Wednesday, June 3, 2009

Lagi sekupang nak Penuh Tabung Aku~

aku sangat bosan malam nie
ohhh memang gila bosan bila menapak je kat maktab yang maha kosong nie
kat paras blok pya ni memang penuh ngan india yang dok pot pet pot pet
pelik aku
depa tak rasa ke depa ni bising tahap gaban gila
naik bernanah telinga aku
dah la aku tak paham apa yang depa cakap
nak sampuk pun xleh
ohhh nampak sangat ohh prejudis aku

smalam aku potong rambut
saja ja ambil feel potong rambut kat kedai rambut
slama nie aku potong sendiri jer
merasa la cina tuh dok basuh rambut aku dengan bayaran yang murah
nasib bek murah..kalo x,haram aku nak dtg kedai nie
aku kan penyengkek yang tegar

masa cina tuh dok proses rambut aku
aku memang bajet rambut akan menjadi sangat huduh bila menengok gaya kedai
hasilnya...fuhhhh
mengiurkannnn
macam chibi maruku
ala katun jepun yang tomey-tomey tuh

memang aku rasa nak ngorat diri aku ahhh
hahahahahah
tapi kejop aja
cisss..tah manatang apa cina tuh taruk atas pala aku
pas aku mandi je esoknya dah tak comel macam smalam
cis....

tuh je lah
tajuk xdak kena mengena ngan entry

Peperangan Yang Tiada Berakhir~

Selama 5 hari sahaja cuti aku habiskan kat umah, badan aku dah membesar bagai nak gila! Aku pun dengan riak bangganya telah mendaftarkan diri aku untuk menyertai kem Wataniah untuk mengambil bau-bauan untuk ,menguruskan badan. Selama 5 hari kat rumah, sudah berapa puluh periuk nasi aku mentedarah, belum masuk lagi lauk pauknya . Sekarang nie musim buah-buahan dan bapak aku mengidam bagai orang ngandung plak nak durian bagai. Akibatnya aku pun sama-sama jadi ibu mengandung yang merinin perutnya dek melantak durian. Sehingga bau-bauan ala-ala perfume semerbak bau raja buah itu.

Hari nie, dengan bangganya aku tekad untuk menambah pendapatan mengisi masa cuti selain dari membesarkan badan seperti rakan-rakan seangkatan denganku untuk masuk Kem Wataniah dan dengan bangganya aku melaporkan kem ini adalah selama 2 minggu. Apalah gamaknya nak dibuat sampai 2 minggu. Maunya termuntah aku nak berkawad, meredah masuk hutan atau meng"usha" bapak-bapak orang. Aku ikhlaskan niat aku untuk pergi wataniah demi untuk mendapatkan wang bagi membayar wang deposit rumah sewa dan sepanjang bulan 6 yang khabarnya tiada elaun yang akan masuk lagi dan elaun aku telah lama tinggal habuk dengan hanya bagi sebanyak RM 2.08 sahaja di dalam Bank Islam.

Aku juga menghabiskan cuti ini dengan berwataniah supaya aku dapat menghitung bunga-bunga dating yang bakal berlaku pada 20 haribulan sehari sebelum buka sekolah. Malah dengan hitung-hitung duit wataniah inilah akan aku perjudikan untuk bayar hutang mak aku. Dengan niat tambahan berjuang demi negara dan agama..chewah2...moga diterima oleh Allah SWT.

salam bercuti buat semua sahabat dengan ucapan...................................











HAMPA DOK MAKAN APA TUH HAH???????