungkin kita nampak 10 tahun lagi. Mungkin..mungkin...kalau kita redha dan buka mata seluas-luasnnya.

Sentiasalah bersyukur. Semalang-malang nasib kita, malang lagi nasib orang lain.




Renungkanlah...

Jalan-jalan di Penang bersama Gadis yang suka bersms

Nie entry lama aku lupa nak post..

Aku berlibur bersama gadis yang suka bersms setiap masa di mana jua di Penang. Percutian yang pendek dalam keadaan sengkek dan sangat best! Tapi rasanya sangat best kalau misztake dan Dayah Nuyi dapat ikut skali.Nak dijadikan cerita, cuti Deepavali yang lepas aku, gadis sms, miztake dan Dayah Nuyi bercuti ala-ala sengkek dan tidur di Penang. Malangnya pada hari kejadian, Gadis sms bagitau kata Dayah Nuyi terpaksa balik sebab nenek dia sakit. =(
Misztake plak ada test tergempar. So tinggallah aku dan Gadis sms saja bosan-bosan.

Lebih kurang pukul 9 lebih aku buat kerja gila ajak Gadis sms berjalan-jalan dan nekad tidur juga di Penang. Bermulalah kami mencari peta, nama dan lokasi hotel, kemas-kemas barang dan mandi.* ahak benda lain dulu baru mandi.

Percutian tak dirancang ini memang sangat hebat! Gila jalan kaki sampai lenguh, tunggu bas sampai nak mati, makan-makan macam orang kaya, keluar malam macam gadis sosial.


Nikmatilah...



Atas feri ke Penang..see waktu ni dah pukul 1 lebih.
Memang percutian yang tak dirancang sungguh





gadis sms siap berpayung bagai
*adeh




Daging Babi Panggang tuh yang sambut kitorang.
Lai Yoke Kee siap ajak lepak lagi.





Orang robot yang cambesh.
Korang bagi duit dia angkat tangan tanda Good sihh



pegi mana-mana pun gadis nie memang suka pegang telefon *adeh




masa kitorang dok makan-makan lebih kurang kui 12 lebih tuh..bunyi mercun kuat giler kat lorong ni. tapi x sempat ambil gambar sebab kusyuk sangat dok ngap.




Dekat kawasan nilah depa dok pecahkan kelapa. Tgk la jam pukul berapa dah. Diorang wat upacara tuh awal2 pagi la.



Gadis sms berpayung di kawasan pantai. Dekat ngan Padang Kota.




Jalan-jalan di sekitar Padang Kota. Tak masuk pun. Non ada duit.



boleh plak tetib tersesat kat Batu Feringgi



eh..tengah cari apa tuh Kak Temah 13.01




Carik apa lagi dek non..cari hp la. Hello..hello.. 13.02



ambik angin



bermain chut chak




selamat jalan Penang










sekian laporan dari bilik berita ~ ungu~

Impian 2

Bengang aku sihh...

ada ker sedap2 aku dok tgk2 semua citer IMPIAN 2 bleh plak aku tak tahu yang dia ada part2. Dah nak tgk sampai habis baru aku pasan kata ada 3 part. Patut la aku macam pelik nak mampus kenapa bila start episod seterusnya macam x related je ngan episod lepas. Macam ***** betul.

Sunday, November 22, 2009

Bolat dan Sepet~

Aku bosan doh..layan internet lama-lama tanpa sekatan dan rintangan pun buleh termuntah nie. Ada gak aku selak gambar lama-lama. Nampak sangat la jarang selak.




Dulu Hp aku ngan kekasih sama. Tapi aku nyer dah rosak dah. Dia punya masih kelihatan baru. Hp baru dia beli untuk aku pun macam nak rosak dah. Boleh pulak hp daun dia yang lama tuh tetap macam baru. Aish..




Si putih ngan si hitam



Time nie g kenduri abang Rumate kahwin kat Manjung




Benda ungu tuh nama dia comel. Lawak je mamat nih dok buat aksi gituh



Ngeh..ngeh...



Ipoh


Time nie muka kekasih jambu lagi. Sekarang dah macam bapak budak. Aku lagilah, macam makcik



Kekura comel. Suka sangat aku paksa dia pakai gantung2 kat tepon.






si sepet dan si bolat





saya rindu dia oh










Keluarga Kucing





Ada seekor kucing betina.


Kucing betina ni cantik dan baik hati. Semua orang kata macam tuh.Gagah dan berjuang untuk menjaga anak-anak kucing. Bapak kucing pun jenis x ambik tahu sangat hal keluarga. Semua lepas kat mak kucing ja. Semua anak-anak mak kucing sayang. Mak kucing ada 3 anak. Dua betina dan sorang jantan. Tapi mak kucing tak pernah membezakan perihal anak-anak kucing. Kau pandai aku sayang, kau bodoh aku sayang, kau benak pun aku sayang. Pendek kata memang sayang semualah. Tapi bila zaman dah ke depan. Mak kucing pun dah makin tua, anak-anak kucing pun dah besar panjang. Mak kucing tiba-tiba berubah. Sayangkan anak kucing jantan lebih. Anak-anak kucing betina bukan xdak mata nak tengok semua tuh. Bila ditegur habis semua kena tengking. Kalau nak cerita apa-apa, semua anak-anak kucing betina ni, semuanya buruk-buruk belaka. Tapi kalau anak kucing jantan punya cerita mesti bukak mata yang baik-baik ja. Walhal bukan mak kucing dan anak-anak kucing betina tak tahu, yang anak kucing jantan tuh buat banyak onar. Bergaduh dengan anak kucing jantan lain la, perasap kat dalam ngan luar rumahlah, merempit sana sinilah.Ish2 anak kucing jantan ni. X padan dengan umur setahun jagung. Pun kucing betina sayang jugak. Punyalah sayang kat anak kucing jantan ni sampai sanggup cover segala kejahatan anak kucing jantan dari seluruh ahli keluarga. Kalaulah tetiba jer anak kucing jantan dan anak kucing betina bergaduh, memang alamat la anakkucing betina kena ngiau-ngiau ngan mak kucing. Sedangkan memang terbukti depan mata salahnya anak kucing jantan.


Rasa-rasa andalahh...kenapalah kucing betina ni jadi macam tuh??? Rasa-rasa la



Chibimaruko



Wah...best giler cuti. Bersendirian di rumah sewa yang besar tanpa sebarang bunyi kebisingan dan tanpa tekanan kerja. Sungguh-sungguh rasa macam best. Tak tahu nak terang macam mana. Rasa macam tak nak masa berlalu dan nak habiskan masa disini sahaja.

Oh ya..disamping khatamkan blog-blog orang lain, aku juga dah tengok banyak anime. Best2! Tapi sekarang ni tengah habiskan tgk Chibimaruko Real plak. Comelnya dia. Rasa macam nak rambut macam Chibimaruko balik. Xmau dah rambut letupan. Dah x der nikmatnya berambut letupan.

Sekarang ni asyik gian nak post je.Huhu..tah apa-apa.

notakaki: cis,cerita ni buat aku nangis!

Buah Delima~


Pasar Malam Bandar Puteri Jaya (BPJ) memang banyak makanan yang best walaupun setiap minggu makanan yang sama jer aku beli. Tapi tetap menyelerakan. Huh..camana program diet aku ni. Rasa macam tak berjalan jer. Takpe-takpe. Program diet akan menyusul selepas raya haji.

Tadi kat Pasar Malam jumpa Buah Delima. Oh..since aku bergerak secara aktif terjumpalah artikel pasal buah delima. Sejak tuh memang mengidam habis la. Sekali jumpa plak kat Pasar Malam. Oh...memang sangat mencairkan air liur sungguh. Nasib baik bukan bulan puasa. Kalo tak leh siap meleleh-leleh lagi air liur. *yukssss

Bestnya makan buah delima. 4 biji harganya RM 5. Tapi buah dia macam x best sangat. X merah betullah isi dalam dia. Tapi dah ngidam semua ok. Aku pernah belikan buah delima untuk mak mertua to be masa dating kat Penang. Memang cantik luarannya dan kekasih kata sedap. Harga pun memanglah mahal sebab dia pakai kilo. Bukan pakai harga biji-biji.

Sebut pasal Penang teringin plak nak makan Jeruk. Jeruk kat Penang memang sedap. Tambah-tambah masa kat Jetty belah Pulau dan Kawasan Chowrastar. Banyak sangat dia jual jeruk. Bestnya kalau dapat pergi jalan-jalan kat Penang sekarang. Malangnya duit xder. Hujung-hujung bulan ni, semua sengkek. Kenapalah x belajar menyimpan dari awal tahun. Banyak benda best yang boleh dibuat pada hujung tahun. Contohnya macam shoppinggg (oh..memang sgt best), berjalan-jalan makan angin (best giler) dan makan yang sedap-sedap! Ok tak per. Start tahun depan marilah kita sama-sama menyimpan.

Dulu aku ngan rumate ada buat tabungan setiap tahun. Best sangat. Hujung tahun mesti berasa jadi orang kaya kejap. Tabungannya mudah. Setiap hari kena bagi 20 sen atau RM 1. Yang mana satu ya?? Aku lupa la. Tapi sejak dah masuk rumah sewa dah x buat dah. Tah napa. Aku pun lupa nak tanya dia.

Harapnya tahun depan boleh kurus skit, buat tabungan dan jadik cikgu yang baik!

Bisnes

Tadi tengah aku dok bergolek-golek atas katil, kak sedara aku call. Nak suruh aku join ngan dia jual pin comel-comel. Ala..yang tengah fames sekarang tuh. Pin shin chan la, bas sekolah la , ais krim la. Macam-macam lagilah. Memang boleh laku rasanya since dekat Utara ni tak ramai orang jual lagi. Cuma sekarang ni takut potong trip classmate aku plak la pasal dia dah start jual benda tuh kat maktabkan. Ntah la...rasanya, kalau setakat aku kerja kilang leh ja nak tolong-tolong bisnes akak sedara aku tuh. Minat bukan tak minat bisnes supo gini, tapi masalah plak takut hangat-hangat tahi ayam. Setakat letak benda tuh kat kedai runcit mak aku, rasanya laku lagi. Tapi bebudak sekolah rendah jer kot nak belinya. Dulu aku ada jual topup. Tapi dah stop lama sikit ... akak sedara aku ja dok jual sebab join ngan dia ... alih-alih ada plak classmate aku jual. Pastuh memang malas la plak sebab takut kacau lubang dia walaupun bila pk balik dia la yg kacau lubang aku. Xperlah...rezeki ada di mana-mana. Kalau setakat nak tolong jual skit-skit tuh takperlah. Kalau nak jadi tokey tetiba nak jual kat bebudak maktab memang nampak sangat kacau daun. Best jugak tetiba hujung tahun ni g kerja kilang pastuh leh jual kat bebudak . Fuhh....(berangan je lebih)

Petang ni best..ada nasi kerabu kat Pasar Malam BPJ ni. Masalahnya hujanlah pulak x berhenti-henti.

Harap-harap ada la jual nasi kerabu petang ni. Nyum-nyum........

Saturday, November 21, 2009

Bila hari Hujan~

Topik xder kena mengena ngan tajuk...

Dah berapa hari dah aku asyik jadik draber tukang p hantar kawan-kawan balik kampung. Tapi aku yang rumah dekat ni tak balik-balik jugak. Rasa macam malas pulak nak balik rumah. Tapi duduk rumah sewa ni pun boring jugak. Nak termuntah rasanya mengadap laptop 24 jam sampai dah tak tahu nak bukak apa. Banyak jugak blog-blog yang sempat aku khatam. Tapi sungguh tiada idea untuk tulis blog.

Cuti ni pun tak plan nak kerja. Rasa macam malas jer. Memang pecah rekod la kalau tak kerja, sebab setiap kali cuti hujung tahun aku kerja. Start dengan kerja kilang 2 kali, kedai jual tudung la, kedai makan la,paling dahsyat kedai bunga sehari....apa lagi ya??...tak ingat dah. Memang tak tahu la nak tambah pendapatan macammana. Minat berniaga tuh ada. Tapi slalu sangat dah aku hangat-hangat tahi ayam.

Seingat aku dulu aku pernah jual topup..tapi tah brapa lama tah tahan. Pastuh aku jual tudung plak.Bleh la tahan untung. Tapi orang asyik hutang ja. Manalah namanya untung macam tuh. Pastuh aku jual minyak wangi...modal je lepas. Kawan-kawan aku banyak tak bagi support. Ntah la. Bila pk balik barang-barang yang kekadang diorang jual leh jer aku support. Time bila time aku haramnya nak tolong kawan. Dulu, aku slalu sangat buat baik kat orang tak kena tempat. Sampai leh sampai kena pijak kepala. Tapi bila time aku susah, semua buat derk je. So sekarang ni, kalaulah aku nak berbudi mesti aku pk camana kalau aku susah nanti. Ada tak potensi dia nak tolong aku. Hahahaha....sangatlah berbaur tak ikhlas. Rasa macam lari topik plak....

haha..tengoklah nanti kot-kot aku terlebih rajin nak kerja. Ikutkan kewangan memang wajip kerja ni. Dah la duit banyak nak guna. Praktikum lagi, sewa rumah lagi, bayar duit Indon lagi, makan lagi, minyak lagi...camana nak cari duit dengan senang????


Friday, November 20, 2009

Jin Membara

hoihoi..

lama aku tak tulis blog.Bukan x ingat jalan nak tulis ni ha, tapi sibuk bebenor aku mengalahkan menteri.

Hati aku panas sakarang, pasai apa la Jinbara xlh masuk final Muzik-muzik. Aku ingat Muzik-muzik final memang tak meletup langsung la pasai Jinbara xdak. Depa ingat Jinbara toi sapa ka. Orang-orang Otai tuh. Apalah sangat setakat baru menang skit Realiti Tv punya program tiba-tiba jadi glamer pehtuh dapat plak p Final Juara Lagu. Tah-tah depa dengki kat Jinbara pastuh bagi Jinbara tak masuk tak. Tak rock betul la! Memang x laku ahh Final Juara lagu kali ni. Penat aku nunggu penuh pengharapan. Memang pemusnah impian sungguh!

oh ya..aku sekarang ada rambut letupan. Memang berapi la. Tapi melayang sungguh duit pasai x jadi sebab aku p mandi wajip pada hari kedua buat. Rambut letupan ni bukan semangat aku nak tiru Hafiz AF hampeh dapat masuk Final Juara Lagu walaupun sora x sedap, tapi sebab ala-ala tambah semangat study untuk exam yang telah berlalu. Exam jangan tanya. Lagi skit ja supo sial.

woii..cuti woii...






sebulan lebih tuh...