Wednesday, May 27, 2009

bila berjanji harap kotakan
walau payah
tapi orang dah berharapkan

tak tunai janji
semua org susah
maaf maaf maaf
sesiapa pun bleh kata
tapi akibat dia
kadang-kadang sangat sengsara
buat rasa susah segala

tapi itulah kehidupan manusia
macam aku selalu kata
kadang kita di bawah
kadang kita di atas
kadang kita sesiapa
kadang kita tak punya apa-apa

atas apa yang berlaku
semua punya hikmah
cuma tunggu masa bila ketahui
mungkin Allah cuba selindungkan hikmahnya
tapi tak apa-apa

Saturday, May 16, 2009

TOLONGLAH AKU

AKU DAH MEGHAMPIRI HARI EXAM LAGI 3 HARI
DAN SECARA JUJURNYA

OTAK AKU KOSONG

SECARA JUJURNYA

AKU ASYIK
BERSEMBANG
RINDU MERINDU
JALAN BERJALAN
MAKAN MAKAN
TGK TV
DUDUK DI ATAS MEJA SAMBIL BERKHAYAL

AKU X TAHU BILA AKU AKAN INSAF

AKU SANGAT TAKUT

UNTUK MENGATASI KETAKUTAN AKU

AKU BANYAK BELI COKLAT
SEBAB ADA ORANG KATA COKLAT BLEH BAGI KITA HILANG TEKANAN
TAPI AKU TAK TERTEKAN PUN

TAPI AKU RASA AKU TAKUT
TAKUT SEBAB AKU TIADA PERASAAN TAKUT

AKU HARAP AKU DAPAT JAWAP
WALAU AKU TAK TAHU APA AKU NAK JAWAP

DOAKAN AKU PLZ

Monday, May 11, 2009

perempuan tudung labuh perasan bagus

hei perempuan tudung labuh yang perasan bagus..

janganlah kau ingat kau bagus sangat
apa dengan kemahiran kau menjadi kepala terasa sangat baguskah untuk kau mengadu domba
tolonglah wahai perempuan
aku sadis melihat kau

hei perempuan perasan bagus
aku panggil kau begitu sebab aku rasa kau memang layak
semacam engkau kepala bengkok
yang mengharap engkau agung
engkau jungkit2 kaki
konon2 kau nak tandingi
engkau ampu2 jolok sana dan sini
konon2 engkau terbaik sekali

haram punya perempuan
silap tafsiran patut aku dendam kau
buat apa kejar2 pangkat sangat
tidak kemana
tudung engkau labuh
muka engkau ayu
tapi tak cocok dengan matlamat kau
engkau bermatlamatkan payung mahkota
memerintah bagai sang raja
kau x dapat apa kau nak
kau adu domba
konon kau buat kerja
tak payah nak berpura-pura wahai perempuan tudung labuh yang perasan bagus

suatu hari nanti
terbuka juga tembelang engkau
tak kemana engkau
aku sentiasa di sini
perhati kau

Thursday, May 7, 2009

aku ingin mengucapkan terima kasih kepada "seseorang"

kerna buat hidup aku bahagia

walaupun banyak masalah terjah kepala hotak aku

dia tetap leh maintain dengar dan layan setiap bebelan aku

walaupun mana tahan tengok dia gila dota dari dia kecik sampai berjanggut panjang cecah bumi

tapi aku tetap nak ucap terima kasih

atas segala pengorbanan dan kefahaman

mengenali sifat dan kelakuan buruk diri aku

memang dia sangat masak dengan aku

setelah hampir 9 tahun kenal dan lagi 22 hari menjelang 2 tahun bersama

terima kasih

terima segala buruk aku yang memang melampauhi tahap baik aku

dia kenal siapa aku~

terima kasih

Pablo Picasso~~

semenjak dua menjak nie aku makin emo
mungkin kerna aku sedang datang bulan
maka untuk bagi bulan mengambang malam ini
aku akan tulis pasal lukisan imitasi yang aku pernah sekian lama cerita dahulu

maka
inilah permulaannya yang x berapa nak mula sebab lupa nak ambik gambar masa melukis









maka hasilnya




Pablo Picasso

"Weeping Women"

hasil tangan~ungu

hei # 2

huh

aku bosan setiap hari dok menadah muka dan telinga medengar perkara-perkara yang haram tadak paedah bagi aku
tambah bosan tahap cipan bila tengok menatang tuh gelak
haram

hari nie aku degar citer baru
kamu tuh dok fitnah aku
bangang

ada sumber leh dipercayai bagitau aku kata kamu yag aku ceritakan kata aku slalu dok ungkit kisah lama dia
senang citer bekas dia la
bengong
dia sedar diri x dia yang slalu datang menempel tanpa diundang
ungkit kembali bunga2 cinta lama dia tanpa perlu ditanya
diulangi tanpa perlu ditanya
malah semua orang aku rasa tahu
semudah2 itu mereka akan mendapat cerita tanpa perlu ditanya

malah sewaktu mula2 bunga cinta dia bersemi pun
asyik masyuk sangat bercerita mengenai bunga cinta dia yang merupakan teman lama kononnya baik kepada aku
ada aku tanya kisah dia??
ada ker
dia sendiri yang tawarkan diri nak menjaja cerita dia kepada aku
dan aku dengan bodohnya atas dasar kawan
terpaksa tadah telinga mendengar keluhan-keluhan cinta dia

tolong ya
berani dia sebar fitnah bahawa aku pernah mengungkit kisah silam dia umpama mana dia mengungkit kisah aku
tolong ya
secara benar
dia baru sahaja menceritakan kepada aku duka laranya bekas dia telah ada empunya baru
oh ya
tanpa aku pinta
sikit pun aku tak tanya

sudahlah
x payahlah kamu
ungkit kisah begitu
aku rasa bagai mahu ketawa pecah perut
kamu tiada alasan sempurna
bagai budak tak matang lapar susu mak
nak perhatian
minta belaian manja
aduhhh..tolong ya
jauh dari aku

Wednesday, May 6, 2009

Hoi jantan!

Kenapa aku mesti panas baran bila mendengar kata nista
kenapa aku mesti menjawap


persoalan yang sangat stabil
kenapa aku harus menjerit
shit


kerna aku bukan wanita lembut
yang pandai berdondang sayang
menuturkan kata manja senada seirama


kerna aku dilahirkan sebagai wanita kental
slalu berdikari
x mengharap ehsan lelaki

Align Center
ya aku bukan wanita lembut
walau kadang aku menangis
ya ..jawapan yang pasti
aku menangis kerna aku masih wanita



aku minta tolong ya
tolong jangan ungkit kisah aku
kerna aku langsung dan tidak teringin
untuk mengambil tahu kisah kamu
aku tidak perlukan kamu dalam hidup aku



dan aku terfikir
apakah hak kamu untuk menyebut walau sebutir zarah tentang diriku
aku bukan empunya kamu



tak usah kamu nak menunjukkan jaguh
tunjuk jantan seolah wira sangat kamu ini
tolong ya dengar
aku tidak takut
sungguh
aku sangat tidak takut


kamu mempersoalkan
aku menangis
ya aku menangis
memang aku menangis
kenapa ya
salah aku menangis?


cuba kalian bayangkan kalau aku tidak menangis
aku akan terus melawan kata-kata kamu
aku akan terus menunjukkan muka bongkakku dan mendabik dada
apa jua perbuatan kamu
aku akan mampu lakukan


oh apa ya
oh ya
menendang kerusi dan melayang nun jauh dengan kaki gagah seperti kamu
menhentak dan menumbuk meja seperti kamu
atau mungkin menjerit dengan lantang seperti kamu
oh ya
lupa kamu ini suaranya
seperti seorang tentera want to be tapi tak jadi yang maha berkuasa


aku menangis untuk menahan segala keinginan ini
menangis untuk menginsafkan diri aku ini


aku jelek
kerna aku rasa kau dayus
apa guna segala yang kau lakukan
aku tak takut semua dongengan itu
asal kau rasa puas
silakan


jika kau jantan berani
lawanlah dengan org yg badannya seperti kamu
otaknya dungu seperti kamu
panas barannya seperti kamu
supaya kita tau siapa menang


jika kamu dan aku beradu tenaga
pastilah kamu menang walau aku tak takut
oleh itu
aku katakan kamu dayus


oh ya kamu yang dayus
maafkan aku
atas segala kata aku
tolong ya
usah kita bertegur lagi
kau sangat tidak matang
berfikir guna kepala lutut
tidak perlu ya
mengungkit kisah aku
aku tak mahu wujud dalam kisah kau
biar aku tentukan kisah aku
tanpa jantan seperti kau~